Selasa, 11 Julai 2023

Himpunan Nasihat

Ananiyah atau keangkuhan Seseorang itu tidak mungkin diatasi akannya tanpa Zikir dan Tarbiyah khas Auliya ..
Sebab itu Auliya dihantar ke atas muka bumi setelah para Nabi ...
Auliya di hantar bukan untuk didengari atau dilihat atau di ambil barokah Sahaja
Bahkan di ambil Rahsia dan tarbiah khusus drpdnya untuk kebaikan Diri dan supaya kita benar² menjadi hamba Allah SWT
#
Sebelum Suluk jalan Ahlillah
Cerminan hati yang menerima pantulan Cahaya Allah SWT mestilah Suci dan Murni drpd Sebarang kotoran Maksiat Akidah ...
Jika tidak Nescaya Suluknya tidak akan berhasil    
Umpama tayar motor digalang dengan kayu ..
Mana mungkin motor itu bergerak.
#
Seorang Imam atau Seorang yg digelar ustaz atau yang mendalami ilmu feqah

mestilah keadaan pegangan feqahnya Didalam solatNya dan Wuduknya dan Jenabahnya
Mestilah ia meraikan Mazhab yang 4 

Itulah dinamakan dengan Mazhab Warak Atau Mazhab Khuruj minal Khilaf ..
Seperti masalah Wuduk atau mandi junub
Hendaklah ia meratakan air dengan cara menggosok keseluruhan anggota yg wajib basuh pada Wuduknya atau Mandi junubnya ..
Kerana Menggosok anggota itu wajib disisi Mazhab Maliki ...

Tujuan Belajar adalah mengamalkan apa yang dipelajari..
Menyalahilah akannya oleh orang awam yang tidak mendalami akannya...
#
Kibar Auliya atau Qutubul Ghaus mereka Bermazhab Maliki 
Yaitu Mazhab Ahli Madinah ataupun Mazhab Amalan Akhir Hayat Baginda SAW.
#
Di Antara Salah Satu permintaan Sidi Abu Hasan Syazili RA drdp Rasulullah SAW adalah meminta Supaya Qutubul Ghaus itu kekal berada dibumi Maghribi
Yaitu mana² Qutubul Ghaus adalah kelahiran daripada bumi Maghribi kabir ..
#
Di antara sebesar² maksiat setelah Syirik adalah maksiat akidah
jangan sesekali menaikkan ahli bidaah dan menyokong mereka ...
Mereka x pernah dan tidak akan berjumpa jalan kembali kerana sesat di padang sahara yg tidak ada petanda yang membolehkan mereka kembali 
Melainkan yang mendapat Rahmat Ilahi
#
Saka sebenarnya x wujud
Lemahnya manusia dan dikuasai oleh jin .
Jin mampu mempergunakan lidah² manusia ketika bercakap
Sebenarnya jin itu lemah seperti mana disebut didalam Al-Quran..
#
halangan mua’sarah/sezaman
Kebanyakan manusia mengakui kewujudan auliya ,tetapi mereka mengingkari kewujudan mereka pada zaman ini,dan juga mereka memberi alasan bahawa zaman ini,adalah zaman keruntuhan …
…dan punca mereka memberi alasan ini ,adalah kerana mereka tidak mengaitkan kurnian Ilahi,dan juga mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah SWT mampu untuk melakukan dalam kerajaannya apa yang kehendakiNya dan pada waktu mana yang disukaNya….    
Berkata qutub al kamil Sayidi Abul mawahib Asy-Syaazili RA :
‎" واحْذرُوا مِنْ قوْلِكُم ذهبَ الأكابرُ والصَّادِقون مِنَ الفُقراءِ فإِنّهمْ ما ذهبُوا حقيقةً وإنَّمَا هُمْ كَكَنزِ صاحبِ الجِدار وقدْ يُعطي الله مَنْ جاء في آخِر الزَّمانِ ما حَجَبَهُ عن أهلِ العصرِ الأوّل فإنّ الله تعالى قدْ أعْطى سيّدَنا محمّدًا صلّى الله عليه وسلّم مَا لم يُعطِ الأنبياءَ قبْلَهُ ثمَّ قَدَّمَهُ في المَدح عليهِم "                                  
Ertinya:
“ hendaklah kamu berhati hati daripada mengeluarkan perkataan bahawa:”wali-wali dan orang orang siddiqin sudah tiada (menjauhkan diri daripada masyarakat)..
kerana mereka tidaklah meninggalkan masyarakat secara hakikatnya,bahkan mereka itu umpama harta simpanan bagi seseorang..”
Terkadang Allah SWT memberi kurniaanNya kepada seseorang yang lahir di akhir zaman,yaitu memberi sesuatu yang tidak diberi kepada orang terdahulu,sepermana Allah SWT memberi kepada Rasulullah SAW segala kurniaannya,
yang mana kurnian tersebut tidak diberi kepada Nabi Nabi terdahulu…,kemudian Allah SWT memuji Rasulullah SAW atas para nabi tersebut…”

via -irsyadul Asfiya ila toriqah Khotmil Auliya
#
Salam Jumaat
Perkahwinan itu bukan sekadar hubungan suami isteri
Bahkan hubungan yang melibatkan kelangsungan hidup selepas mati ..
Mati dalam keadaan mendapat redha Rabbul Jalil 
Pasangan saling berusaha untuk menghiaskan pasangan masing-masing dan Zuriat dengan hiasan mendapat keredhaan Allah SWT ...

Sebaik² Bekalan dan hiasan adalah dengan memperbanyakkan Selawat ke Atas Baginda SAW ...
#
Di antara Nasihat Sayidi:
Mafhumnya Yaitu : Di dalam berjalan menuju kepada Allah dan mencari redha Allah SWT
Tiada istilah meraikan Kezaliman atau redha dengan maksiat

-Khususnya Maksiat Akidah ..
Redha dengan perkara bidaah dan mengangkat ahli bidaah
Saham seumur hidup tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan