Isnin, 24 September 2018

Tausiyah Ogos 2016


Guru mewakili murid utk melawan syaitan dan hasutan habuan, habuan adalah pintu syaitan buat ahli amal

Syaitan tiada kekuatan, hanyalah helah

Guru membebaskan murid dari belenggu habuan syaitan lalu murid telah merasakan dirinya aman dr syaitan

Lalu guru mengingatkan murid bhw musuh yg sebenar adalah nafsu kamu sendiri bukanlah syaitan yg hanya memberi was2  shj

Syaitan umpama anjing yg menghambat kambing utk kembali kpd tuannya

Apakah peperangan sebenar? Iaitulah peperangan melawan martabat kejadian, pembukaan kejadian yg menghalang salik dr menuju Allah. Inilah fitnah sebenar.

Keluarkn kekuatan sebenar kamu utk melawan fitnah ini

Rasulullah dan pengikut umpama sdg berenang dlm lautan makrifatullah

Alam ni bwh kawaalan nama2 Allah...bila sebut nama2 Allah, maka terpancar kehebatan rahsia nama2 Allah...jika disebut tanpa kawalan maka boleh jd gila, atau sibuk dgn kauni...hidup bermusuh dgn Allah tanpa sedar

Bila jd gila atau tiada taklif, maka itulah tujuan/taktik syaitan sbb org menyangka bhw jalan Allah itu akan membawa org kpd gila

Ahli sempurna tiada jazbah sbb jazb boleh ganggu syariat

Jalan sahabat tiada jazbah...ahwal jazb dan karamat tiada zaman sahabat

Tijani krg karamat tp kena lalui jala murabbi betul. Kalu tidak mudah jd was2 kenapa masuk tijani xdpt karamat

Jalan tijani gharib (asing)...sbb kita hadrat asing...kalu jumpa tarekat lain mcm rasa jumpa wahabi

Zauk tijani zauk nabawi asli

Yg lain membina jalan yg kita lari dr mereka

Jalan tijani tiada iradat....kita hamba...kita ikut apa yg Allah hendak kita jadi...hamba Allah tiada iradat

Man syaghalahu zikri am masalati,...hadis qudsi....ini jalan tijani

Beramal utk mengingati membesarkan Allah

Buang tujuan akan dpt tujuan, buang semua dpt semua...

Nabi kalu jalan, tidak pandang belakang...himmah tinggi

Kisah syeikh tijani...ada org kata gula di zamannya ada org campur dgn darah...maka syeikh tidak minum teh campur gula sdgkan teh minuman utama syeikh tijani, bila ada yg kata lepas itu bhw gula dah ok pun syeikh terus tinggal sbb himmah yg tinggi...tinggal krn Allah

احمد Md:
Rasa tunggu itu pembatal kehambaan

Fitnah tarekat pd punca bina tarekat atas tujuan

Ramai mengaku sbg syeikh bila boleh kawal alam dan ralit di situ

Alwah (papan kenyataan) Allah
1. Tabdil : boleh berubah/bertukar

Ramai wali kasyaf tp xjd sbb ambil dr alwah tabdil
Imam Sayuti pernah kasyaf kiamat tp xjd walhal imam besar

2. Ummul kitab (ibu alwah) : tidak boleh berubah

Jalan asli ialah jalan tinggal iradat

Satu ketika ada kump ulama buat tarekat yg dibina atas iradat utk menggalak manusia ibadat dan masuk jalan Allah...inilah tarekat sufi...ahwal sufi...ini bukan ahwal asli...
Apabila hijab dah nipis, byk mujahadah, barulah murabbi tunjuk jalan asli

Nafsu rajin beramal sbb ada tujuan. Bila buang tujuan, nafsu akan malas utk beramal

mujaddid bukan bw syariat baru tp bw fahaman syariat baru

Nabi puji mimpi yg baik org beriman dgn 1 bhgn drpd kenabian, kalu wali tentunya lebih lg

Mimpi ganti kenabian, bagaimana dgn kasyaf2...kekal kenabian dlm umat Nabi Muhammad adalah kewalian

Wahyu Ilham utk wali
Wahyu syariat utk nabi
Bukti : kisah Nabi Musa dan Wali Khidir

Syeikh Tijani kata Wali Khidir adalah Wali sbb xboleh Nabi Musa ingkar atas Nabi

Wali Khidir adalah Wali Tasrif jaga alam

Boleh wali terima ilham langsung dr Allah tanpa melalui Nabi zamannya.

Nabi Musa timbang ahwal wali khidir dgn timbangan syariat

Akhirnya Nabi Musa mengakui Wali Khidir bhw Wali Khidir boleh terima ilmu drpd Allah secara langsung...wali khidir sudah beritahu awalnya bhw Nabi Musa tidak akan dpt menerima ilham yg diterima oleh Wali Khidir...Allah sudah maklum kpd Nabi Musa bhw Wali Khidir itu menerim ilham langsung drpd Allah

Wali khidir bukan drpd dirinya tp drpd Allah...

Inilah asal dan dalil atas bolehnya auliya terima ilmu ilham langsung drpd Allah

Imam jalaluddin arrumi buat satu kaedah pergerakan utk buang tujuan utk menuju Allah

Cth lg...syazili buat method ah ah ah...ha ha ha...
Ambik dr mana? Dr Imam Izzuddin abdussalam, Imam Athoillah, Imam Subki, Imam Ibnu Hajar Al Haitami Al Syazili,

Islam itu sejauh mana kamu faham syariat ikut fahaman ulama2 muktabar

Imam pengganti nabi...jgn ingkar imam

Nabi Isa turun sbg sifat wali di akhir zaman...dalil solat jd makmum belakang imam mahdi

Berkata iblis kpd mrk yg bebas dr habuan (arifin) , jauhlah2 / pergilah, kalu aku boleh halang kamu, aku akan halang, tp xleh sbb tiada lg najis2 habuan pdmu. Maka sucilah dia dr habuan.

Bahawasanya himmah, wibawa guru telah suci salik dr fitnah habuan dan kejahatan habuan. Bila salik bebas, selamat dr belenggu syaitan, maka bergembira, aman dan rehat. Maka guru memanggil salik dgn lisan hakikat bhw musuh yg sebenar ada dpn kamu, berbanding syaitan yg hanya beri was2 shj, ketahuilah kini kamu telah masuk dlm peperangan yg sebenar dlm jalan tuhan iaitu keinginan nafsu kpd martabat dlm kejadian, drpd pembukaan, kasyaf, jin ruhani ikut dia. Allah jadikan syaitan seumpama serigala yg menghambat kambing yg lari dr tuannya supaya kembali kpd tuannya.  Penghalang jln tuhan adalah syahwat kpd martabat. Keluarkanlah drpd diri kamu dr kekuatan, alatan perang dan tambahkanlah himmah kamu, kedepanlah pelontar2/mortar, utk berperang. Guru meletakkan muridnya dibwh tanggungjawabnya. Guru menghunuskan pedang kemarahan kpd murid2 yg masih lg tetap dgn tujuan martabat. Maka datanglah tentera2 rahsia bg setiap murid dr setiap sudut murid zahir dan batin, dan bercakaplah oleh guru supaya mengasingkan tujuan selain dn menegah mrk drpd terhenti pd rahsia2, menanggung kesan buruk rahsia dgn himmah mrk, dan guru mengatur dan melatihkan dgn siasah dan riadhah dan kesabaran atas kedegilan mrk dgn mengeluarkan mrk dr selain Allah kpd Allah. Dan dr kalangan murid itu ada yg sampai, ada yg lari, dikurung, dipegang oleh guru, diberi ubat. Guru mewakili murid utk berperang dgn selain Allah yg ada dlm diri murid. Murid xkan sampai kpd Allah, dunia dan akhirat.  Himmah gurulah yg menghapuskan segala penghalang2 antara murid dgn tuhan. Dan di kalangan murid tersebut ada yg berkata, "izhab anta warabbuka faqatila inna hahuna qoidun". Dan ada murid yg berpegang dgn gurunya dan sampai ke hadrat ketuanan (Allah), ada yg kekal dgn perkara kasyaf dan kawalan, dan ada yg berundur terus. Jalan menuju Allah ada fitnah2 utk menguji hambaNya benar2 inginkan Allah.

Ada yg terus ralit dgn fathu kauni lalu lemas shg membawa kpd bahlul

Ada yg ambil zikir yg agung tanpa izin, atau dgn izin tp cara yg salah, dgn mujahadah, maka terpancar (banjir) atas dirinya lautan asma, rahsia nama2 tuhan krn majoriti fitnah2 alam ini terikat dgn nama2 Allah. Alam ini bwh nama2 tuhan. Asma kasyf dibwh nama2 ini, nama Allah, yg memberi kesan kpd alam melalui perantaraan nama2Nya. Cth Nafi' Yg Memberi Manfaat, maka akan memberi manfaat. Bila org salik yg sesat akan ambil power nama2 tersebut, maka terpancar kuasa nama2 tersebut, maka jika guna zikir2 besar maka terpancut rahsia2 nama. Org itu akan jd ahli sihir atau gila (bahlul). Melainkan Allah merahmatinya dan keluarkan dia dr fitnah tersebut. Kali tidak  dia hidup bermusuh dgn Allah. Jika jd gila, maka xda akal dan taklif, inilah tujuan syaitan, bila xda taklif, org akan kata dia wali yg majzub, syaitan telah bina jalannya iaitu spy org menyangka nk jd wali akn gila, syaitan telah merosakkan jalan Allah. Dan ahwal majzub tiada zaman sahabat dulu, dan kini tijani. Jalan pertama, jalan asli, jalan kedua, jalan sufi. Tiada sahabat mengaku terbang, mengaku tuhan. Walau betul, ahwal jazb itu kekurangan bg wali sbb jazb itu kacau syariat, kalu org tgk ahwal, maka akan ganggu pegangan sbb x rai syariat. Ada ahwal sufi x solat jumaat, ada kisah wali  x solt jumaat, dihadapkan ke kadhi, kadhi tanya kenapa x solt jumaat, lalu terbit 10 wali yg sama tanya sapa yg nak solat ngan kamu. Ahwal jazb, syatohat itu kekurangan wp betul, krg sempurna, jazb ini krg sbb kacau syariat. Jalan pertama xda jazb, bkn jalan sufi. Alhamdulillah, tijani bkn jln sufi, tiada jazb. Jgn ada was2 bhw jalan tijani tiada kashaf. Kita Jalan nabawi. Kita hamba Allah bukan hamba Infial (yg beri kesan), mengesahkan kehambaan, sbb tu kita tiada tujuan, sbb itu jalan kita gharib, asing, bila berhubung dgn tarekat lain, kita rasa asing, lain, kalu jumpa ngan mrk mcm lain, mcm jumpa wahabi, mrk membina jalan mrk atas perkara yg kita benci (tujuan2), xda langsung hal jazbah dlm jalan pertama, mrk bebas dari iradat, apa yg binasakan jalan Allah, iaitu iradat, kita dgn tuhan, bukan dgn iradat sendiri, itu teknik kita, jalan Allah buang iradat, kalu masuk jalan Allah utk kuatkan iradat sendiri, itu bukan jalan Allah.   Kalau kita masuk Jalan Allah uyk kuatkan iradat, buat apa masuk jalan Allah. Siapa yg sibuk berzikir, Allah akan bg lebih drpd org yg meminta2. Kalu ada iradat, berzikir utk diri kamu bukan Allah. Innamal a'malu binniyyat. Org yg berakal buang tujuan. Buang semua dpt semua. Tp barangsiapa sibuk dgn zikir shj, tajarrud, maka Allah akan bg rezeki, yg sibuk zikir shj, jalan Allah mudah bg org yg ada akal, x buang semua, benda itu adalah tuhan kamu, spt Nabi kalu jln x tgk belakang, ada kisah rida Nabi tersangkut pd pokok, Nabi x pandang shg ada sahabat yg ambil, dan spt Syeikh tijani, ada propagnda pd zamannya kata gula ada campur darah, maka syeikh tak minum teh wp teh kesukaaannya, wp keadaan dah reda iaitu x hilang propaganda pun syeikh masih x minum jg, inilah kelelakian, jalan Allah ialah jalan lelaki sebenar, jalan terus, satu perkara yg merosakkan ahwal anak murid ialah syak, walau rugi xpa, buang terus. Dan mrk sembah Allah shg datang yakin (mati), x tunggu pembukaan, rasa tunggu itu lawan kpd kehambaan, jalan pertama sembah tuhan krn tuhan, bg mrk sama shj hijab dan pembukaan, menyerah sebulatnya kpd tuhan, maka byk jalan sesat mendakwa dpt majzub padahal sesat krn nak lari dari syariat, sbb itu jalan sufi penuh dgn org sesat, zindiq,             tipu. Dan ramai yg menyangka bhw org yg hilang dunia, mati, itu majzub padahal bukan, tetapi ada arif yg jaga kump kedua krn ada dlm kump kedua itu ramai ahli ikhlas mcm dlm pas, akidah pas sesat, tp ramai yg betul, aulia selalu jaga jln yg x betul utk jaga org yg benar dlm kump kedua, maka org yg benar itu akan sampai juga kpd Allah, ada kump tabligh otai dr mekah dan madinah buat keluar dan baca wazifah di amerika, sapa yg ikhlas dlm jalannya, syeikh tijani akan tarik ke jalan yg sebenar, tabligh ni mcm sekolah rendah , Sayyidi per

nah masuk tabligh dgn arahan Syeikh Tijani dlm masa 8 thn, pernah jd masyhur dlm tabligh tunis. Dan keluarkan pedang tazkirah,

Keluar dr nafsu kamu

Nafsu tu satu kejadian

Siapa yg menyesatkan syaitan? Nafsunya

Allah ambil dunia utk kita kembali kpd Allah

Nafsu yg ada pd iblis juga ada pd diri kita

2 org jauh dr Allah
1. Berasa cukup dgn ilmu
2. Berasa cukup dgn amal

Kelazatan dlm amalan itu hijab

Taat itu sbb utk sampai ke tuan sbb

Alamat krg ilmu itu cepat ingkar

Byk ilmu krg ingkar sbb tahu keluasan lautan hadrah Tuhan

Berhati2 hamba utk mengukur amalan2 hamba lain, Allah hijabkan kamu drpd keistimewaan2 atas kamu

Sayyidi

Lipat bumi itu bukanlah kamu dpt melangkah ke Mekah dgn hanya satu langkah, tp lipat itu adalah kamu dpt melangkah masuk ke hadrat Allah

Dan senantiasalah guru besar itu mengawal dan memandu murid drpd terus leka dgn infi'alat (perkara2 pelik memberi kesan kpd alam), ada yg terus leka, ada beralih drpd guru, dan ada yg terus bersama guru, dan inilah perkara biasa yg berlaku kpd guru dan murid, guru yg besar berasa cukup dgn seorang shj dr satu umat krn itu sudah mewakili ramai, bila dia telah menyampaikan seseorang itu kpd Allah, satu org itu mewakili satu umat,

Semua ilmu tasawuf itu datangnya dari hakikat muhammadiah....

dan 'awal thoriqah'  yakni 'thoriqah yg pertama' itu yang menjelaskan secara sempurna akan rahsia hakikat muhammadiah dan kesempurnaan kpd hakikat muhammadiah itu adalah hakikat ahmadiah yg mana pintu hadrah ini yakni hadrah hakikat ahmadiah sentiasa tertutup sehingga Allah menetapkan dengan  kemunculannya empunya 'thoriqah yg pertama' maka dibukakan kpd alam ini  pintu hadrah kepada hakikat ahmadiah dan dimasukkan ahlinya..

#sauqul asrar
#kslam murobbina

Berkata Imam Assaahili r.a didalam Kitab Bughyatus Salik:-

ٱن من رام الوصول إلى حضرة الله بنفسه من غير إستصحاب شيخ مرشد وارث كامل قد رام المحال ولو جمع جميع العلوم وصحب جميع الطو انف

Ertinya: Barangsiapa yg bercita cita utk sampai kedalam hadrah Allah SWT dgn sendirinya, tanpa bersuhbah dgn mana mana Sheikh yang mursyid yang waris lagi kaamil, sesungguhnya dia bercita cita kpd sesuatu yg mustahil utk diperolehi akannya, (meskipun) jikalau dia menghimpunkan pd dirinya segala ilmu ilmu dan juga kalau dia bersuhbah dgn semua kumpulan yg ada...

Telah berkata Abdullah al-Mursi, beliau adalah guru kpd Ato'illah As-Sakandari:-

Jika seseorang itu masih belum ada seseorang Ustaz yg membawanya sampai kejalan ilahi, dan tersingkap drpd lubuk hatinya rasa selesa dan cukup dgn apa yg ada, sesungguhnya dia umpama anak buangan yg tidak ada baginya bapa keturunannya...

Demikianlah kalam guruku yg kukasihi, Sayidi Ahmad al Hadi Al Hasani, semoga Allah SWT sentiasa melimpahi beliau dgn rahmat dan barakah yg berkekalan, Aamiinnn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan