Kerana selawat ini memuji hakikat Muhammadiah.
Martabat - martabat Hakikat Muhammadiah yang sangat Agung Kami akhiri khotimah ini dengan beberapa patah ungkapan daripada Syeikh Tijani , moga Allah memberkati dan dapat menghimpunkan kita di dalam kumpulannya dan dibawah naungan datuknya Rasulullah Dan himpunan ungkapan - ungkapan tersebut aku pernamakannya dengan " الأنفاس الرحمانية في بعض فيوضات الحقيقة المحمدية " Ertinya : Permata - permata Ar - Rohmaniah pada sebahagian daripada limpahan limpahan Hakikat Muhammadiah : وأرضاه و عنا به Berkata Syeikh Tijani " وأما حقيقته المحمدية صلى الله عليه وسلم فهي أول موجود أوجده الله تعالى من حضرة الغيب وليس عند الله من خلقه موجود قبلها لكن هذه الحقيقة لا تعرف بشيء وقد تعنف بعض العلماء بالبحث في هذه الحقيقة فقال إن هذه الحقيقة مفردة ليس معها شيء فلا تخلو إما أن تكون جوهرا أو عرضا فإنها إن كانت جوهرا إفتقرت إلى المكان الذي تحل فيه فلا تنتقل بالوجود دونه فإن وجدت مع مكانها دفعة واحدة فلا أولية لها لأنهما إثنان وإن كانت عرضا ليست بجوهر فالعرض لا كلام عليه إذ لا وجود للعرض إلا قذر لمحة العين ثم يزول فأين الأولية التي قلتم ؟ Ertinya Adapun Hakikat Muhammadiah adalah awal kejadian yang dijadikan oleh Allah daripada hadrah ghaib , dan tidaklah ada suatu makhluk pun yang dijadikan sebelumnya .... Tetapi Hakikat Muhammadiah ini , tidak akan dikenali akannya dengan sesuatu perkara . Sebahagian daripada ulama ' telah putus asa daripada kajian mereka mengenai Hakikat Muhammadiah ini ... , dan mereka mengatakan bahawasanya Hakikat Muhammadiah ini satu perkara yang tunggal / asa , tidak ada sesuatu yang berserta dengannya .... Tidaklah terlepas ia daripada dipanggil sebagai jauhar ( ) atau juga tidak terlepas ia daripada dipanggil akannya sebagai A'radh ( ) ... ( jikalau dibahas akanya ) Maka sesungguhnya jikalau dipanggil akannya jauhar , maka nescaya berhajatnya kepada ruang tempat yang menempatkannya di situ , kerana sesungguhnya tidak bolehlah terlepas wujudnya itu daripada mengambil tempat ... Maka jikalau wujudnya ia mengambil tempat secara serentak ( hakikat Muhammadiah dan ruang tempat ) , maka tidak dinamakan wujudnya itu ada pada permulaan sekali .. Kerana pada ketika itu dinamakan ada kedua - duanya ( hakikat Muhammadiah dan ruang tempat ) .... Maka jikalau ia adalah a'radh ( ) , nescaya bukanlah ia jauhar ... kerana a'radh bukanlah ada , adanya ( aradh ) itu hanya sekadar kelipan mata jua ( amrun -Iktibari ) , boleh hilang begitu sahaja .. Maka dimanakah permulaan yang engkau katakan bagi aradh tersebut maka yang sebenarnya perbahasan pada a'radh tidak diperlukan disini ..... m jawapan perbahasan yang sebenarnya ialah , Hakikat Muhammadiah itu adalah jauhar yang yang hakiki lagi sebenar , dan hal keadaannya berhajat kepada ruang tempat tidak sah sama sekali .... kerana perkiraan mengikut penilaian yang sudah menjadi adat kebiasaan orang , adalah berdasarkan akal fikiran yang terhad , akal yang dipandu oleh akal jism / anggota badan ... harus bagi Allah menjadikan makhluk dengan tidak berhajat kepada ruang tempat maka yang sebenarnya Allah berkuasa menjadikan makhluk ciptaannya . itu tidak berhajat kepada tempat , dan akallah yang mengukur mustahilnya perkara ini , akal tersebut menghukum bahawa tidak akan ada sesuatu melainkan berhajat sesuatu itu pada tempat .. itulah panduan bagi adat kebiasaan akal seseorang , akal yang tidak ada isi ia adalah hampa / kosong ( umpama tin kosong ) ....
Dan jikalau akal itu penuh dengan isi maka ia memberi tindak balas ( yang baik ) , nescaya ia mengetahui bahawasanya Allah berkuasa menjadikan alam ini dengan tidak berhajat kepada tempat .... Sekiranya perkara yang sebenar sebegitu ... Maka Allah menciptakan Hakikat Muhammadiah ini sebagai jauhar yang tidak berhajat kepada ruang tempat .... Maka tidak syak lagi bahawasanya barangsiapa yang dibukakan padanya . akan Hakikat Ilahi ini , nescaya ia akan mengetahuinya dengan yakin sekali bahawa penciptaan alam ini dengan tidak berhajat kepada ruang tempat adalah harus dan sah diterima akannya ..... Hakikat Muhammadiah adalah satu martabat kedudukan yang tidak dikenali , diketahui dan tidak ada seseorang yang mampu mencapai ke tahapnya pada medan perbicaraan ini ... Hanyalah Hakikat Muhammadiah ini terselindung disebalik tabir pakaian pakaian daripada nur - nur Ilahi , dan terhijab nur - nur tersebut daripada dilihat akan kewujudannya ... Hakikat Muhammadiah ini terhijab dengan beberapa pakaian Ilahi dan mempunyai beberapa medan dan ia terbahagi ia kepada :
1 - Ruh , Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan Ruh ( setelah terhijab di sebalik pakaian - pakaian daripada nur - nur llahi ) Pada martabat Ruh inilah , martabat yang dicapai oleh para Nabi , Rasul dan para wali Qutub ... itulah kemuncak tingkatan , tempat dan perhentian yang dicapai oleh mereka ..
2- akal , Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan akal , ( setelah terhijab di sebalik tabir pakaian - pakaian daripada nur - nur Ilahi yang lain )
3 - Qalb / hati Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan nama Qalb / hati , ( setelah terhijab di sebalik tabir pakaian - pakaian daripada nur - nur Ilahi yang lain ) ,
4 - nafsu , Maka di dalam medan ini , ia dinamakan dengan nafsu , ( setelah terhijab di sebalik pakaian - pakaian daripada nur - nur Ilahi yang lain ) .
5 - jasad Rasulullah Ihilah perkara terakhir yang muncul daripada martabat - martabat tersebut ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan