Khamis, 28 September 2023

Hakikat Maulid Sayyidul Wujud

Hakikat maulid itu adalah apabila Allah membuka kewujudan ini pertama kali dengan mewujudkan hakikat Nur Baginda ﷺ, Bagindalah Sayyidul Wujud terhadap alam ini.

Itulah kewujudan yang membuka apa yang tertutup yakni membuka kewujudan alam yang sebelum ini tiada dan tertutup/terkunci dan hanya berada didalam ilmu Allah Yang Satu (Ahad) sahaja.

Dengan itu jika dinisbah kepada makhluk/alam maka Hakikat Bagindalah yang pertama diwujudkan/diciptakan Allah, dan jika dinisbah kepada Yang Qadim maka Hakikat Baginda adalah wujud ke-2 setelah Allah mewujudkannya.

Kerana itu Allah menjadikan Sayyidina Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim itu lahir pada hari ke-2 yakni Isnin sebagai mengisyaratkan kepada kita setelah hari Ahad adalah hari Isnin yakni setelah Zat Allahu Ahad maka setelahnya adalah Hakikat Baginda ﷺ.

***Mafhum syarahan Sayyidi dalam rahsia selawat fateh.***

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

#maulid #maulidnabi #maulidnabimuhammadsaw #maulidurrasul #maulidnabimuhammad

Selasa, 26 September 2023

Bahaya ILTIFAT / BERPALING KEPADA WALI LAIN

ILTIFAT / BERPALING KEPADA WALI LAIN itu banyak macamnya, diantaranya :
1. Ziarah hissi (mandatangi rumah atau zawiyah wali lain atau mendatangi kubur wali lain yg sudah wafat). 
2. Ziarah qalbi / bathin dengan cara kirim fatihah atau doa kepada wali lain. 
3. Kagum / senang dan mengajarkan pendapat /risalah atau kitab kitab thariqah wali lain seperti kitab Hikam, Ihya', Tanwirul Qulub dll. 

Yang harus digaris bawahi dari larangan iltifat dan menghadiahkan doa kepada WALI LAIN dalam Thariqah Tijani adalah objek penderita, yaitu pihak yg diberi atau penerima. BUKAN barang atau nilai yg diberikan.

Ketika kita hadiahkan pahala doa kepada sesama muslim atau saudara seiman, misalnya pada tahlilan, walimah, mendoakan kedua orang tua dan para guru yg tidak masyhur sebagai wali dll. Maka nama pemberian tersebut adalah BANTUAN DOA. Karena memang sangat dibutuhkan oleh fihak penerima. Hukumnya sunnah dan BOLEH bagi IKHWAN TIJANI.

Tapi hadiah DOA BAGI WALI namanya BUKAN BANTUAN DOA. Yg seperti ini tergolong TABARRUK, TAALLUQ atau ISTIMDAD (ngalap berkah dari wali lain yg bukan gurunya) yg dilarang dalam thariqah.

Loh.. Kok bertentangan dengan perintah ayat Qur'an dan Hadits Nabi SAW. yang menganjurkan agar saling mendoakan antara sesama muslim?... Kan hal tersebut perintahnya jelas baik dlm Qur'an maupun Hadits?... Pedahal Sayyidi Syeikh Ahmad Tijani ra, menyatakan:

اذا سمعتم عني شياء فزنواه بميزان الشرع...
Kalau kamu dengar sesuatu dari aku maka TIMBANGLAH dengan neraca syariat....
Bagaimana relefansinya" kok mendoakan wali yg nota bene sesama muslim dilarang?.... 

Jawabnya: 
Secara syar'i MENDOAKAN sesama muslim secara umum adalah perkara sunnah. Tapi berbeda hukumnya dengan orang yang TERIKAT JANJI BAI'AT Thariqah, dimana salah satu syaratnya adalah HARUS FOKUS pada satu GURU/WALI dan dilarang menoleh untuk dapat berkah dan madad dari WALI LAIN.

Bagi ikhwan thariqah, baginya berlaku HUKUM KHUSUS dlm perkara yg bersangkut paut dengan Thariqah. Dia wajib tunduk sebagai wujud komitmen pada JANJI DLM BAI'AT. 

Mari kita renungkan i'tibar pada perubahan hukum karena adanya sebab. seperti hukum PUASA SUNNAH secara umum sangat dianjurkan.
Tapi bagi seorang perempuan BERSUAMI, barpuasa sunnah hukumnya HARAM jika suaminya tidak ridha / melarang.

Jika puasa sunnah jadi HARAM bagi para ISTRI kalau dilarang SUAMI padahal sebabnya hanya demi HAJAT SEXUAL suami.

Apakah seorag guru THARIQAH bisa disebut melanggar SYARlAT jika melarang murid muridnya ZIAROH, TABARRUK dan TAALLUQ kepada WALI LAIN, dimana tujuan utamanya adalah MENJAGA HATI MURID agar fokus dan lancar suluk thariqahnya menuju hadrah Allah SWT.

Juga harus kita perhatikan dalam masalah iltifat, adalah iltifat kepada pendapat guru lain. Diantara bentuk ILTIFAT atau BERPALING dari hadrat Sayyidi Syeikh / guru adalah SIBUK MEMBACA dan MENJELASKAN pendapat atau risalah guru lain yang bukan gurunya untuk dipakai sebagai aturan atau amalan, bukan sebagai korinah/pembanding atau pendukung dari pendapat atau risalah Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijani ra. 

Contohnya, dlm kitab Jawahirul Ma'ani ketika Sayyidi Syeikh menjelaskan martabat Al Khidir as. Adalah WALI BUKAN NABI, beliau juga mengutip keterangan seorang wali quthub bernama Syeikh Zaruq ra. Juga mengutip keterangan di kita Ihya' Ulumiddin Imam Ghazali ra. 

Sayyidi Syeikh dalam hal ini bukan mengikuti pendapat wali lain, tapi pendapat tersebut dikutip hanya sebagai pembanding dan pendukung pendapat beliau sendiri, yang maksudnya adalah dalam masalah Al Khidir as, yang menurut beliau itu berpangkat WALI bukan NABI, pendapat tersebut bukan hanya pendapat beliau pribadi sendirian, tapi wali wali besar lainnya juga banyak yg sependapat dengan beliau. 

Demikian pula kita sebagai ikhwan/murid Tijani, SANGAT TIDAK ETIS dan tergolong ILTIFAT jika sibuk ngeshere / menyebarkan pendapat atau risalah dari kitab WALI QUTHUB LAIN seperti mengajarkan kitab Ihya', Hikam dll seraya meninggalkan pendapat, risalah Sayyidi Syeikh radliyallaahu 'anhu dari kitab kitab Tijani. yg mana beliaulah guru dan Murabbi kita dalam berthariqah.

Kog tega teganya sibuk ngajarkah kitab Al Hikam ibnu Athaillah yang merupakan kitab pedoman Thariqah Syadziliyyah (no 4 dalam daftar thariqah yg mu' tabar) juga kitab Ihya' padahal itu kitab pegangan Thariqah Ghazaliyah (nomor 15 dalam daftar thariqah Mu'tabar). Kenapa tidak membacakan kitab kitab Jawahirul Maani, Rimah, Bughyatul Mustafid dll. 

Kalau ikhwan Tijani diajarin kitab ihya' dan Hikam atau lainnya, bisa DIPASTIKAN wawasan thariqahnya akan AMBURADUL atau SALSAL DININGRAT kata orang madura. Apalagi SULUK Thariqahnya, wallaahu a'lam akan kemana arahnya.. 

Dan yang lebih bahaya lagi adalah rasa MAHABBAHnya ikhwan. Karena salah satu tanda mahabbah kepada WALI/GURU RUHANI adalah KAGUM serta mengamalkan dan menyebarkan pendapat atau risalah wali tersebut. 

Adapun bahaya iltifat pada pendapat/risalah wali lain jauh lebih besar dari bahaya ziarah wali lain. Karena ZIARAH WALI LAIN biasanya hanya untuk kepentingan sesaat dan berbahaya BATAL Thariqahnya tertuju hanya kepada diri orang yg ziarah saja. Sedangkan bahaya ngeshere / menyebarkan pendapat WALI LAIN dapat merusak kekaguman hati orang banyak serta menggerogoti kekaguman dan kecintaan mereka kepada Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijani yang merupakan guru dan merobbi tunggal sejati bagi Fuqara'/ihwan Tijani. 

Hati hatilah saudaraku ikhwan Tijani tercinta!!!.... 

FAQIR / IKHWAN TIJANI yang sejati - CUKUP bagi mereka:
*. Hanya Allah SWT sebagai Tuhannya. 
*. Hanya Sayyidina Muhammad SAW, sebagai Nabi dan Rasul baginya. 
*. Hanya Al Quthbul Maktum Sayyidi Syeikh Ahmad at Tijani sebagai Wali dan GURU RUHANInya. 
*. Hanya KITAB KITAB TIJANI sebagai pedoman berthariqah dan suluknya.

Dijamin SELAMAT dan AMAN dari pencabutan. 

Di tulis oleh : KH. Drs. Muhammad Yunus Abdul Hamid

                   والله اعلم

AMRU MAARUF DI SISI PARA ARIFIN ADALAH MENGAJAK UMMAH BERIBADAH TANPA SEBARANG TUJUAN DAN HABUAN

Buang tujuan maka tujuan akan kejar kamu

Kata Al arifbillah Sidi Ahsan Albaaqili Alhasani Attijani r.a :

"Sir sebenar adalah buang sir
Buang sir maka sir akan kejar kamu
Siapa yang yang cari pembukaan maka dia mengungkit kepada Allah dengan amalannya, menyalahi sifat kehambaan

Sufi cari fath, adapun fath sebenar adalah zuhud drpd fath, inilah isyarat sempurna kehambaan, bukan nak halang kita tapi nak buka pintu untuk kita, pintu hamba, hamba nak masuk rumah tuan tak perlu ketuk pintu boleh terus masuk."

Kalam sayidi:

Delete rasaan/zauq yg lain selain nk mengabdikan diri semata mata kpd Allah S.W.T. Hamba yg benar tidak mencari² rahsia,tidak menanti² rahsia

Hamba hanya memperkemaskan amal untuk Tuannya

Kemudian fana' dari amalannya 

Delete amalanya
Malu dari amalannya
Kerana amalannya itu hak Tuannya.Maka Tuannya akan bermuamalah dengannya dengan jalan
Kurniaan bukan jalan kelayakkannya .walhasil Anugerah Allah S.W.T dibahagi kepada hambanya tanpa melalui jalan usaha, ikhtiar, dan susah payah...nikmatinya sahaja dan Bersyukurlah...

 Itulah Jalan Kami dan Kamu...jalan menuju Menjadi hamba yang sebenar-benarnya hamba kepada Al Kholiq

Isnin, 25 September 2023

𝙃𝙄𝙈𝙋𝙐𝙉𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏 𝘼𝙇𝙁𝘼𝙏𝙄𝙃 𝘿𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙌𝙐𝙏𝙐𝘽𝙐𝙇 𝙈𝘼𝙆𝙏𝙐𝙈 𝙒𝘼 𝙆𝙃𝘼𝙏𝙈𝙐𝙇 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿𝙄𝙇 𝙈𝘼𝘼𝙇𝙐𝙈 𝙎𝙔𝙀𝙄𝙆𝙃 𝘼𝙃𝙈𝘼𝘿 𝘼𝙏𝙏𝙄𝙅𝘼𝙉𝙄 𝙍𝘼* 𝘽𝙀𝙍𝙄𝙏𝘼 𝙂𝙀𝙈𝘽𝙄𝙍𝘼 (𝙏𝘼𝘽𝙎𝙔𝙄𝙍𝘼𝙏) 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖.

Yaaqutatatil - Faridah : dan dipernama di sisi ahlinya dengan nama Miftah Hakikat Muhammadiah ( kunci rahsia hakikat Muhammadiah ) dan yang masyhur disisi orang ramai dengan nama Selawat Fatih ... Berkata Syeikh Tijani : " Rasulullah Telah berkata. kepadaku " :
 ما صلى على احد بأفضل من صلاة الفاتح لما اغلق" 
Ertinya : Tidaklah berselawat kepada seseorang atasku dengan selawat yang terlebih afdal daripada Selawat Fatih lima Ughliqa .... 

Berkata Syeikh Tijani : -Pertama : 
لو إجتمع أهل السماوات السبع ومن فيهن على ان يصفوا ثواب الفاتح لما اغلق ما قدروا
Ertinya : Jikalau berkumpul penduduk langit berserta penduduk - penduduk yang berada di dalam lapisan langit yang tujuh tersebut , dan berkumpulnya mereka itu untuk menilai ganjaran pahala Selawat Fatih .. , nescaya mereka tidak mampu untuk mengira akannya ... .

كل أعمار الناس ذهبت مجانا إلا اعمار أصحابي صلاة الفاتح

Ertinya : Umur manusia pergi dan berlalu begitu sahaja , melainkan umur orang yang berselawat dengan Selawat Fatih .. 

-Ketiga : 
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن فضل صلاة الفاتح فأخبرني صلى الله عليه وسلم ان المرة الواحدة تعدل من كل تسبيحه وطاعه في الكون ومن كل ذكر ومن كل دعاء كبير او صغير 6,000 مرة
Ertinya:
 Aku telah bertanya Rasulullah tentang kelebihan Selawat Fatih, lalu Rasulullah memberitahu kepadaku bahawa:
 Satu kali daripada Selawat Fatih menyamai semua tasbih yang di ucapkan oleh makhluk Ciptaan Ilahi , dan juga mengucapkan semua zikir - zikir dan doa - doa orang yang hebat atau orang biasa .... iaitu menyamai 6000 kali ganda daripada satu Selawat Fatih.

-Keempat : 
صلاة الفاتح لما أغلق ب 600،000 صلاة وكل صلاة على انفراد باربعمائة غزوة

Ertinya : Sesungguhnya satu kali daripada Selawat Fatih menyamai ganjaran 600,000 selawat .. , dan setiap satu selawat tersebut memberi ganjaran 400 x peperangan.

 -Kelima 
Rasulullah menyambung kenyataan beliau:
إن من صلى بها حصل له ثواب ما اذا صلى بكل صلاة وقعت في العالم من كل جن وانس وملك سته ألف صلاة من أول العالم صلى بكل صلاة سته ألف صلاة من جميع المصلين عموما ملكا وجنا وانسا

Ertinya : Barangsiapa yang berselawat dengannya ( Selawat Fatih ) , nescaya ia beroleh ganjaran semua pahala orang yang berselawat di alam ini , daripada kalangan jin , manusia dan para malaikat .... iaitu orang tersebut beroleh ganjaran 600,000 kali dan semua itu dikira daripada sejak kejadian alam ini hinggalah terucapnya Selawat Fatih tersebut, iaitu secara umumnya orang yang berselawat dengan satu kali Selawat Fatih seakan - akan ia berselawat dengan 600,000 selawat yang lain di kalangan jin , manusia dan malaikat.

Keenam : 
وخاصية الفاتح لما أغلق أمر إلهي لا مدخل فيه للعقول فلو قدرت 100,000 امة في كل امة 100,000 قبيلة في كل قبيل 100,000 رجل وعاش كل واحد منهم 100,000 عام يذكر كل واحد منهم في كل يوم 100,000 صلاة على النبي صلى الله عليه وسلم من غير صلاة الفاتح لما أغلق وجمع ثوابه هذه الأمم كلها مدة هذه السنين كلها في هذه الأذكار كلها ما لحقوا كلهم ثواب مرة واحدة من صلاة الفاتحة لما أغلق فلا تنتفت لتكذيب مكذب ولا لقدح قادح فإن الفضل بيد الله يؤتيه من يشاء فإن لله سبحانه وتعالى فضل خارجا عند دائر القياس ويكفيك قوله سبحانه وتعالى "ويخلق ما لا تعلمون"
Ertinya : Khasiat dan kelebihan Selawat Fatih Lima Ughliqa adalah urusan llahi , tidak boleh di ukur dengan akal fikiran. jikalau engkau andaikan terdapat 100,000 umat , dan setiap satu umat terdapat padanya 100,000 kabilah , dan setiap satu kabilah tedapat di dalamnya 100,000 pemuda dan setiap 100,000 pemuda itu ia dapat hidup selama 100,000 tahun , dan setiap seorang berselawat 100,000 selawat yang lain daripada Selawat Al-Fatihi Lima Ughliqa. kemudian di himpun sekelian pahala zikir setiap umat dalam masa ratusan tahun tersebut, nescaya tidak menyamai sekelian pahala zikir - zikir tersebut dengan hanya satu kali daripada Selawat Fatih. Ingatlah wahai saudaraku ... !!! Jangan kamu berpaling arah dan terpedaya dengan pembohonga kaki pembohong dan kaki penyangkal.
Kerana sesungguhnya kurniaan dan pemberian Ilahi itu , di tangan Ilahi ( penguasaan Allah ) , Allah berhak memberi dan mengurniakan kepada sesiapa yang ia inginkan ... Kerana sesungguhnya Allah mempunyai sifat kurnian yang terkeluar daripada daerah / tingkatan qias ( 1sebagai contoh : ahli ilmu cuba qias dan bandingkan suatu perkara dengan ilmu mereka , dan ilmu mereka itu hanya terbatas ia dengan akal fikiran mereka jika dibandingkan dengan kurniaan Ilahi ) ... dan memadalah bagi kamu Firman Allah : " ويخلق ما لا تعلمون "
 Ertinya : " dan harus bagi pihak Allah menjadikan seseuatu yang kamu tidak tahu .. " 

Berkata Syeikh Tijani kepada sebahagian sahabat Beliau di dalam salah satu risalahnya : 
وأعلم أن كل ما تذكره من الأذكار والصلوات على النبي صلى الله عليه وسلم والأدعية لو توجهت بجميعها 100,000 عام كل يوم تذكرها مئة ألف مرة وجميع ثواب ذلك كله ما بلغ ثواب مرة واحدة من كل صلاة الفاتح لما أغلق فان كنت تريد على نفسك للأخرة فاشتغل بها على قدر جهدك فانها كنز الله الأعظم لمن ذكرها وكل ما تريد من الأذكار فوق الورد فزده منها زائد على الورد فقد نصحتك لله
Ertinya : Ketahuilah wahai saudaraku ... !! Bahawasanya setiap sesuatu amalan yang engkau amalkan daripada amalan zikir - zikir , selawat - selawat keatas Nabi dan doa- doa, Jikalau engkau tawajjuhkan semua amalan tersebut selama 100,000 tahun dan setiap hari engkau zikir akannya 100,000 kali .. ..dan ganjaran pahala sekelian amalan tersebut tidaklah ia sampai ke tahap satu kali daripada ganjaran Selawat Fatih Lima Ughliqa .. Maka jika engkau ingin mendapatkan manfaat pada diri engkau untuk akhirat engkau ... maka sibukkan diri engkau dengan Selawat Fatih sekadar kemampuan engkau .... Kerana Selawat Fatih itu adalah salah satu rahsia llahi yang sangat agung bagi sesiapa yang beramal dengannya .Dan jikalau engkau teringin untuk beramal dengan sesuatu zikir selepas suatu amalan wirid .. , maka tambahkanlah amalan Selawat Fatih tersebut atas mana - mana Zikir ... Maka sesungguhnya aku nasihat engkau kerana Allah.

Ulasan pengarang : Setiap kelebihan Selawat Fatih yang disebut tadi , hanyalah kelebihan pada martabat yang pertama ( zohir ) , adapun kelebihan Selawat Fatih ini mempunyai 3 martabat : Sesungguhnya tidak harus di hebahkan kelebihan Selawat Fatih melainkan pada martabat zohir sahaja.

Setiap kelebihan yang di hebahkan oleh tokoh - tokoh golongan A'rifin , adalah ia pada martabatnya yang zohir jua, dan jikalau dinisbahkan dan dibandingkan dengan kelebihan yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, Umpama setistis air di tengah lautan yang terbentang luas Sebagai isyarat dan pedoman yang ringkas. kami nyatakan bahawa kelebihan selawat fatih pada martabatnya yang ketiga menyamai pahala Ismul - a'zom . dan daripada kerana inilah kebanyakan daripada ahli khowwas ( orang tertentu ) daripada toriqah kami mengisyaratkan bahawa Selawat Fatih ini adalah saudara kepada Ismul A'zom ... Berkata Sayidi Ahsan Alba'qili Al - Hasani Al - Maghribi , Al - Allamah Mujadidul - millah wa - ddin : -sesungguhnya orang yang mengkaji Zat Nabi Muhammad yang mulia lagi nurani ( bercahaya ) , nescaya ia akan dapat melihat Zat Nabi Muhammad mulia tersebut , disaluti dengan cahaya - cahaya yang ditulis daripada selawat - selawat wali - wali Allah. dan kedudukan Selawat Fatih adalah mahkota yang bercahaya yang berada di atas Zat Baginda ... itulah mahkota tertinggi yang berada di singgahsana Zat Baginda. sesungguhnya rahsia hidup dan pendiriannya Hakikat Muhammadiah adalah dengan sebab sir dan rahsia yang ada pada Selawat Fatih . ..dan setiap satu daripada kejadian alam ini bergantung hidup kepada sir Selawat Fatih yang menjalar pada alam ini.

✒️ Dihimpunkan oleh: *Sayyidi Murabbi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani AlMaghribi Attijani Hafizahullah.*
 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Isnin, 18 September 2023

Keketuaan Rasulullah ﷺ

Rasulullah itu adalah Penghulu/ketua kepada roh-roh, akal-akal, jiwa-jiwa, nafsu-nafsu, perasaan-perasaan, dan jasad-jasad serta seluruh alam. 

Baginda adalah sumber utama yang dicipta Allah sebagai punca kepada segala sesuatu.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

#maulidnabimuhammadsaw #maulidnabi #maulidurrasul #maulid #maulidnabimuhammad

SEORANG SYEIKH DALAM DIRI SEORANG MURID


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Dalam kitab Irsyadul Asfiya' ila Toriqah Khatmul Auliya' karangan Sayyidi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Hafizullah Ta'ala

Sayyidi telah menaqal perkataan dari Syeikh Jibril Al Khorma Baazi r.hu (ertinya); 

Sebahagian daripada syarat seorang murid, hendaklah ia menyucikan segala apa yang ada pada dirinya, melainkan yang tinggal dalam dirinya hanya Syeikhnya jua. 

Maka apabila seorang murid itu masih memandang kepada guru yang Iain. Maka pada ketika itu ia masih lagi belum sempurna Mahabbahnya kepada Syeikhnya. Maka ketika itu, ia batinnya masih belum bersedia untuk menyerap sir-sir Gurunya. 

Seorang murid, apabila ia telah meyakini bahawa menunggalkan seorang Syeikh di dalam dirinya, dan mengetahui kedudukan dan kelebihan Gurunya, maka Mahabbah murid itu akan semakin kukuh dan semakin bertambah kemesraan murid itu terhadap Syeikhnya. 

Maka itulah perantaraan yang sebenar antara Guru dan muridnya. Sekadar mana kekuatan dan kemampuan yang ditunjukkan dalam Mahabbahnya, maka sekadar itu jugalah menjalarnya sir-sir Gurunya ke dalam dirinya. 

Penghormatan yang timbul terhadap seorang Syeikh, adalah melalui hidayah dan taufik daripada Allah, dan jika seorang murid mengabaikannya, ia adalah suatu penghinaan dan penderhakaan yang besar. 

Pertambatan hati yang berterusan dengan Syeikh, dan beriktikad bahawa Guru dan Madad dari Gurunya, adalah segalanya bagi dirinya, semua itu adalah wajib atasnya (bahawa ia Taslim, Mahabbah dan mengikut telunjuk hanya dari Gurunya jua). 

Maka hendaklah wujud dalam iktikadnya itu, bahawa gurunya adalah tempat lahir Madad Ilahi yang Allah memperlihatkan padanya untuk dilimpahkan atas dirinya. Dan tidak akan berhasil limpahan Madad tersebut keatas dirinya melainkan melalui perantaraan Syeikhnya jua, bukan dari Syeikh-Syeikh yang lain, walaupun mereka itu memenuhi pelusuk dunia. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ 

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Jumaat, 15 September 2023

Berhimpun Untuk Zikrullah (Majlis Zikir) adalah Sebab Bagi Diberikan Keampunan dan Dosa Ditukar Menjadi Pahala (Riwayat Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ)


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

 مَا مِنْ قَوْمٍ اجْتَمَعُوا يَذْكُرُونَ اللهَ، لَا يُرِيدُونَ بِذَلِكَ إِلَّا وَجْهَهُ، إِلَّا نَادَاهُمْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ: قُومُوا مَغْفُورًا لَكُمْ، قَدْ بُدِّلَتْ سَيِّئَاتُكُمْ حَسَنَاتٍ 

Daripada Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Tidak ada satu kaum (kumpulan manusia) yang berhimpun untuk berzikir kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى; mereka tidak mahukan sesuatu apa pun dengan (himpunan zikrullah) tersebut melainkan keredaan-Nya, melainkan akan ada satu penyeru yang menyeru mereka dari langit dengan berkata: 

“Bangunlah kamu semua dalam keadaan keampunan diberikan kepada kamu. Sesungguhnya [dosa] kejahatan-kejahatan kamu telah ditukarkan menjadi [pahala] kebaikan.”

T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 12045 [Lafaz di atas]; (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H): al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 2396 & 2397; (al-Bazzār (292H): al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār), No. 6467; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 4141; (al-Būṣīrī (840H): Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah), No.8117; (al-Haythamī (807H): Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No. 3057 dan lain-lain. 

S: Suhayl bin Ḥanẓalah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ & ʿAbdullāh bin Mughaffal رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

PENUNTUT ILMU

Khamis, 14 September 2023

Amanat Sayyidi


1) Janganlah taksub kepada jalan dan guru kamu, sehingga berbalah mempertahan jalan mu, seperti hanya jalanmu yg benar. Setiap jalan dan guru, beza perjalanannya. Namun tujuan akhirnya tetap kepada hadrah Ilahi. Lihatlah bagaimana kisah Nabi Musa & Sayidina Khidir. 

2) Janganlah cepat menghukum orang lain. Setiap kita sahlah tidak maksum. Syukurlah kita dijauhkan dari dosa orang tersebut. Dan xmustahil satu masa kita pula diuji dosa yang sama. "Jagalah orang lain dgn kasih syg, janganlah menghukum". 
Lihatlah kisah seorang wanita yang maksiat lalu dtg membuat pengakuan kepada Rasulullah. Bagaimana Rasulullah menghadapinya dgn Kasih sayang.

3) Orang yang Arif adalah org yang menyibuk mensiapkan (memperbaik) dirinya, sebelum sibuk membetulkan orang lain. Bagaimana kita hendak menguasai orang lain, sedangkan diri kita masih dikuasai oleh nafsu sendiri?

BERTASAWUF HENDAKLAH DENGAN GURU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Berkata Syeikh Jibril Al Khorma Baazi r.hu (ertinya); 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya orang yang lemah dalam pengetahuan dan dalam kebijaksanaan, apabila ia mengembara di alam syahadah (alam jasmani), sama ada di laut atau di darat, jika ia pergi tanpa diberi petunjuk oleh seseorang, secara adatnya ia akan sesat dan hilang begitu sahaja, melainkan ia bernasib baik dapat sampai ke tempat tujuannya. 

Dan bagaimana pula jika seseorang itu mengembara di alam ghaib, alam yang tidak dapat dicapai oleh panca indera yang lima. Maka wajiblah bagi orang yang mempunyai gerak hatinya, mengerah kesungguhannya dalam mencari seorang petunjuk yang arif (Wali yang Kaamil, Arifbillah, Mursyid) dengan petanda-petanda yang ada di jalanan dan yang mengetahui kemungkinan bahaya dan mala petaka (Kasyaf, Futuh, Asrar dan umpamanya) yang menghalang seseorang itu di pertengahan perjalanannya. 

Dan juga mencari petunjuk (Guru/Syeikh/Murobbi) tersebut, supaya memberitahunya bagaimana untuk melintasi jalan dicelah-celah bukit-bukau, dan kawasan lembah-lembah yang ada di kawasan pendalaman yang sangat jauh. 

Iaitu hendaklah seseorang itu mencari seorang petunjuk yang benar (Wali Allah/Syeikh/Murabbi), yang telah berulang kali sampai ke tempat tersebut (Wali yang sudah menempuhi liku-liku kehidupan seorang salik), iaitu Wali tersebut telah pun berada dalam hadrah hakikat. 

Maka apabila seorang Salik itu menemui wali tersebut, hendaklah ia menyerahkan dirinya kepada Wali itu, dan membiarkan Wali tersebut menguruskannya, dan menceraikan ikhtiar dirinya dengan talak tiga (selama-lamanya) dan menyerahkan segala ikhtiar dirinya kepada
kehendak wali tersebut. 

Ulasan Pengarang (Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala); 

Jika seorang murid itu bersikap telus dengan gurunya dalam setiap urusan dengan gurunya,maka gurunya akan memaklumkan padanya inilah diri kamu dan itulah Tuhan kamu. 

Telah berkata Abdullah Al-Mursi, beliau adalah guru kepada Ato'illah As-Sakandari; 

Jika seseorang itu masih belum ada seseorang Ustaz yang membawanya sampai ke jalan llahi, dan tersingkap daripada lubuk hatinya rasa selesa
dan cukup dengan apa yang ada, sesungguhnya la umpama anak buangan yang tidak ada baginya bapa dan keturunannya. 

Terhimpun erti perkataan tersebut dalam Hadis Nabi ﷺ (Mafhumnya); 

Ulama adalah pewaris bagi Nabi, tidakkah kamu tahu bahawasanya Nabi-Nabi tidak mewariskan duit dirham dan dinar, tetapi mewariskan ilmu Ulama (Ilmu Robbani/Ilahi). Dan barangsiapa yang mengambil akannya (dari Ulama' tersebut), nescaya ia telah mengambil sesuatu habuan yang sempurna. 

Pewaris yang sebenar ialah ulama yang arif yang mewarisi dari Rasulullah ﷺ segala martabat ilmu, ilmu zohir dan batin, dan berterusan Rasulullah ﷺ mempunyai pewaris yang mewarisi dari Baginda ﷺ. 

Maka ketika itu, menjadi fardhu ain bagi setiap hamba Allah mencari pewaris-pewaris tersebut.
Barangsiapa yang berpaling daripada mereka, maka seakan-akan ia berpaling daripada Rasulullah ﷺ, kerana mereka itu mewarisi dari Rasulullah ﷺ akan Rahmat dan ketinggian martabat. 

Dari kerana inilah Imam Al Ghazali telah menfatwakan bahawa penyucian jiwa dan mencari Syeikh yang a'rif adalah fardhu ain bagi setiap muslim. 

* Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, Karangan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

CAHAYA SELAWAT FATIH

Dinaqalkan dalam Kitab karangan Dr Ahmad At Tijani Al Azhari :

ومن هذا الباب ما بلغني عن شيخنا الأستاذ الدكتور أحمد عمر هاشم ـ أمده اللّٰه بمزيد من الصحة والعافية ـ أنه سُئِل عن ملازمتِه لقراءة صلاة الفاتح في خطبِه ، فقال: (إني أحبها) ، وأنا كذلك رُزِقْتُ حبَّ صلاةِ الفاتحِ ، وهي أكثر الصيغ التي أصلِّي بها على رسول الله في أذكاري وأورادي ، وقد كنتُ في شهري رجب وشعبان لسنة ١٤٤٤ هـ بجوار الحبيب المصطفیٰ ﷺ أُكثِر من الصلاة بالصيغة الإبراهيمية ، فرأيتُ ـ فيما يرى النائم ـ أنني في زلزالٍ شديد تخرب منه الديارُ ، والناسُ على شفا حفرةٍ من الهلاك يتخبطون ، فظهر لي فجأةً شيخٌ من شيوخ والدي الذي كان مِن كبار شيوخ الطريقة التجانية، ومن أصحاب المجذوب الشهير (الشيخ بلاربي جيغا)، فسلك طريقا يشير إلىَّ أنِ اتَّبِعْنِي ، وفعلتُ ، ولمّا اطمأنّ قلبي بالسيرِ وراءه ، اختفى ، فعاد الخوف والقلقُ، ثم ظهر لي نورٌ في السماء في صورة البرق، وسمعتُ صوتا يقول: هذا نورُ صلاةِ الفاتح ، فقمتُ من النومِ أفهم مِنَ الرؤيا أن الله - ﷺ - قد جعل لي نصيبا وافرا من صلاة الفاتح ، فعدتُ إلى نظامي القديم ، بأنها أولى الصيغ عندي ، ثم تأتي في الدرجة الثانية الصيغة الإبراهيمية التي خرجت مِن فم أفصح مَن نطق بالضاد في أصح رواياتها ، وهي: ( اللهم صلِّ على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم ، وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد )

Dalam Bab ini,Apa yang telah disampaikan kepada kami tentang syeikh kami iaitu Profesor Dr. Ahmed Omar Hashim - semoga Allah memberinya lebih kesihatan dan kesejahteraan - bahawa telah ditanya kepadanya tentang melazimkan (selalu) membaca Selawat Fatih yang berterusan dalam khutbahnya (tausiahnya), dan beliau menjawab: "aku menyukainya (Selawat Fatih)", dan demikian itu juga aku direzekikan untuk mencintai Selawat Fatih, iaitu banyak sighah (lafaz) yang aku berselawat dengannya pada zikir² ku dan wirid² ku, dan terkadang adalah aku pada bulan Rejab dan bulan Sya'ban pada tahun 1444 Hijrah disamping (di makam) Kekasih kami yang Mulia ﷺ memperbanyakkan akan selawat dengan sighah (lafaz) Ibrahimiyyah maka aku melihat - seperti yang dilihat orang yang tidur (bermimpi) - Bahawanya aku pada goncangan yang kuat yang goncangan itu menghancurkan rumah² dan manusia² berada di batasan lubang kehancuran tiba² keluar oleh Syeikh, penjagaku yang adalah ia (Syeikh) daripada Syeikh² besar Thoreqoh Tijaniah,dan daripada salah seorang sahabat yang Majzub yang dikenali sebagai Syeikh Balarbi Jigha, maka dia menunjukkan kepadaku satu jalan serta memberi isyarat kepadaku untuk mengikutinya lalu aku melakukannya (mengikuti jalan tersebut), dan tatkala hatiku ditenangkan dengan mengikutinya (jalan),lalu dia (Syeikh) hilang, ketakutan dan kebimbangan dalam diriku kembali, kemudian muncul kepadaku cahaya dari langit dalam bentuk kilat,lalu aku mendengar suara berkata: "Ini adalah cahaya Selawat Fatih" lalu aku bangun (sedar) daripada tidur dan aku memahami daripada (berdasarkan) mimpiku bahawa Allah SWT telah memberikan kepadaku bahagian limpahan Selawat Fatih, maka aku kembali kepada cara lamaku (dengan membaca Selawat Fatih) kerana bahawasanya Selawat Fatih itu terlebih utama sighah (lafaz) disisiku kemudian aku datangkan pada derajat yang kedua iaitu Sighah (lafaz) Ibrahimiah yang aku keluarkan (ambil) daripada empunya kalam yang fasih (Rasulullah SAW) iaitu yang disabda di dalam hadis yang sahih : 

"اللهم صلِّ على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم ، وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد"

*SELAWAT FATIH REMINDER*

۞ *اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ* ۞ *وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ* ۞ *نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ* ۞ *وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ* ۞ *وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ* ۞

Via Sidi Alif n team

Rabu, 13 September 2023

SELAWAT ATAS PENGANTARA YANG AGONG


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Fahamilah bahawa dengan selawat itu kita sebenarnya telah mensabitkan keagongan Rasulullah ﷺ sebagai pengantara kita dengan Allah yang memelihara alam ini daripada kehaancuran. Tanpa pengantaraan Hakikat Nabi ﷺ, nescaya alam ini akan hancur musnah dan kembali kepada Hadrah Ketiadaan.

[ Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijani Hafizahullahu Ta'ala ]

Berhimpun untuk Zikrullah

Berhimpun Untuk Zikrullah (Majlis Zikir) adalah Sebab Bagi Diberikan Keampunan dan Dosa Ditukar Menjadi Pahala (Riwayat Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ)

* * * * *

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

 مَا مِنْ قَوْمٍ اجْتَمَعُوا يَذْكُرُونَ اللهَ، لَا يُرِيدُونَ بِذَلِكَ إِلَّا وَجْهَهُ، إِلَّا نَادَاهُمْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ: قُومُوا مَغْفُورًا لَكُمْ، قَدْ بُدِّلَتْ سَيِّئَاتُكُمْ حَسَنَاتٍ 

Daripada Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Tidak ada satu kaum (kumpulan manusia) yang berhimpun untuk berzikir kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى; mereka tidak mahukan sesuatu apa pun dengan (himpunan zikrullah) tersebut melainkan keredaan-Nya, melainkan akan ada satu penyeru yang menyeru mereka dari langit dengan berkata: 

“Bangunlah kamu semua dalam keadaan keampunan diberikan kepada kamu. Sesungguhnya [dosa] kejahatan-kejahatan kamu telah ditukarkan menjadi [pahala] kebaikan.”

T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 12045 [Lafaz di atas]; (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H): al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 2396 & 2397; (al-Bazzār (292H): al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār), No. 6467; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 4141; (al-Būṣīrī (840H): Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah), No.8117; (al-Haythamī (807H): Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No. 3057 dan lain-lain. 

S: Suhayl bin Ḥanẓalah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ & ʿAbdullāh bin Mughaffal رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

PENUNTUT ILMU

KEMULIAAN HAKIKAT BAGINDA SAW


Hakikat Ahmadiah itu adalah ibu segala hakikat-hakikat, itulah diri berdirinya Nabi SAW dengan hakikatnya yang ketunggalan, yang bersifat dengan esa dan ketunggalannya ia daripada segala ciptaan secara segala perincian..
iaitu di dalam Hadrah "Ha'ul-Huwwiyah" هَاءِالهَوِيَّةِ

dan pada martabat itu tidak mengetahui akan Hakikat Baginda SAW melainkan penciptanya (Allah SWT). 

Itulah jihah/arah penerimaan Hakikat Ahmadiah drdp  Hadrah Al-Qidam, 

itulah sabdaan Hadis Baginda SAW, 
"Tidak mengenali aku secara Hakikat melainkan Tuhanku".

Dan daripadanya (Hakikat Ahmadiah), Allah Ta'ala mengeluarkan dengan semata-mata kurnianNya yang meratai akan Hakikat Muhammadiah
Dan menjadikan akan Hakikat Muhammadiah itu sebagai asal usul ataupun punca bagi segala hakikat-hakikat di dalam kerajaan Ilahi.

Sabtu, 9 September 2023

Perantara kepada Allah

~ Dicatatkan oleh Syekh Ali Harozim Baradah al-Fasiy dalam kitab Jawahirul Maaniy bahwa Sayyidi Syekh Ahmad Tijani Radhiyallahu Anhu mengatakan:

 "Tidak ada perantara kepada Allah yang paling besar manfaatnya dan paling cepat mendatangkan keridhoan Allah kepada seorang hamba melainkan dengan bersholawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa alihi wa sallam".

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

Jumaat, 8 September 2023

Kenapa sangat besar pahala dan keistimewaan selawat Al-Fatih?

Kerana selawat ini memuji hakikat Muhammadiah.

Martabat - martabat Hakikat Muhammadiah yang sangat Agung Kami akhiri khotimah ini dengan beberapa patah ungkapan daripada Syeikh Tijani , moga Allah memberkati dan dapat menghimpunkan kita di dalam kumpulannya dan dibawah naungan datuknya Rasulullah Dan himpunan ungkapan - ungkapan tersebut aku pernamakannya dengan " الأنفاس الرحمانية في بعض فيوضات الحقيقة المحمدية " Ertinya : Permata - permata Ar - Rohmaniah pada sebahagian daripada limpahan limpahan Hakikat Muhammadiah : وأرضاه و عنا به Berkata Syeikh Tijani " وأما حقيقته المحمدية صلى الله عليه وسلم فهي أول موجود أوجده الله تعالى من حضرة الغيب وليس عند الله من خلقه موجود قبلها لكن هذه الحقيقة لا تعرف بشيء وقد تعنف بعض العلماء بالبحث في هذه الحقيقة فقال إن هذه الحقيقة مفردة ليس معها شيء فلا تخلو إما أن تكون جوهرا أو عرضا فإنها إن كانت جوهرا إفتقرت إلى المكان الذي تحل فيه فلا تنتقل بالوجود دونه فإن وجدت مع مكانها دفعة واحدة فلا أولية لها لأنهما إثنان وإن كانت عرضا ليست بجوهر فالعرض لا كلام عليه إذ لا وجود للعرض إلا قذر لمحة العين ثم يزول فأين الأولية التي قلتم ؟ Ertinya Adapun Hakikat Muhammadiah adalah awal kejadian yang dijadikan oleh Allah daripada hadrah ghaib , dan tidaklah ada suatu makhluk pun yang dijadikan sebelumnya .... Tetapi Hakikat Muhammadiah ini , tidak akan dikenali akannya dengan sesuatu perkara . Sebahagian daripada ulama ' telah putus asa daripada kajian mereka mengenai Hakikat Muhammadiah ini ... , dan mereka mengatakan bahawasanya Hakikat Muhammadiah ini satu perkara yang tunggal / asa , tidak ada sesuatu yang berserta dengannya .... Tidaklah terlepas ia daripada dipanggil sebagai jauhar ( ) atau juga tidak terlepas ia daripada dipanggil akannya sebagai A'radh ( ) ... ( jikalau dibahas akanya ) Maka sesungguhnya jikalau dipanggil akannya jauhar , maka nescaya berhajatnya kepada ruang tempat yang menempatkannya di situ , kerana sesungguhnya tidak bolehlah terlepas wujudnya itu daripada mengambil tempat ... Maka jikalau wujudnya ia mengambil tempat secara serentak ( hakikat Muhammadiah dan ruang tempat ) , maka tidak dinamakan wujudnya itu ada pada permulaan sekali .. Kerana pada ketika itu dinamakan ada kedua - duanya ( hakikat Muhammadiah dan ruang tempat ) .... Maka jikalau ia adalah a'radh ( ) , nescaya bukanlah ia jauhar ... kerana a'radh bukanlah ada , adanya ( aradh ) itu hanya sekadar kelipan mata jua ( amrun -Iktibari ) , boleh hilang begitu sahaja .. Maka dimanakah permulaan yang engkau katakan bagi aradh tersebut maka yang sebenarnya perbahasan pada a'radh tidak diperlukan disini ..... m jawapan perbahasan yang sebenarnya ialah , Hakikat Muhammadiah itu adalah jauhar yang yang hakiki lagi sebenar , dan hal keadaannya berhajat kepada ruang tempat tidak sah sama sekali .... kerana perkiraan mengikut penilaian yang sudah menjadi adat kebiasaan orang , adalah berdasarkan akal fikiran yang terhad , akal yang dipandu oleh akal jism / anggota badan ... harus bagi Allah menjadikan makhluk dengan tidak berhajat kepada ruang tempat maka yang sebenarnya Allah berkuasa menjadikan makhluk ciptaannya . itu tidak berhajat kepada tempat , dan akallah yang mengukur mustahilnya perkara ini , akal tersebut menghukum bahawa tidak akan ada sesuatu melainkan berhajat sesuatu itu pada tempat .. itulah panduan bagi adat kebiasaan akal seseorang , akal yang tidak ada isi ia adalah hampa / kosong ( umpama tin kosong ) ....

Dan jikalau akal itu penuh dengan isi maka ia memberi tindak balas ( yang baik ) , nescaya ia mengetahui bahawasanya Allah berkuasa menjadikan alam ini dengan tidak berhajat kepada tempat .... Sekiranya perkara yang sebenar sebegitu ... Maka Allah menciptakan Hakikat Muhammadiah ini sebagai jauhar yang tidak berhajat kepada ruang tempat .... Maka tidak syak lagi bahawasanya barangsiapa yang dibukakan padanya . akan Hakikat Ilahi ini , nescaya ia akan mengetahuinya dengan yakin sekali bahawa penciptaan alam ini dengan tidak berhajat kepada ruang tempat adalah harus dan sah diterima akannya ..... Hakikat Muhammadiah adalah satu martabat kedudukan yang tidak dikenali , diketahui dan tidak ada seseorang yang mampu mencapai ke tahapnya pada medan perbicaraan ini ... Hanyalah Hakikat Muhammadiah ini terselindung disebalik tabir pakaian pakaian daripada nur - nur Ilahi , dan terhijab nur - nur tersebut daripada dilihat akan kewujudannya ... Hakikat Muhammadiah ini terhijab dengan beberapa pakaian Ilahi dan mempunyai beberapa medan dan ia terbahagi ia kepada :
1 - Ruh , Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan Ruh ( setelah terhijab di sebalik pakaian - pakaian daripada nur - nur llahi ) Pada martabat Ruh inilah , martabat yang dicapai oleh para Nabi , Rasul dan para wali Qutub ... itulah kemuncak tingkatan , tempat dan perhentian yang dicapai oleh mereka .. 
2- akal , Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan akal , ( setelah terhijab di sebalik tabir pakaian - pakaian daripada nur - nur Ilahi yang lain ) 
3 - Qalb / hati Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan nama Qalb / hati , ( setelah terhijab di sebalik tabir pakaian - pakaian daripada nur - nur Ilahi yang lain ) , 
4 - nafsu , Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan nafsu , ( setelah terhijab di sebalik pakaian - pakaian daripada nur - nur Ilahi yang lain ) . 
5 - jasad Rasulullah Ihilah perkara terakhir yang muncul daripada martabat - martabat tersebut ....

Iraah 8.9.23

Ismul A'zom adalah rahsia Allah yang terbesar yang Allah berikan kepada Qutub Ghaus/Qutub Jami' yang menguasai alam, yakni selain Allah
Alam badan, Qutub Ghaus adalah ruhnya
Lihatlah betapa besar anugerah Alalh kepada makhluk, ruh qutub ghaus mengalir dlm seluruh alam, manusi macam kita, ada sifat2 kemanusian, tapi semuanya tak menafikan pengkhususannya, 
Jadi kalau nak cari wali Allah jangan mengimbangi dengan sifat2 kemanusian
Rasulullah pernah marah 12 org isterinya, sebulan tak jumpa
Kata syeikh ibnu ataillah, bila Allah ingin memperlihatkan kepada kamu ahliNya maka Allah akan memperlihatkan sifat pengkhususan waliNya kepadamu
Ramai gagal menemui wali kerana hal ini, melihat kemanusiaan sahaja
Manusia tak boleh mengenali batin seseorang
Makrifat wali adalah lebih susah drpd makrifat Allah
Kita boleh mengenal Allah melalui ilmu akidah, tapi nak kenal manusia mcm kita yang menyembunyikan hadrat Allah dalam dirinya secara keseluruhan amatlah sukar
Ramai fikir wali mesti luar biasa, tak betul sebenarnya
Sayyidina Abu Bakar cari Rasulullah, tak jumpa, akhirnya jumpa lalu tanya kenapa Rasulullah, jawabnya daku lapar
Tasawuf yang sebenarnya, tasawuf murni, tasawuf makrifat, kurang karamat, 
Sahabat ramai meninggal lemas, tapi tabiin boleh solat atas air
Umat Melayu masuk Islam dengan perkara yang mencarik adat/keramat Auliya kerana Melayu suka kepada perkara itu bukan melalui peperangan seperti umat lain, jafi kalau Melayu memerangi wali2 Allah maka kufur nikmat
Kalau Islam tak sampai maka melayu masih sesat, makan benda haram
Hari ini ada melayu yang memusuhi auliya' Allah, ini bencana umat
Jalan tasawuf yang mengasaskan bangsa Melayu
Sebenarnya sesiapa yang tak masuk jalan tasawuf dia tak boleh tauliah
Waris Muhammadi ada 124,000, empunya jalan tarekat, ada jalan sendiri yang membawa kepada hadrat Allah sehingga hari kiamat, mereka pintu masuk hadrat Allah
Perumpamaan hadrat Allah itu istana, maka ada 124 ribu jalan ke istana
Di mana Rasulullah? Baginda adalah empunya jalan2 itu
Hadrat Allah tak boleh sampai, makna sampai adalah maksudnya bertemu Rasulullah, perantaraan ALLAH
Allah menjadikan Rasulullah sebagai pengganti, penzahiran kepada Allah
Dalam istana itulah Rasulullah pengganti kepada Allah
124 ribu wali, setiap orang adalah pengganti kepada setiap Nabi terdahulu berjumlah 124 ribu, tapi ada satu wali yang tidak dikira dalam jumlah tersebut, dialah punca iaitu khatam auliya' , perantara antara anbiya' dan auliya', yang menyiram siraman rabbani kepada para wali, 
Rasulullah bersabda, ulamak umatku adalah umpama Nabi2 terdahulu
Allah hidupkan kita untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya, adakah kita dah kenal dan cari kekasih2Nya? Kerajaan batin berterusan hingga hari kiamat wp pd zaman dajjal
Mana kita sebenarnya?, kita nak buka mata, kita nak jadi warganegara kerajaan batin
Pastikan lorong anda spt RFID, kalau tidak akan ganggu yang lain, RFID, rafada maksudnya bekalan musafir dlm bahasa Arab
Ada mengaku aswaja tp mesra ahli bidaah, apatah lagi setia taat kpd ahli bidaah
Ada yg kata kita rai mereka, tapi ingat mereka tak rai Imam Nawawi, bolehlah kita rai, tak boleh
Kelaziman jalan Allah mesti tak boleh rai ahli bidaah, tak boleh gerak dalam hadrat Allah kalau rai ahli bidaah
Jalan tasawuf hanya untuk ahli sunnah wal jamaah, diharamkan kepada luar ahli sunnah wal jamaah, semua ilmu agama ahli bidaah berkongsi kecuali ilmu tasawuf
Wahabi hafal alfiah Imam Suyuti tapi memusuhi Imam Suyuti
Sahabat ada 124 ribu mewarisi sifat para Nabi, spt Sayyidina Abu Bakar mewarisi Nabi Ibrahim, hanya memerintah 2 tahun, Sayyidina mewarisi Nabi Nuh, 
Wali sempurna mesti menyerupai Rasulullah, ada 4 khalifah, ada pintu hadratnya, 
Umat sekarang seperti warga emas, anugerah lebih, wp byk kekurangan, inilah kelaziman sifat pemurah Allah, thullatun minal awwalin wa thullatum minal akhirin, banjir kurniaan Allah untuk umat akhir zaman, umatku seperti hujan, awal dan akhirnya lebat
Selama mana kesultanan ikut kewalian, kesultanan akan selamat
Cth Sultan Muhammad Jiwa, sblm jd sultan ikut gurunya Syeikh Abdus Samad Al Falimbani
Rektor pertama Universiti Madinah adalah asalnya ulamak Tijani tetapi terpesong, sbb itulah wahabi selalu serang Tijani
Pernah berlaku pd zaman Alawiyah, Raja Al-Hafiz berpusat di Rabat menghadapi serangan Sepanyol, ada ulamak kata pergilah ziarah Sidi Muhammad Al-Arabi As Saih, raja enggan tapi akhirnya ziarah juga dengan syarat masuk dengan pakaian pengemis, raja masuk zawiyah nampak Sidi mengajar Al-Quran muridnya dengan papan luh, Sidi kata bawa luh itu ke pantai dan air akan menghilangkan tulisannya, lalu terbakar kapal2 sepanyol
Raja itu pun kembali memuliakan Tijani tapi didenda dengan dikuburkan luar negara
Maka janganlah memusuhi wali Allah, memusuhi wali Allah bermakna memusuhi Allah, Allah tak sebut memusuhi syariatKu tapi memusuhi waliKu

Iraah
8.9.23

Khamis, 7 September 2023

SIAPA TAK DAPAT MELIHAT NABI?


Pengarang kitab Fathul Muin, Syeikh Zainuddin bin ‘Abdul ‘Aziz bin Zainuddin al-Malibari رحمه الله menyebut di dalam kitabnya Irsyadul 'Ibād ilā Sabīlir Rasyād:

Dalam kitab “Syaraful Musthofa” bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sehingga Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. 

Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها berkata: “Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah.” 

Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku.” 

Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها bertanya: “Siapa yang tidak dapat melihatmu?” 

Junjungan صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: “Orang bakhil.” 

Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها bertanya lagi: “Siapakah orang bakhil?” 

Junjungan Nabi s.a.w. صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: “Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku.”

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ مِفْتَاحِ بَابِ رَحْمَةِ الله، عَدَدَ مَا فِيْ عِلْمِ اللهِ، صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ وَ عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ ....

Catatan asal :
Ustaz Abdullah Thohir

WALI ALLAH SWT

Kita mungkin seringkali sahaja mendengarkan adanya satu ungkapan, iaitu :

"HANYA WALI YANG AKAN MENGENALI WALI..."

Ertinya didalam HAKIKAT, iaitu :

"HANYA INSAN YANG TELAH SAMPAI KEPADA-NYA SAHAJA YANG MENGETAHUI AKAN SEGALA RAHASIA HAL KEADAAN-NYA..."

"Hendaklah engkau selalu Bersama Allah, jika tidak mampu, maka Berusahalah selalu Bersama orang-orang yang Dekat dengan Allah. Sesungguhnya orang itulah yang akan Menyampaikanmu kepada Allah."
(HR. Abu Daud)

Maka, ungkapan yang sebegitu memang Benar adanya !

Dari kerana, Pandangan seorang Insan yang bergelar WALI itu melalui "SIRR-NYA" tiadalah Terhalang (Terhijab) oleh segala sesuatu. 

MAHA SUCI TUHAN yang senantiasa sahaja memberikan segala Petunjuk kepada Hamba-Hamba-Nya yang Dikehendaki-Nya termasuklah MENGENALI WALI-WALI-NYA. 

Daripada bersumberkan Mafhum Kalam Para Guru-Guru Mursyid yang terdahulu, maka diketegorikanlah beberapa ciri yang akan terlihat pada seseorang Insan AWLIYA'ILLAH yang "MASTUR" ataupun yang "TERSEMBUNYI" itu sebagai pengetahuan kita, iaitu :

1) Insan-Insan yang bergelar "WALI" itu tersangat-sangatlah kurang dikenali ataupun diketahui akan keberadaannya itu daripada seluruh masyarakat. 

Lagi pula, Insan-Insan yang sebegitu tiadalah pula baginya berpengaruh dan perhatian sama sekali...

2) Insan-Insan yang sebegitu sudah tentunya adalah Insan yang telahpun Benar-Benar dapat "MENTAUHIDKAN ALLAH SWT DAN MEMBENARKAN KEBENARAN RASULULLAH SAW"...

3) Walaupun Insan-Insan itu adalah Ahli 'Abid, namun AWLIYA'ILLAH yang MASTUR itu kebiasaannya "TERSEMBUNYI" akan segala Kebaikan-Kebaikannya. 

Sepertinya Insan-Insan itu menjalani kehidupan hanyalah dengan bersederhana "SEADANYA" sahaja !

Ada yang bekerja sebagai peladang, pesawah, mekanik atau orang-orang biasa yang berkerja biasa-biasa dan hidup dengan "SEADANYA" sahaja. 

Ada yang lebih tinggi Martabatnya, iaitu Insan-Insan yang hidup didalam serba Kesusahan, Fakir Miskin, Yatim Piatu dan sebagainya. Bahkan ada juga yang seperti layaknya orang-orang gila yang bergelandangan sahaja.

Sampaikan tiada seorangpun manusia yang dapat mengetahui bahawa Insan-Insan itu adalah INSAN MULIA, kerana terlalu "TERSEMBUNYINYA".

Kerana itulah adanya ungkapan :

"HANYA WALI YANG MENGENALI WALI..."

4) HATI (ROHANIAH) Insan-Insan itu akan senantiasa sahaja hidup dengan "DZIKRULLAH" didalam apa-apa jua keadaan sekalipun, walaupun Insan-Insan itu terkadangnya bercampur gaul dengan masyarakat secara umumnya tanpa mereka menyedarinya...

5) Bagi yang dapat memandangnya dengan pandangan Mata Hati, maka akan terasalah sejuk dan mendamaikan sahaja. 

Kerana AHLI DZIKIR itu di istilahkannya didalam ILMU TASAWWUF sebagai Insan yang "BERTUBUHKAN KALIMAH". 

NUR DZIKIR itu telah terpancar jelas pada Wajah Haqiqinya...

6) Bagi yang dapat berkata-kata dengannya, maka akan terasalah aman dan tenang sahaja.

Dari kerana, AHLI DZIKIR itu akan menyebarkan Aura Positif, yakni NURULLAH disekelilingnya...

7) Tiadalah yang lazim daripada lisan Insan-Insan itu melainkan hanyalah MENGAGUNGKAN ALLAH SWT dan RASUL-NYA...

8) Kalam Insan-Insan itu teramat-amatlah mengandungi akan segala HIKMAH, walaupun hanyalah sepatah dua kata sahaja yang diluahkan daripada mulutnya. Bagi yang Menyedari dan mahu Berfikir sahaja.

Bahkan Insan-Insan yang sebegitu sering sahaja dikenali dengan Sifatnya yang "DIAM dan MENYENDIRI"...

Cpf

Keindahan kalam


🌷🌷🌷 Di syurga nanti banyaknya bidadari mengalahkan banyaknya malaikat yang ade di alam ini, sedangkan malaikat itu yang dimaklumkan teramat banyak, TAPI jangan fikir guna akal kita ni, akal ni terlalu terhad saaaangat nk fikir benda macam tu dan janganlah pula fikir pasal SYURGA @ BIDADARI@HABUAN HABUAN tu, tu bukan matlamat seorang HAMBA 💫💫murobbina senyum😊, matlamat menjadi HAMBA Taat dan Ikut Perintah sahaja kata TUANNYA, yang diberi itu hanyalah kurniaan semata dan wajib bersyukur, itu saja..🌷🌷

Sedikit syarah Murobbi dalam Jawahirul maani semalam

             SAYYIDI AHMAD ALHADI ALHASANI
                               HAFIZAHULLAH
                                 💖💖💖💖💖

#sollualannabi

Tasawuf menyalahi falsafah


Tasawuf mendahului hati
Falsafah mendahului akal
Tasawuf akhlaki bila siapkan hati akan terima tasawuf irfani secara semulajadi
Cth bila kita siapkan parabola akan terima siaran
Tasawuf akhlaki bila dh suluk sempurna kan terima hakikat Ilahi
Hakikat tak kan menyalahi syariat, 
Imam mengasaskan tasawuf akhlaki tapi ada mengisyaratkan tasawuf irfani
Org beriman tak boleh berpisah dengan tasawuf
Makrifat di akhirat ini bergantung kepada makrifat di dunia
Dunia ini sangat besar sebenarnya
Kalu cukup makrifat di sini, maka di akhirat akan ditambah lagi
Allah bukan cipta kita untuk makan, membesarkan nafsu, atau beribadat dengan lalai, orang yg lalai itulah munafiq
Rasulullah memberikan amaran ttg khusyuk munafiq, iaitu org yg beribadat untuk pandangan zahir semata-mata
Islam iman ihsan
Ibadat tarekat hakikat 
Jasad sembah Allah dengan ibadat, hati sembah Allah dengan tarekat, ruh sembah Allah dengan hakikat
Hati akhlak
Ruh unsur Ilahi
Jasad pakaian kpd ruh, penutup ruh, kenderaan kpd ruh, kewujudan sebenar adalah ruh
Hadis Jibril, islam, iman, ihsan
Allah mengeluarkan satu unsur yang tak dikenali iaitu ruh, Rasulullah ditanya ttg ruh oleh yahudi, kalu dia nabi tentu dia akan kata tak tahu, tanya Rasulullah, Rasulullah jawab esok datang lg, esoknya turun ayat
Ruh yg sebenarnya menyembah Allah, ruh rahsia Ilahi, dan Allah tak boleh dikenali dunia dan akhirat
Bila bercampur ruh dan jasad maka terhasillah nafsu (hembusan Allah dlm jasad nabi Adam)
Hati itu perantara ruh dan jasad, qalbu itu berbolak balik rerkadang kpd nafsu kadang kpd ruh
Jalan Tasawuf ada 2, jalan jazbah, jalan syukur, tarikan Ilahi
Lepas diri drpd amalan, tak bersandar kecuali kpd Allah, 
Kedua jalan suluk, spt naqshabandi, 
Cth org jatuh telaga, ada yg usaha utk keluar, inilah Suluk, bahaya krn boleh jatuh balik
Jalan jazbah, putus asa drpd usaha sendiri, mengharapkan bantuan, makan bantuan datang, selamat
Ammarah-jahat
Lawwamah-
Mulhamah-dilhamkan
Mutmainnah-nafsu org beriman shj
Radhiah
Mardhiyyah
Kamilah-ruhnya bersatu dgn Rasulullah 
Usaha kita di dunia utk menembusi halangan hijab2
Itulah namanya pembukaan
140k hijab
1 hijab, umur nabi Nuh tak cukup
Tasawuf bersandar kpd tabarruk
Untuk sampai kpd Raja Segala Raja mesti melalui kekasihNya
Bila bersandar atas org lain tanda mengaku kekurangan, kehambaan, bila serah diri kpd jalan Ilahi kamu telah diterima 
Wahabi badwi kata boleh terus kpd Tuhan, ini perangai badwi, tiada adab
Syaitan tak mahu sujud kpd Nabi Adam krn rasa cukup, tak mahu wasilah utk dekat dgn Allah akhirnya dilaknat krn membesarkan diri
Matlamat hamba adalah Allah semata-mata
Agama sangat luas, bukan hanya pd ibadah zahir shj
Agama sebenarnya adalah lautan tanpa sempadan, 
Sekurang2nya peganglah tangan Ahlillah, in sya Allah akan ditarik di akhirat bersama mereka
Ahli sufi yg beri kamu tauliah, bukan kamu nk beri tauliah kpd tasawuf, tasawuf drpd morocco kpd tokyo
Cakap kesesatan dlm tasawuf itulah kesesatan sebenarnya
1/4 umat Islam adalah Tijani
Cepatlah, umur ini tak cukup, dalamilah ilmu tasawuf, ilmu makrifat, ilmu hati, 
Imam Ghazali kata tasawuf ilmu fardhu ain yg tak boleh ta'khir, 
Setiap iklim ada doktor rohani, setiap masa, ada Ahlillah, tp disembunyikan, maka mesti berusaha menembusi hijab
Bila kamu tulus dengan mereka, mereka akan datang kepadamu
Suci diri, hias hati, jadi hamba Allah sebelum mati, inilah ilmu sebenar
12k selawat Fatih di Maghribi amalan wanita
Yg tak bertemu dgn auliya', perbanyakkanlah selawat kpd Rasulullah
Cukuplah cari jalan yg benar, kalu tak berjaya suluk pun dah selamat, dah dapat pelampung keselamatan, kalu ditanya nanti kenapa tak berjaya? boleh dah pegang tp x cukup masa lg
Imam Ghazali keluar drpd Iraq, 13 tahun menyendiri tidak diketahui, berguru dengan Rasulullah secara yaqazah di Syam
Jalan tasawuf jalan kebenaran
Duduk bersama org yg memusuhi ulamak aswaja itulah munafiq

Sayyidi
1.9.23

Selasa, 5 September 2023

SELAWAT AL FATIH SATU KURNIAAN YANG BESAR UNTUK UMMAT AKHIR ZAMAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Hamba naqalkan sebahagian daripada kalam MurobbinaAl Arifbillah Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada menerangkan akan satu kurniaan yang besar dari Allahﷻ kepada ummat kekasih-Nya di akhir zaman, pada sedemikian ini; 

Fahamilah jua bahawa Allahﷻ mengurniakan anugerah-Nya bukan melalui ukuran kelayakan. Hadiah daripada Allahﷻ tidak ada orang yang boleh mempersoalkannya dengan Allahﷻ, kerana apa diberi? Ini semua hanyalah semata-mata kerana Allahﷻ ingin mengurniakannya pada akhir zaman ini kerana ummat itu lemah, ummat itu dikasihani, ummat itu ramai yang sakit, ummat akhir zaman itu tidurnya banyak, ummat akhir zaman itu makan syubhah dan banyak tidur banyak, fahamilah.  

Ummat akhir zaman ini tidak boleh menjaga wudhuk, dua tiga jam sekali kena ambil wudhuk yang baharu. Ummat terdahulu sembahyang Subuhnya sekali dengan wudhuk Isyaknya. Ummat akhir zaman ini banyak kelemahannya. Allahﷻ daripada hadrah kurniaan-Nya, anugerah-Nya, hendak memberi kepada orang yang lemah diakhir zaman kerana mereka ummat Baginda ﷺ. Fahamilah !! 

Dan daripada itu, akhir zaman itu bermaksud hujung umur ummat, yakni yang dah tua. Ummat yang dah tua, banyak aib, macam orang tua, pakcik kita, makcik kita yang dah tua, kadang-kadang boleh buang air atas baju, air kecil, tetapi perkara itu tidak menafikan kemuliaan ibu bapa kita. Demikianlah perumpamaan bagi ummat islam itu, walaupun dah tua, banyak aib, banyak kekurangan, tapi disisi Allahﷻ mereka adalah ummat Baginda Rasulullah ﷺ, faham!! 

Oleh yang demikian, Rahmat Allahﷻ itu jika dipandang dari sudut kurniaan-Nya, adalah Ia-Nya ingin menganugerahkan dan menghadiahkannya kepada ummat akhir zaman. Seandainya kamu berada di dalam dewan Awliya, kamu akan mendengar cerita daripada Awliya Allah tentang Selawat Al Fatih itu sebagai hadiah, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih. 

Dan ditambah lagi di dalam Dewan Awliya itu dengan sebahagian daripada Awliya itu yang telah mati, mengkhabarkan akan kesedihan mereka kepada Awliya yang masih hidup, akan kesedihan mereka kerana tidak dapat berselawat dengan Selawat Al Fatih semasa mereka masih hidup. 

Wallahu kata Awliya yang telah mati, seandainya Allahﷻ memberi kami pilihan samada untuk menjadi Wali Besar seperti mana yang telah kami dapati, atau dapat menyebut Selawat Al Fatih walaupun sekali, nescaya kami akan pilih untuk menyebut Selawat Al Fatih satu kali walaupun kewalian kami dibuang. 

Fahamilah dan ketahuilah !! Bahawasanya kita tidak dapat mengenali dengan sebenarnya apakah Selawat Al Fatih itu. Cukuplah ianya adalah selawat Tuhan atas Nabi-Nya sendiri, cukup. Jangan cari lain. 

# Petikan Syarahan Selawat Al Fatih 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

#Via Sidi Nazrul

PERIHAL KEHAMBAAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Telah berkata Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala pada perkara membincangkan perihal kehambaan itu kepada kami semua, 

"Alamat kehambaan itu, tidak terlintas padanya akan sesuatu ganjaran, bukan sahaja meminta ganjaran, BAHKAN TIDAK TERLINTAS, TIADA LINTASAN LANGSUNG. Barangsiapa yang mengajak kamu kepada sesuatu (habuan/tujuan/ganjaran) sesungguhnya dia telah menipu kamu" 

"Ketuhanan pada Berhala dapat dilihat, tetapi Berhala Nafsu tidak dapat dilihat. Diri mampu mengasingkan diri daripada Berhala zahir, namun diri tidak mampu mengasingkan Berhala Nafsu apabila dengan Allah. Maka itulah syirik yang paling besar disisi Ahlillah yakni mensyirikkan Allah dengan Berhala nafsu"

"Menyembah Allah kerana Allah dan menyembah Allah untuk tujuan dirinya. Tanda orang yang mempunyai tujuan tujuan dalam ibadahnya ialah, banyak ibadahnya kerana nafsu dirinya berhajat kepada manfaat manfaat yang besar dan tinggi. Suci dari tujuan itu adalah merupakan tujuan dalam ibadah. Tujuan dalam ibadah adalah membebaskan diri sebagai hamba yang bebas dari tujuan dan tidak mensyirikan Allahﷻ dengan tujuan-tujuan selain Allahﷻ".

Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra.
امين اللهم امين 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

#Via Sidi Nazrul

Jalan Asal

Bahawasanya toriqah Syukur adalah toriqah asal,yaitu toriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan hamba-hamba pilihan Allah(, mereka adalah daripada kalangan sahabat sahabat Nabi dan lainnya,..
…Ibadah mereka kepada Allah (berteraskan kepada keikhlasan semata-mata,dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah (  
…dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan tuhan ..
..dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman..
Maka apabila Allah (mengetahui kejujuran/kesungguhan mereka dalam beribadah kepada Allah ( ,maka dengan sifat kemurahan Allah.. Allah membalas kesungguhan mereka dengan suatu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka,seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah ( dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar…
Maka apabila ahli riadah(mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh ahli mahabbah(syukur),maka pada ketika itu ahli riadah menjadikan matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya,,
sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan bebagai cara,antaranya:dengan berpuasa,qiyamullail,berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan  
Maka hijrah yang sebenar dalam toriqah syukur dan mahabbah ,ialah : permulaannya dengan hijrah kepada Allah ( dan Rasulnya dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu..
dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) permulaannya ialah kepada pembukaan-pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu..
Kesimpulannya:
Perjalanan dalam toriqah Syukur ialah perjalanan mata hati
..dan perjalanan dalam toriqah mujahadah ialah dengan menjalani ketahanan dan kekuatan tubuh badan..  
Pembukaan dalam toriqah syukur adalah hujumi(هُجُومِيٌّ) (1)yaitu seorang murid itu tidak mengharapkan sesuatu hasil yang di inginkannya ,bahkan seorang murid itu hanyasanya ia masih berada didalam maqam memohon taubat dan pengampunan daripada segala dosanya ,tiba tiba datang atas dirinya pembukaan ilahi.. “
(berakhirnya perkataan Qutub Ad-Dibaghi)
(1)ertinya diserang,dilanggar,,maksudnya :pembukaan datang dengan tiba-tiba,tanpa diduga..

 
 
Sayidi Ahmad Al-Hadi menambah katanya:
Bahawasanya permulaan niat dalam perjalanan Syukur dan mahabbah adalah dengan niat yang ikhlas , suci lagi murni
Dan permulaan niat dalam perjalanan mujahadah masih lagi bercampur baur dengan sesuatu tujuan
perjalanan dalam toriqah syukur dan mahabbah dinamakan perjalanan mata hati dan melalui sentapan/tarikan ilahi dan atas pilihan Allah (
Sepertimana firman Allah (
" اللهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ "
Ertinya: 
Allah ( memilih seseorang yang ia suka untuk sampai kepadanya

perjalanan di dalam toriqah mujahadah dinamakan perjalanan dengan melalui kekuatan dan ketahanan tubuh badan dan suluk 
Sepertimana firman Allah (
" ويَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ "
Ertinya :
Allah ( memberi hidayah kepada sesiapa yang mengikut jalannya..
Pembukaan dalam toriqah syukur dinamakan hujumi(1)yaitu dengan tiada meminta dan mengharapkan sesuatu,,
(1)ertinya diserang,dilanggar,,maksudnya :pembukaan datang dengan tiba-tiba,tanpa diduga..
Sepertimana yang dinyatakan oleh Sayidi Ahsan Al-Ba’qili RA :
" فَطَلَبُ الفتحِ فيهَا عَائِقٌ عَنِ الفتحِ "
Ertinya :
mengharapkan sesuatu pembukaan ilahi di permulaan niat,ia adalah penghalang kepada sebarang pembukaan ilahi..
dan pembukaan dalam toriqah mujahadah/riadah terhasil dengan sesuatu helah ,tindakan dan sebab

DOA YAQTHIN



سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

(Maha Suci Tuhan Kamu, Tuhan Yang Maha Perkasa dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan kepada Rasul-Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seruan sekelian Alam) 

Inilah yang dinamakan sebagai DOA YAQTHIN, dan telah mensyarahkan ianya oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa; 

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Sayidina Ali r.hu, bahawa ianya juga adalah merupakan ibu kepada segala doa, sehinggakan Sayidina Ali r.hu telah menasihatkan kita, maka apabila kita berbuat akan sesuatu amalan dan sesuatu doa, maka khatamkanlah dengan; 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Di dalam Bahasa Arabnya, doa ini panggil Doa Yaqthin (labu). Maka telah berkata Sayidina Ali r.hu bahawa, barangsiapa yang mengkhatamkan akan amalannya, ketaatannya, dan ibadatnya bersama dengan Doa Yaqthin ini, (yakni mengakhirkan doanya dengan membaca Doa Yaqthin ini), maka amalan dan doa orang tersebut telah dikhatamkan, dicopkan akan doanya dengan suatu Khatam Robbani, yang mana tidak boleh terbuka ianya melainkan diantara tangan Tuhan. Yakni telah menjadilah Doa Yaqthin itu sebagai Khatam Khas atas amalan itu. 

Demikianlah keterangan Murobbina Hafizahullahu Ta'ala, semoga ianya menjadi suatu manfaat dalam amalan kita. 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Isnin, 4 September 2023

🌹EDARAN ZAWIYAH IRAAH 11🌹🌹TARBIAH DALAM TORIQAH TIJANIYAH🌹🌹ASAS UTAMA DALAM MEMAHAMI TORIQAH TIJANIYAH 🌹🌹KONSEP TARBIYAH DALAM TORIQAH TIJANIYAH🌹


 
berkata Maulana Albaqili RA 
-moga ditenggelamkan kita didalam redhanya-
sepertimana dlm kita iraahnya, ketika beliau melarang drpd percampuran kemurnian ahli toriqah kita dengan kekerohan ahli toriqah gharad2
yaitu larangan drpd terdedah para murid dan disudut2 zawiyah tijaniyah kpd ahwal toriqah kaum dan zauq2 mereka

intipati nasihat tersebut ialah :
dan hanyasanya yg menjadi penyebab kpd himpunan helaian2 ini adalah kerana hendak menerangkan perbezaan dua toriqah
yaitu tatkala aku melihat pembacaan ulama2 akan kitab2 sufi (ahli iradah) didalam zawiyah Syeikh Tijani RA,sehinggakan kalam Syeikh Tijani TA tidak disebut
bahkan hanyasanya disebut ketika berdalilkan kpd kalam auliya drpd ahli iradah

kemudian didengari pula oleh para murid,tidaklah mereka berbicara melainkan apa yg mereka pelajari dan mentelaah drpd kitab2 lmam Ghazali Ra,dan lainnya

kalam lmam Ghazali adalah sahih didalam toriqah iradah
toriqah tijaniyah adalah toriqah yg asli bagi toriqah iradah(yg mana toriqah iradah adalah cabangan bagi toriqah asli)

maka tidak harus bagi murid Tijani mentelaah akan kitab2 sufi (kerana peroses tarbiah khasnya)

dan apabila seorang murid Tijani Ra diuji (pencampuran pemahaman zauq yg lain)
maka tidaklah ia terselamat melainkan ia drpd kalangan ulama yg sudah mantap dan kukuh didalam hadrah tijaniyah
maka haruslah baginya mentelaah utk mendalami akan ilmu2 tersebut tidak lebih drpd itu

tidak harus berdalilkan kpd toriqah iradah kerana saling berlawanan oleh hukum hakam tarbiah dlm kedua2nya

fahamilah akannya !!!
sesunguhnya aku walaupun dengan kekurangan kefahamanku
aku menyedari akan 
maka wajiblah atas alim didalam toriqah tijaniyah,atau sebagai orang ikutan,janganlah ia mengajari di zawiyah2 kpd para murid yg masih lemah

melainkan perkara yg bersesuaian dengan Toriqah asli,yaitu pengajian Alquran,Hadis Nabi Saw

dan juga tidak mengapa ia mengajar feqah mazhabnya drpd hikum hakam wuduk, ibadah dan lainnya dan tidaklah lebih drpd itu

adapun toriqah iradah telah berakhir ia sejak zaman berzaman dan izin telah di angkat daripadanya