Khamis, 7 September 2023

WALI ALLAH SWT

Kita mungkin seringkali sahaja mendengarkan adanya satu ungkapan, iaitu :

"HANYA WALI YANG AKAN MENGENALI WALI..."

Ertinya didalam HAKIKAT, iaitu :

"HANYA INSAN YANG TELAH SAMPAI KEPADA-NYA SAHAJA YANG MENGETAHUI AKAN SEGALA RAHASIA HAL KEADAAN-NYA..."

"Hendaklah engkau selalu Bersama Allah, jika tidak mampu, maka Berusahalah selalu Bersama orang-orang yang Dekat dengan Allah. Sesungguhnya orang itulah yang akan Menyampaikanmu kepada Allah."
(HR. Abu Daud)

Maka, ungkapan yang sebegitu memang Benar adanya !

Dari kerana, Pandangan seorang Insan yang bergelar WALI itu melalui "SIRR-NYA" tiadalah Terhalang (Terhijab) oleh segala sesuatu. 

MAHA SUCI TUHAN yang senantiasa sahaja memberikan segala Petunjuk kepada Hamba-Hamba-Nya yang Dikehendaki-Nya termasuklah MENGENALI WALI-WALI-NYA. 

Daripada bersumberkan Mafhum Kalam Para Guru-Guru Mursyid yang terdahulu, maka diketegorikanlah beberapa ciri yang akan terlihat pada seseorang Insan AWLIYA'ILLAH yang "MASTUR" ataupun yang "TERSEMBUNYI" itu sebagai pengetahuan kita, iaitu :

1) Insan-Insan yang bergelar "WALI" itu tersangat-sangatlah kurang dikenali ataupun diketahui akan keberadaannya itu daripada seluruh masyarakat. 

Lagi pula, Insan-Insan yang sebegitu tiadalah pula baginya berpengaruh dan perhatian sama sekali...

2) Insan-Insan yang sebegitu sudah tentunya adalah Insan yang telahpun Benar-Benar dapat "MENTAUHIDKAN ALLAH SWT DAN MEMBENARKAN KEBENARAN RASULULLAH SAW"...

3) Walaupun Insan-Insan itu adalah Ahli 'Abid, namun AWLIYA'ILLAH yang MASTUR itu kebiasaannya "TERSEMBUNYI" akan segala Kebaikan-Kebaikannya. 

Sepertinya Insan-Insan itu menjalani kehidupan hanyalah dengan bersederhana "SEADANYA" sahaja !

Ada yang bekerja sebagai peladang, pesawah, mekanik atau orang-orang biasa yang berkerja biasa-biasa dan hidup dengan "SEADANYA" sahaja. 

Ada yang lebih tinggi Martabatnya, iaitu Insan-Insan yang hidup didalam serba Kesusahan, Fakir Miskin, Yatim Piatu dan sebagainya. Bahkan ada juga yang seperti layaknya orang-orang gila yang bergelandangan sahaja.

Sampaikan tiada seorangpun manusia yang dapat mengetahui bahawa Insan-Insan itu adalah INSAN MULIA, kerana terlalu "TERSEMBUNYINYA".

Kerana itulah adanya ungkapan :

"HANYA WALI YANG MENGENALI WALI..."

4) HATI (ROHANIAH) Insan-Insan itu akan senantiasa sahaja hidup dengan "DZIKRULLAH" didalam apa-apa jua keadaan sekalipun, walaupun Insan-Insan itu terkadangnya bercampur gaul dengan masyarakat secara umumnya tanpa mereka menyedarinya...

5) Bagi yang dapat memandangnya dengan pandangan Mata Hati, maka akan terasalah sejuk dan mendamaikan sahaja. 

Kerana AHLI DZIKIR itu di istilahkannya didalam ILMU TASAWWUF sebagai Insan yang "BERTUBUHKAN KALIMAH". 

NUR DZIKIR itu telah terpancar jelas pada Wajah Haqiqinya...

6) Bagi yang dapat berkata-kata dengannya, maka akan terasalah aman dan tenang sahaja.

Dari kerana, AHLI DZIKIR itu akan menyebarkan Aura Positif, yakni NURULLAH disekelilingnya...

7) Tiadalah yang lazim daripada lisan Insan-Insan itu melainkan hanyalah MENGAGUNGKAN ALLAH SWT dan RASUL-NYA...

8) Kalam Insan-Insan itu teramat-amatlah mengandungi akan segala HIKMAH, walaupun hanyalah sepatah dua kata sahaja yang diluahkan daripada mulutnya. Bagi yang Menyedari dan mahu Berfikir sahaja.

Bahkan Insan-Insan yang sebegitu sering sahaja dikenali dengan Sifatnya yang "DIAM dan MENYENDIRI"...

Cpf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan