Isnin, 29 Oktober 2018

Ada rahsia Allah dalam diri kamu


Ada rahsia Allah dalam diri kamu

Firman Allah dalam surah Az Zariyat ayat 21
وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Maksudnya ; Dan dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihat?

Ayat ini merupakan satu isyarat yang jelas daripada Allah buat hamba-hambaNya untuk melihat ke dalam diri mereka sendiri, melihat di sini boleh diertikan dengan makna lihat dengan mata zahir atau lihat secara maknawi.

Sidi Ahsan Al Ba'qili Al Maghribi sebagaimana yang disyarahkan oleh Sayyidi Ahmad Al Hasani Al Maghribi menjelaskan bahawa perjalanan  hamba menuju Allah adalah perjalanan ruh beserta dengan kewujudan zat manusia yg bersifat tanah sehingga menjadilah zat manusia itu di bawah hukum ruh.

Jadi maksud suluk jalan ahlillah bukanlah nak dapat martabat atau tujuan baru, tetapi bagaimana kita mengembalikan keadaan ruh kita kepada asalnya sebelum diletakkan dalam badan. Kerana ruh kita sebelum diletakkan dalam badan adalah sempurna, suci, arif akan Allah, tiada hijab antaranya dengan Allah. Maka ruh pada asalnya ialah sir (rahsia) ketuhanan, kalaulah terhimpun kepadanya semua kekotoran alam ini, nescaya tidak mampu untuk mengotorkan ruh, sbb ia adalah rahsia Ilahi, tak boleh kata satu juzuk dr tuhan, tak boleh kata anak tuhan, tetapi ada istilah yg gerak dalam hadrat sufi yang menamakan ruh itu sir Allah, ruh Allah, sbb firman Allah dalam Surah Al Hijr ayat 29, فنفخت فيه من روحي,
Maksudnya; maka Aku (Allah) tiupkan  padanya (Nabi Adam) daripada  ruhKu

Kalu faham secara zahir mcm satu juzuk dr tuhan tp itu bukan maksudnya, kita ahlil sunnah wal jamaah bila ada ayat yg mutasyabihat, maka kita tafwid (serah) kpd Allah ataupun takwil (lari) dr menjasadkan tuhan dan memberikan makna yang layak bg Allah, dan dalam firman Allah yg lain dalam Surah Al Isra ayat 85,
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya; Dan mereka bertanya tentang ruh, jawablah (wahai Nabi Muhammad) bahawa ruh itu urusan Tuhan kamu, dan tidak dikurniakan daripada ilmu tentangnya kecuali sedikit sahaja

Jadi kita tak boleh kenal ruh, sebab itu rahsia Allah, alam ini keseluruhannya adalah cover (bekas) kpd rahsia itu. Ruh ada byk nama, boleh dinamakan ruh agung, asal, hakikat muhammadiyah, hakikat ahmadiyah, byk nama, ruh itu Allah letak dalam jasad manusia sebagai benih, jadi jalan tasawuf bukan nak cari perkara luar tapi nak mengeluarkan. Suluk tasawuf ni seperti yang berlaku kepada Rasulullah pada malam Israk, kisah yg ajaib, kita baca secara zahir Nabi naik ke alam sehingga keluar dr bulat alam, kalam sufi menyatakan apakah bulat alam? Itulah had kauni, makhluk ada had, di dalam hadrat sufi dinamakan bulatan kauni, baidatul alami, bulatan kewujudan, jadi secara zahir Nabi terbang atau berenang dalam alam, tapi mengikut fahaman sufi bermaksud Nabi berenang dalam diri sendiri, sbb itulah firman Allah dalam Surah An Najm ayat 18.
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ
Maksudnya; Maka telah melihat (Rasulullah) daripada tanda-tanda kebesaran TuhanNya

Maka Rasulullah telah melihat dari tanda kebesaran Allah dalam dirinya sendiri. Inilah isyarat rabbani yang perlu difahami oleh hamba-hambaNya

Maka rahsia dalam diri hamba adalah ruh. Dan perjalanan hidup seorang di dunia adalah untuk kembali kepada hakikat ruh yang kenal akan Allah Yang Maha Agung sebagai pencipta.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan