-EDARAN ZAWIYAH IRAAH 12
-TORIQAH FADHLUL ILAHI
-KONSEP JALAN SYUKUR
berkata Maulana Sidi Ahsan Albaqili RA :
toriqah fadhlul ilahi adalah toriqah yg telah di isyaratkan oleh Allah swt dengan kataNya :
" أنعمت عليهم "
-yg engkau telah beri nikmat atas mereka..
maksudnya :
wahai tuhanku katakanlah kepada mereka :
berikanlah hidayah dan irsyad kepada kami kepada jalan yg menyampaikan kepada hadrah kamu melalui jalan yg engkau beri nikmat atas mereka tanpa permintaan,kepayahan dan tanpa mujahadah
inilah toriqah Rasulullah saw dan yg diamalkan oleh Baginda saw(jalan Fadhlul ilahi yg dikurniakan atas Baginda SAW)
yaitu jalan syukur dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat RA
itulah toriqah yg ditalqin secara langsung Baginda SAW terhadap Syeikh Tijani Ra dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat Syeikh Tijani Ra secara umum atau khusus
tanpa sebarang perantaraan ,atau melalui perantaraan (wakil Syeikh Tijani,yaitu setelah kewafatan Syeikh Tijani Ra)
atau melalui perantaraan2 yg lain sehinggalah berlakunya kiamat
maka tiadalah dapat apa2 untuk ahli toriqah ini melainkan semata2 kurnian ilahi
tidaklah mereka ini berpegang kpd amalan2 mereka
bahkan toriqah/perjalanan mereka adalah beramal atas jalan syukur kerana Allah semata2
inilah toriqah syukur bukanlah toriqah amal
toriqah amal/mujahadah sudah dimaklumi akannya
adapun toriqah syukur/ adalah toriqah yg terahsia(maktum)disisi ahli iradah(toriqah kaum)
jikalau diperjelaskan kpd mereka(ahli iradah) akan jalan syukur
nescaya akan berkuranglah iradah mereka dan robohlah asas binaan (yg dicipta oleh mereka)
dan bergegarlah sendi2 mereka dengan sebab kegerunan dan kebimbangan atas amalan mereka yg bukan kerana Allah swt
Murabbina syarif Ahmad alhadi menambah katanya :
setiap orang yg berpindah drpd toriqah iradah(toriqah kaum) kpd toriqah kami
akan berlaku atasnya, apa yg Allah sahaja yg memgetahui akannya drpd ketakutan,kebimbangan dan rasa malu
kerana keadaan dirinya(sblm ini) yg telah menghabiskan masa lalu drpd hari2nya dan waktunya pd ibadah utk gharad dan habuannya
dan menyangka ia beribadah kerana Allah swt
والله أعلم
🌹EDARAN ZAWIYAH IRAAH 11🌹
🌹TARBIAH DALAM TORIQAH TIJANIYAH🌹
🌹ASAS UTAMA DALAM MEMAHAMI TORIQAH TIJANIYAH 🌹
🌹KONSEP TARBIYAH DALAM TORIQAH TIJANIYAH🌹
berkata Maulana Albaqili RA
-moga ditenggelamkan kita didalam redhanya-
sepertimana dlm kita iraahnya, ketika beliau melarang drpd percampuran kemurnian ahli toriqah kita dengan kekerohan ahli toriqah gharad2
yaitu larangan drpd terdedah para murid dan disudut2 zawiyah tijaniyah kpd ahwal toriqah kaum dan zauq2 mereka
intipati nasihat tersebut ialah :
dan hanyasanya yg menjadi penyebab kpd himpunan helaian2 ini adalah kerana hendak menerangkan perbezaan dua toriqah
yaitu tatkala aku melihat pembacaan ulama2 akan kitab2 sufi (ahli iradah) didalam zawiyah Syeikh Tijani RA,sehinggakan kalam Syeikh Tijani TA tidak disebut
bahkan hanyasanya disebut ketika berdalilkan kpd kalam auliya drpd ahli iradah
kemudian didengari pula oleh para murid,tidaklah mereka berbicara melainkan apa yg mereka pelajari dan mentelaah drpd kitab2 lmam Ghazali Ra,dan lainnya
kalam lmam Ghazali adalah sahih didalam toriqah iradah
toriqah tijaniyah adalah toriqah yg asli bagi toriqah iradah(yg mana toriqah iradah adalah cabangan bagi toriqah asli)
maka tidak harus bagi murid Tijani mentelaah akan kitab2 sufi (kerana peroses tarbiah khasnya)
dan apabila seorang murid Tijani Ra diuji (pencampuran pemahaman zauq yg lain)
maka tidaklah ia terselamat melainkan ia drpd kalangan ulama yg sudah mantap dan kukuh didalam hadrah tijaniyah
maka haruslah baginya mentelaah utk mendalami akan ilmu2 tersebut tidak lebih drpd itu
tidak harus berdalilkan kpd toriqah iradah kerana saling berlawanan oleh hukum hakam tarbiah dlm kedua2nya
fahamilah akannya !!!
sesunguhnya aku walaupun dengan kekurangan kefahamanku
aku menyedari akan
maka wajiblah atas alim didalam toriqah tijaniyah,atau sebagai orang ikutan,janganlah ia mengajari di zawiyah2 kpd para murid yg masih lemah
melainkan perkara yg bersesuaian dengan Toriqah asli,yaitu pengajian Alquran,Hadis Nabi Saw
dan juga tidak mengapa ia mengajar feqah mazhabnya drpd hikum hakam wuduk, ibadah dan lainnya dan tidaklah lebih drpd itu
adapun toriqah iradah telah berakhir ia sejak zaman berzaman dan izin telah di angkat daripadanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan