Rabu, 13 September 2023

KEMULIAAN HAKIKAT BAGINDA SAW


Hakikat Ahmadiah itu adalah ibu segala hakikat-hakikat, itulah diri berdirinya Nabi SAW dengan hakikatnya yang ketunggalan, yang bersifat dengan esa dan ketunggalannya ia daripada segala ciptaan secara segala perincian..
iaitu di dalam Hadrah "Ha'ul-Huwwiyah" هَاءِالهَوِيَّةِ

dan pada martabat itu tidak mengetahui akan Hakikat Baginda SAW melainkan penciptanya (Allah SWT). 

Itulah jihah/arah penerimaan Hakikat Ahmadiah drdp  Hadrah Al-Qidam, 

itulah sabdaan Hadis Baginda SAW, 
"Tidak mengenali aku secara Hakikat melainkan Tuhanku".

Dan daripadanya (Hakikat Ahmadiah), Allah Ta'ala mengeluarkan dengan semata-mata kurnianNya yang meratai akan Hakikat Muhammadiah
Dan menjadikan akan Hakikat Muhammadiah itu sebagai asal usul ataupun punca bagi segala hakikat-hakikat di dalam kerajaan Ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan