Rabu, 13 September 2023

Berhimpun untuk Zikrullah

Berhimpun Untuk Zikrullah (Majlis Zikir) adalah Sebab Bagi Diberikan Keampunan dan Dosa Ditukar Menjadi Pahala (Riwayat Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ)

* * * * *

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

 مَا مِنْ قَوْمٍ اجْتَمَعُوا يَذْكُرُونَ اللهَ، لَا يُرِيدُونَ بِذَلِكَ إِلَّا وَجْهَهُ، إِلَّا نَادَاهُمْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ: قُومُوا مَغْفُورًا لَكُمْ، قَدْ بُدِّلَتْ سَيِّئَاتُكُمْ حَسَنَاتٍ 

Daripada Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Tidak ada satu kaum (kumpulan manusia) yang berhimpun untuk berzikir kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى; mereka tidak mahukan sesuatu apa pun dengan (himpunan zikrullah) tersebut melainkan keredaan-Nya, melainkan akan ada satu penyeru yang menyeru mereka dari langit dengan berkata: 

“Bangunlah kamu semua dalam keadaan keampunan diberikan kepada kamu. Sesungguhnya [dosa] kejahatan-kejahatan kamu telah ditukarkan menjadi [pahala] kebaikan.”

T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 12045 [Lafaz di atas]; (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H): al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 2396 & 2397; (al-Bazzār (292H): al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār), No. 6467; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 4141; (al-Būṣīrī (840H): Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah), No.8117; (al-Haythamī (807H): Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No. 3057 dan lain-lain. 

S: Suhayl bin Ḥanẓalah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ & ʿAbdullāh bin Mughaffal رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

PENUNTUT ILMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan