Khamis, 7 September 2023

SIAPA TAK DAPAT MELIHAT NABI?


Pengarang kitab Fathul Muin, Syeikh Zainuddin bin ‘Abdul ‘Aziz bin Zainuddin al-Malibari رحمه الله menyebut di dalam kitabnya Irsyadul 'Ibād ilā Sabīlir Rasyād:

Dalam kitab “Syaraful Musthofa” bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sehingga Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. 

Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها berkata: “Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah.” 

Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku.” 

Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها bertanya: “Siapa yang tidak dapat melihatmu?” 

Junjungan صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: “Orang bakhil.” 

Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها bertanya lagi: “Siapakah orang bakhil?” 

Junjungan Nabi s.a.w. صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: “Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku.”

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ مِفْتَاحِ بَابِ رَحْمَةِ الله، عَدَدَ مَا فِيْ عِلْمِ اللهِ، صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ وَ عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ ....

Catatan asal :
Ustaz Abdullah Thohir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan