Isnin, 24 September 2018

Tausiyah okt 16


Ramai yg telah tertipu mengambil jalan agama dgn beranggapan dunia akan sujud ditapak kakinya...

Yakni, dgn mengambil jalan agama maka kekayaan material akan dtg menyembahnya. Maka akan bertambah kekayaannya, bnyk pula duitnya, berlipat kali ganda rezekinya, senang hidupnya...

Agama itu kesempurnaan dunia dan akhirat. Memandang dunia dgn agama dan mengambil manfaat drpd dunia utk kebaikan akhirat. Tdk lebih, dunia hanya boleh dicabut dr hati dgn sekelip mata utk mengutamakan agama seperti mana Sayidina Abu Bakar r.a yg telah menghabiskan hartanya utk agama. Yg tinggal utknya hanyalah Allah dan Rasul.

Dunia dibawah telapak kaki kerana kerendahannya. Guruku Al Alamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala mengatakan maksud kalimah dunia itu drpd bahasa Arab "Daniyyun" - rendah. Jadi dunia itu rendah. Dunia itu rendah kedudukannya.

Anggota badan yg paling rendah adalah telapak kaki. Maka bagi org yang mengambil jalan agama, dunia itu dibawah telapak kakinya - rendah kedudukannya. Tdk dipandang. Maka sebab itu apabila dtg seruan utk menginfaqkan harta bagi tujuan agama (peperangan), para sahabat berlumba2 menginfaqkan harta benda mereka kerana mereka tdk memandang pd harta mereka. Nilai harta itu boleh dicabut begitu sahaja drpd hati mereka, kerana dunia harta benda itu dibawah tapak kaki mereka bukan didalam hati mereka.

Sayidina Abdul Rahman Bin Auf r.a boleh menginfaqkan sebahagian besar harta dagangannya yg memenuhi kota Madinah utk agama apabila harta dagangannya itu telah menyebabkan beliau kelewatan solat berjemaah, tertinggal rakaat sahaja. Inilah nilai dunia yg terletak dibawah telapak kaki, bukan didalam hati. Rendah....

Seorang sahabat boleh menginfaqkan kebun tamarnya untuk agama hanyalah semata2 terlalai dlm solat sunat kerana begitu asyik melihat buah tamarnya yg masak ranum ketika bersolat. Inilah nilai dunia yg terletak dibawah telapak kaki, bukan didalam hati. Rendah....

Nah, jika diri kita mengambil jalan agama, jangan mengharap kekayaan harta benda dunia akan datang bergolek dibawah tapak kaki kita, menangis nangis menyembah kita, tetapi letakan dunia dibawah tapak kaki kita dan biarkan dunia dtg menyembah kita kerana dia memang tdk mahu berpisah dgn kita.

Allah SWT dgn rahmatNya mengurniakan nikmat2 Nya kpd hamba2 Nya yg bersyukur, dalam erti kata lain, memandang dunia sbg nikmat dan menggunakan nikmat trsbt sbg penzahiran utk ketaatan dan ubudiyyah kpd Allah SWT. Bagi yg sedemikian tepatlah bagi mereka - barangsiapa yg bersyukur, maka akan ditambahkan lagi nikmat2 keatas diri mereka.

Dan nikmat yg ditambah boleh jadi dlm bentuk kekayaan material, boleh jadi dlm bentuk kekayaan rohani, kekayaan ilmu, kekayaan adab dan akhlak, kekayaan hati, dan sebagainya. Namun semua kekayaan ini akan menyebabkan dirinya bertambah tawadhuk dan menambahkan sifat2 kehambaannya serta membuang sifat2 keakuannya.

Jadi, jgn berharap dunia akan dtg menyembah dikaki apbila mengambil jalan2 agama, kerana takut2 terdapat gharad (tujuan ibadat selain Allah) didalam hati. Gharad ini merosakan amalan dan merosakan keikhlasan. Amalan jadi sia2 kerana gharad. Bersihkan tujuan dlm agama.
Itulah pentingnya suhbah dgn guru dalam kehidupan, kerana suhbah yg benarlah yg akan membentengi hati dari gharad dan membersihkan tujuan2 hati.

Wallahu a'lam.....

احمد Md:
[4-5 10:24 PG] Hj Md: Bila tiba di Homs, Syria, Raja Rom (Caeser)  tahu bhw akan dibangkitkan Nabi akhir zaman dr bangsa yg berkhatan, Arab atau Yahudi, maka terdgr dr Arab

Bila kafilah Arab dr Makkah dtg ke Syria maka dipgl diketuai oleh Abu Sufyan

Raja Rom suruh Abu Sufyan berada di hadapan dan yg lain berbaris di belakang, sekiranya Abu Sufyan berkata benar, barisan belakang membenarkan, begitulah sebaliknya

Soalan pertama : bagaimana nasab keturunan Nabi

Ya, sebaik keturunan, kata Raja Rom begitulah Nabi2 terdahulu

Adakah dr keturunan raja? Tidak

Adakah dia pernah menipu? Tidak

Adakah pengikutnya org2 miskin dan hamba? Ya

Bagaimana keadaannya? Kadang2 menang, kadang2 dikalahkan

Adakah sahabat2nya berpaling drnya? Tidak

Kesemua soalan membenarkan kenabian

Lalu Abu Sufyan tidak puas hati dgn Raja lalu kata nabi itu dakwa naik ke langit (isra dan mikraj)...ini pelik

Lalu bangun seorg pope kristian, kata tarikh yg dinyatakan bhw paderi mengatakan berlaku satu peristiwa pelik di Masjidil Aqsa iaitu pintu masjid tidak boleh ditutup spt sediakala

Bila subuh, kami dapati ada kesan2 najis tempat kebiasaan para nabi mengikat tunggangan mereka, iaitu tempat yg Jibril buat khusus utk tambat buraq

Dan mendapati pintu boleh ditutup spt biasa, maka fahamlah mrk bhw Allah mahu pintu itu terbuka.
[4-5 10:35 PG] Hj Md: Wp dipgl tukang kayu, pintu tu masih x mampu dibaiki

Raja kata kalu aku boleh sampai kpd nabi, aku akan pergi

Slps itu, dtg yg lain tanya kenapa kamu Abu Sufyan tidak menipu? Dia kata aku tidak pernah menipu walau sekali, aku takut org kata Abu Sufyan tipu satu kali ...lihatlah akhlaknya sblm Islam

......
Isra dan Mikraj

Perjalanan nabi dr Masjidil Haram yg masyhur dlm bulan Rejab, nabi byk kali shg ada pendapat kata lebih 30x

Didtgkan buraq, kenderaan para nabi, warnanya putih, bersayap

Bukan makhluk dr syurga, bukan dr cahaya, tp makhluk yg Allah ciptakan khusus utk kenderaan para nabi, satu langkah sejauh mata memandang

Ditanya kpd Sayyiduna Asy Syarif Ahmad Al Hadi, semoga Allah memeliharanya ttg amalan yg patut dilakukan pd Malam Nisfu Syaaban

Maka dijwb oleh Sayyiduna, semoga Allah memeliharanya, dgn satu pengertiaan yg besar yg dilupai oleh kebykan mrk yv sibuk dgn amalan dan rahsia2 dan tujuan2 malam yg agung ini.

Malam Sya'ban adalah malam turunnya pembahagian Allah yg sebenarnya pd Haqiqah Muhammadiyah yg universal kpd pembahagian secara terperinci pd Haqiqah Adamiyyah Penciptaan

Dan perlakuan para ulama pd mlm itu , moga Allah memberkati mereka tidaklah memperbanyak amalan2 nawafil dan menyebabkan orientasi menuju bagi maksud rezeki dan tender dan terbuka dan sebagainya, tetapi di sebalik Tajalli
Ilahi itu ialah menzahirkan kekurangan di hadapan hadrat kekayaan mutlak

Maka sesungguhnya Tuan tidak mahu hambanya lalai, sibuk, atau pohon kaya di waktu anugerah tetapi mahu dia menunjukkan kegembiraan sebagai diterima daripada kehadiran kedaulatan dan jangkaan membawa mereka kredit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan