"Laqad Ja_akum" ni kata Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, sangat besar manfaatnya. Yang membacanya 7x selepas Solat Subuh dan Maghrib, tidak akan mati melainkan dia terlupa membacanya.
Perkara ini beliau kisahkan pada seorang sahabat yang lama usianya sehinggakan ramai dikalangan sahabat telah wafat, namun beliau masih hidup lagi. Sehinggalah pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW dan Baginda Rasulullah SAW bertanya kepada beliau apakah beliau tidak rindu untuk bertemu dengan Baginda?
Tersedar daripada mimpinya maka pada hari tersebut beliau meninggalkan membaca Laqad Ja_kum, dan pada hari tersebut juga maka wafatlah akan beliau.
Dan seperkara lagi yang diberitakan oleh Murobbina adalah bagi yang melazimi membaca ayat Laqad Ja_akum ini, terhalang dari sihir, gangguan syaitan, dipermudahkan urusan dan rezeki. Bagi yang berhadapan dengan gangguan kata Murobbina, elok dibaca 11x pada selepas Solat Subuh dan Selepas Solat Maghrib.
Orang dulu-dulu kata Murobbina sebelum pergi perang akan baca dulu Laqad Ja_akum sebab khasiat ayat ini boleh membuatkan badan seseorang itu kebal. Tak lut kalau kena senjata.
Bagi kami, murid-murid Murobbina mengamalkan bacaannya 7x setiap lepas Solat Subuh dan Maghrib. Alhamdulillah dapat Ijazah dan izin dari Murobbina untuk mengamalkannya.
Murobbina juga menceritakan kisah ketika Sayidina Umar r.hu menjadi Khalifah, beliau berusaha mengumpulkan ayat-ayat Al Quran, maka diperintahkan sesiapa yang tahu/hafal akan ayat-ayat Al Quran agar datang kepada beliau untuk dikumpulkan. Datang memperdengarkan ayat Al Quran tersebut mestilah membawa bersamanya beberapa saksi yang dipercayai telah mendengar juga akan ayat tersebut.
Namun pada ayat Laqad Ja_akum ini, Sayidina Umar r.hu mengatakan bahawa pada ayat ini tidak diperlukan saksi, beliau membenarkan terus akan ayat Laqad Ja_akum ini.
Dikisahkan juga seorang Tabi'ien yang terselamat diakhirat dan terus masuk syurga kerana membaca Laqad Ja_akum ketika berdiri pada setiap kali untuk menunaikan solat.
Alhamdulillah, ayat Laqad Ja_akum ini adalah salah satu kurniaan dari Allah Ta'ala untuk kita semua. Bagi yang nak amalkannya, boleh mengamalkannya.
Via Sidi Nazrul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan