Hakikat maulid itu adalah apabila Allah membuka kewujudan ini pertama kali dengan mewujudkan hakikat Nur Baginda ﷺ, Bagindalah Sayyidul Wujud terhadap alam ini.
Itulah kewujudan yang membuka apa yang tertutup yakni membuka kewujudan alam yang sebelum ini tiada dan tertutup/terkunci dan hanya berada didalam ilmu Allah Yang Satu (Ahad) sahaja.
Dengan itu jika dinisbah kepada makhluk/alam maka Hakikat Bagindalah yang pertama diwujudkan/diciptakan Allah, dan jika dinisbah kepada Yang Qadim maka Hakikat Baginda adalah wujud ke-2 setelah Allah mewujudkannya.
Kerana itu Allah menjadikan Sayyidina Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim itu lahir pada hari ke-2 yakni Isnin sebagai mengisyaratkan kepada kita setelah hari Ahad adalah hari Isnin yakni setelah Zat Allahu Ahad maka setelahnya adalah Hakikat Baginda ﷺ.
***Mafhum syarahan Sayyidi dalam rahsia selawat fateh.***
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩
#maulid #maulidnabi #maulidnabimuhammadsaw #maulidurrasul #maulidnabimuhammad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan