Rabu, 19 Julai 2023

Hijrah kepada Allah dan pengajaran penting kepada kita

Di antara Mukjizat besar Rasulullah SAW adalah -membelah akan bulan menjadi dua belah..
Peristiwa itu Nabi meminta kafir Quraisy Sendiri memilih apakah mukjizat yang mereka hendak persaksikan atas kerasulan Baginda SAW
1-Iaitu mukjizat dibelah akan bulan
Maka Nabi mengisyaratkan dengan jari telunjuk kearah bulan dan membelah bulan tersebut dan bulan terbahagi kepada dua..
Dengan kekuatan itu Rasulullah SAW mampu menghancur musuh dengan mudah sekali..
Tetapi Semua itu adalah mengikut ketetapan Allah SWT..
Kerana tidaklah Baginda SAW berkata atau buat sesuatu melainkan apa yang diwahyukan kepada Baginda SAW..

2-- Baginda ﷺ diberi kekuatan 40 lelaki syurga. 
1 orang lelaki syurga menyamai 1000 orang lelaki terkuat didunia. Maka Rasulullah ﷺ adalah orang yang boleh tawan kota Mekah seorang diri tanpa perkhidmatan daripada para sahabat dan para malaikat.

Tetapi mengapa Baginda ﷺ berhijrah juga, ini kerana perintah Allah, meninggalkan perkara yang dicintai dan tempat keramahan dan keharmonian hidup semata-mata kerana Allah dan supaya menjadi tauladan dan pengajaran kepada kita. 
Supaya kita berhijrah dan berkorban kerana Allah SWT 
Baginda ﷺ apabila nak keluar dari Mekah, Baginda sering menoleh ke arah Mekah kerana rindu dan sayang kepada bumi Mekah.

Begitu juga para sahabat RA, mereka juga meninggalkan harta, pangkat, pengaruh, keketuaan, wanita, anak-anak, ayah, ibu, saudara mara dan segala perkara yang mereka cintai kerana Allah.

Inilah inti agama kita, hijrahkanlah diri kita kepada Allah. Setiap daripada kita pasti menghafal hadis yang sangat masyhur iaitu hadis tentang niat yang mana itulah gambaran sebenar kehidupan kita didunia ini iaitu untuk berhijrah menghilangkan kehendak diri kepada kehendak Allah dan RasulNya.

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Artinya : Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung dengan niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan. (HR. Bukhari)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

#hamba #HambaAllah #hambaNya #tasawuf #sufism #tarikat #tijani #hijrah #maalhijrah #1445H #muharam2023 #MaalHijrah2023 #MaalHijrah1445

Tiada ulasan:

Catat Ulasan