Selasa, 26 September 2023

AMRU MAARUF DI SISI PARA ARIFIN ADALAH MENGAJAK UMMAH BERIBADAH TANPA SEBARANG TUJUAN DAN HABUAN

Buang tujuan maka tujuan akan kejar kamu

Kata Al arifbillah Sidi Ahsan Albaaqili Alhasani Attijani r.a :

"Sir sebenar adalah buang sir
Buang sir maka sir akan kejar kamu
Siapa yang yang cari pembukaan maka dia mengungkit kepada Allah dengan amalannya, menyalahi sifat kehambaan

Sufi cari fath, adapun fath sebenar adalah zuhud drpd fath, inilah isyarat sempurna kehambaan, bukan nak halang kita tapi nak buka pintu untuk kita, pintu hamba, hamba nak masuk rumah tuan tak perlu ketuk pintu boleh terus masuk."

Kalam sayidi:

Delete rasaan/zauq yg lain selain nk mengabdikan diri semata mata kpd Allah S.W.T. Hamba yg benar tidak mencari² rahsia,tidak menanti² rahsia

Hamba hanya memperkemaskan amal untuk Tuannya

Kemudian fana' dari amalannya 

Delete amalanya
Malu dari amalannya
Kerana amalannya itu hak Tuannya.Maka Tuannya akan bermuamalah dengannya dengan jalan
Kurniaan bukan jalan kelayakkannya .walhasil Anugerah Allah S.W.T dibahagi kepada hambanya tanpa melalui jalan usaha, ikhtiar, dan susah payah...nikmatinya sahaja dan Bersyukurlah...

 Itulah Jalan Kami dan Kamu...jalan menuju Menjadi hamba yang sebenar-benarnya hamba kepada Al Kholiq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan