اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Telah berkata Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala pada perkara membincangkan perihal kehambaan itu kepada kami semua,
"Alamat kehambaan itu, tidak terlintas padanya akan sesuatu ganjaran, bukan sahaja meminta ganjaran, BAHKAN TIDAK TERLINTAS, TIADA LINTASAN LANGSUNG. Barangsiapa yang mengajak kamu kepada sesuatu (habuan/tujuan/ganjaran) sesungguhnya dia telah menipu kamu"
"Ketuhanan pada Berhala dapat dilihat, tetapi Berhala Nafsu tidak dapat dilihat. Diri mampu mengasingkan diri daripada Berhala zahir, namun diri tidak mampu mengasingkan Berhala Nafsu apabila dengan Allah. Maka itulah syirik yang paling besar disisi Ahlillah yakni mensyirikkan Allah dengan Berhala nafsu"
"Menyembah Allah kerana Allah dan menyembah Allah untuk tujuan dirinya. Tanda orang yang mempunyai tujuan tujuan dalam ibadahnya ialah, banyak ibadahnya kerana nafsu dirinya berhajat kepada manfaat manfaat yang besar dan tinggi. Suci dari tujuan itu adalah merupakan tujuan dalam ibadah. Tujuan dalam ibadah adalah membebaskan diri sebagai hamba yang bebas dari tujuan dan tidak mensyirikan Allahﷻ dengan tujuan-tujuan selain Allahﷻ".
Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra.
امين اللهم امين
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
#Via Sidi Nazrul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan