بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Dalam kitab Irsyadul Asfiya' ila Toriqah Khatmul Auliya' karangan Sayyidi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Hafizullah Ta'ala
Sayyidi telah menaqal perkataan dari Syeikh Jibril Al Khorma Baazi r.hu (ertinya);
Sebahagian daripada syarat seorang murid, hendaklah ia menyucikan segala apa yang ada pada dirinya, melainkan yang tinggal dalam dirinya hanya Syeikhnya jua.
Maka apabila seorang murid itu masih memandang kepada guru yang Iain. Maka pada ketika itu ia masih lagi belum sempurna Mahabbahnya kepada Syeikhnya. Maka ketika itu, ia batinnya masih belum bersedia untuk menyerap sir-sir Gurunya.
Seorang murid, apabila ia telah meyakini bahawa menunggalkan seorang Syeikh di dalam dirinya, dan mengetahui kedudukan dan kelebihan Gurunya, maka Mahabbah murid itu akan semakin kukuh dan semakin bertambah kemesraan murid itu terhadap Syeikhnya.
Maka itulah perantaraan yang sebenar antara Guru dan muridnya. Sekadar mana kekuatan dan kemampuan yang ditunjukkan dalam Mahabbahnya, maka sekadar itu jugalah menjalarnya sir-sir Gurunya ke dalam dirinya.
Penghormatan yang timbul terhadap seorang Syeikh, adalah melalui hidayah dan taufik daripada Allah, dan jika seorang murid mengabaikannya, ia adalah suatu penghinaan dan penderhakaan yang besar.
Pertambatan hati yang berterusan dengan Syeikh, dan beriktikad bahawa Guru dan Madad dari Gurunya, adalah segalanya bagi dirinya, semua itu adalah wajib atasnya (bahawa ia Taslim, Mahabbah dan mengikut telunjuk hanya dari Gurunya jua).
Maka hendaklah wujud dalam iktikadnya itu, bahawa gurunya adalah tempat lahir Madad Ilahi yang Allah memperlihatkan padanya untuk dilimpahkan atas dirinya. Dan tidak akan berhasil limpahan Madad tersebut keatas dirinya melainkan melalui perantaraan Syeikhnya jua, bukan dari Syeikh-Syeikh yang lain, walaupun mereka itu memenuhi pelusuk dunia.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan