Hakikat Hamba
Hamba (manusia) itu milik Tuannya (Allah)
Maka dia tak memiliki sesuatu apapun hatta dirinya sendiri
Hamba itu tidak meminta, menanti, mengharapkan ganjaran atau pembukaan kerna meminta pembukaan itu penghalang kepada pembukaan atau kurniaan
Hamba itu tidak mengharapkan ganjaran daripada tuannya
Dia tiada kehendak sendiri, hanya menurut kehendak tuannya
Dia tiada habuan sendiri
Dia memperkemaskan amalan namun tidak memandang kepada amalan tetapi memandang (syuhud) kepada tuannya
Hidupnya hanya untuk mengesahkan kehambaan kepada tuannya
Dia tak rasa amalnya sempurna
Dia tidak menisbahkan amalnya kepada dirinya kerana dia dan amalnya adalah milik tuannya
Dia tiada keakuan diri
Dia tiada menzahirkan ketuanan
Dia tidak mendakwa kelayakan atas amalnya untuk mendapat apapun kurniaan tuannya
Hamba itu tiada tujuan dengan tuannya
Dia tidak meminta-minta kepada tuannya kerna dia tahu tuannya pasti menguruskan halnya
Dia malu dengan taatnya seperti orang yang malu dengan maksiatnya
Dia tidak merasakan dirinya dekat dengan tuannya
Dia rasa hina kotor malu dekat tuannya
Itulah hamba sejati, hamba Allah
"Buang semua, dapat SEMUA"
####
SUBURKAN RASA HAMBA.
Rasa hamba yang subur pada diri seseorang akan memusnahkan sifat-sifat mazmumah.
1) Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku pada seseorang muslim itu ia akan menghilangkan @ memusnahkan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riak, sum’ah, sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Tapi apabila rasa sifat kehambaan itu tidak wujud maka akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkan rasa sombong, riak, sum’ah, pemarah, hasad, minta dipuji, meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi.
Kemudian jika sifat ketuanan jika dibiarkan subur, dibaja, maka akan lahirlah pada seseorang itu yang mana ia adalah milik Allah swt., maka jatuh dia kepada syirik. Waliyazubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.
Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah taala kepada hamba-hamba-Nya. Apabila dari rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti yang telah disebut tadi, maka automatiknya lahirlah pada diri seseorang itu, hamba yang muslim sifat merendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang rasa, mengutamakan orang lain. Bertawakal, sabar, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta maaf dan lain-lain lagi hingga merasa diri hina hingga merasa diri bersalah dan berdosa.
2) Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim di bawa ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah taala. Rasa malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lagi dari seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa yang dirinya di dalam kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah taala. Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia takut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi orang yang beradab dan bersopan, berdisplin, menunai janji. Apabila terbuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan terhubung dengan allah taala. Maka mereka itu di dalam keadaan macamanapun tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap dapat mengawal dan menjaga diri.
Dengan kata-kata lain, rasa bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia juga merupakan anak kunci segala kebaikan.Olehitu hendaklah kita sentiasa tajamkan @ hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana dengan rasa bertuhan itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.
3) Sebagai peringatan bahawa sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati, maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan tumbuh. Maka ibadah yang semacam bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat sombong & riak, sum’ah & ingin dipuji. Rasa diri bersih, takut dengan Tuhan tiada.
Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya @ Tuhan, tapi ia akan menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa yang semacam itulah biasanya mati tidak berampun, kerana seseorang itu dia tidak tahu atau merasa membuat dosa. Dosa itulah menyebabkan manusia mati di dlam su’ul khotimah kerana manusia, dia merasa membuat baik bukan membuat dosa & derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik, membuat dosa & derhaka di dalam taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.
“Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau lihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau lihatkanlah perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan. Agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami. Amin! Ya Rabbal ‘Alamin.
CPF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan