Selasa, 5 September 2023

Jalan Asal

Bahawasanya toriqah Syukur adalah toriqah asal,yaitu toriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan hamba-hamba pilihan Allah(, mereka adalah daripada kalangan sahabat sahabat Nabi dan lainnya,..
…Ibadah mereka kepada Allah (berteraskan kepada keikhlasan semata-mata,dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah (  
…dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan tuhan ..
..dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman..
Maka apabila Allah (mengetahui kejujuran/kesungguhan mereka dalam beribadah kepada Allah ( ,maka dengan sifat kemurahan Allah.. Allah membalas kesungguhan mereka dengan suatu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka,seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah ( dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar…
Maka apabila ahli riadah(mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh ahli mahabbah(syukur),maka pada ketika itu ahli riadah menjadikan matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya,,
sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan bebagai cara,antaranya:dengan berpuasa,qiyamullail,berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan  
Maka hijrah yang sebenar dalam toriqah syukur dan mahabbah ,ialah : permulaannya dengan hijrah kepada Allah ( dan Rasulnya dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu..
dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) permulaannya ialah kepada pembukaan-pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu..
Kesimpulannya:
Perjalanan dalam toriqah Syukur ialah perjalanan mata hati
..dan perjalanan dalam toriqah mujahadah ialah dengan menjalani ketahanan dan kekuatan tubuh badan..  
Pembukaan dalam toriqah syukur adalah hujumi(هُجُومِيٌّ) (1)yaitu seorang murid itu tidak mengharapkan sesuatu hasil yang di inginkannya ,bahkan seorang murid itu hanyasanya ia masih berada didalam maqam memohon taubat dan pengampunan daripada segala dosanya ,tiba tiba datang atas dirinya pembukaan ilahi.. “
(berakhirnya perkataan Qutub Ad-Dibaghi)
(1)ertinya diserang,dilanggar,,maksudnya :pembukaan datang dengan tiba-tiba,tanpa diduga..

 
 
Sayidi Ahmad Al-Hadi menambah katanya:
Bahawasanya permulaan niat dalam perjalanan Syukur dan mahabbah adalah dengan niat yang ikhlas , suci lagi murni
Dan permulaan niat dalam perjalanan mujahadah masih lagi bercampur baur dengan sesuatu tujuan
perjalanan dalam toriqah syukur dan mahabbah dinamakan perjalanan mata hati dan melalui sentapan/tarikan ilahi dan atas pilihan Allah (
Sepertimana firman Allah (
" اللهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ "
Ertinya: 
Allah ( memilih seseorang yang ia suka untuk sampai kepadanya

perjalanan di dalam toriqah mujahadah dinamakan perjalanan dengan melalui kekuatan dan ketahanan tubuh badan dan suluk 
Sepertimana firman Allah (
" ويَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ "
Ertinya :
Allah ( memberi hidayah kepada sesiapa yang mengikut jalannya..
Pembukaan dalam toriqah syukur dinamakan hujumi(1)yaitu dengan tiada meminta dan mengharapkan sesuatu,,
(1)ertinya diserang,dilanggar,,maksudnya :pembukaan datang dengan tiba-tiba,tanpa diduga..
Sepertimana yang dinyatakan oleh Sayidi Ahsan Al-Ba’qili RA :
" فَطَلَبُ الفتحِ فيهَا عَائِقٌ عَنِ الفتحِ "
Ertinya :
mengharapkan sesuatu pembukaan ilahi di permulaan niat,ia adalah penghalang kepada sebarang pembukaan ilahi..
dan pembukaan dalam toriqah mujahadah/riadah terhasil dengan sesuatu helah ,tindakan dan sebab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan