Selasa, 5 September 2023

DOA YAQTHIN



سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

(Maha Suci Tuhan Kamu, Tuhan Yang Maha Perkasa dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan kepada Rasul-Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seruan sekelian Alam) 

Inilah yang dinamakan sebagai DOA YAQTHIN, dan telah mensyarahkan ianya oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa; 

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Sayidina Ali r.hu, bahawa ianya juga adalah merupakan ibu kepada segala doa, sehinggakan Sayidina Ali r.hu telah menasihatkan kita, maka apabila kita berbuat akan sesuatu amalan dan sesuatu doa, maka khatamkanlah dengan; 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Di dalam Bahasa Arabnya, doa ini panggil Doa Yaqthin (labu). Maka telah berkata Sayidina Ali r.hu bahawa, barangsiapa yang mengkhatamkan akan amalannya, ketaatannya, dan ibadatnya bersama dengan Doa Yaqthin ini, (yakni mengakhirkan doanya dengan membaca Doa Yaqthin ini), maka amalan dan doa orang tersebut telah dikhatamkan, dicopkan akan doanya dengan suatu Khatam Robbani, yang mana tidak boleh terbuka ianya melainkan diantara tangan Tuhan. Yakni telah menjadilah Doa Yaqthin itu sebagai Khatam Khas atas amalan itu. 

Demikianlah keterangan Murobbina Hafizahullahu Ta'ala, semoga ianya menjadi suatu manfaat dalam amalan kita. 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan