Jumaat, 19 Oktober 2018

JALAN SYUKUR

Jalan / Toriqoh Syukur

Ketahuilah bahawasanya toriqah syukur atau mahabbah adalah toriqah  yang asli yaitu toriqah pertama yang lahir dan muncul daripada kalangan umat Nabi Muhammad ﷺ,merekalah  umat terbaik dalam kurun Islam yang pertama..
▪ 1-Kurun pertama :kurun Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat 
‎رضي الله عنهم
▪ 2-Kurun kedua : kurun para tabiin
‎رضي الله عنهم
▪ 3-Kurun ketiga : kurun para tabiut tabiin ‎رضي الله عنهم
Pada ketiga-tiga kurun tersebut,kita dapat saksikan kebaikan serta keaslian yang ada dalam kurun tersebut,sepertimana dinyatakan dalam hadis Baginda ﷺ

‎" خَيْرُ القُرُونِ قَرْنِي ثُمَّ الّذِينَ يَلْوُونَهُمْ ثُمَّ الّذِينَ يَلْوُونَهُم "
Ertinya:
Sebaik-baik kurun adalah kurun aku(kurun Rasulullah ﷺ dan para sahabat) , kemudian kurun orang yang mengiringi akan mereka(tabiin)dan kemudian kurun orang yang mengiringi akan mereka (kurun tabiut tabiin)

Riadah dan latihan dalam toriqah syukur dan mahabbah
Riadah dan latihan dalam toriqah mahabbah ini adalah dengan mengantungkan  dan menetapkan hati itu, sentiasa berada di pintu kehambaan kepada  Allah semata-mata serta membebaskan diri dari sebarang harapan untuk mendapatkan sesuatu habuan dan  mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan  segala tuntutan Ilahi

Dari kerana itulah, telah berkata Sayidi Ahsan Al-Ba’qili  
‎رضي الله عنه
beliau adalah murabbi bagi ruh-ruh kami :

‎" كَمَا خَلَقَكَ سُبحانه وتعالى مِنْ غيرِ غَرَضٍ فَاعْبُدْهُ مِنْ غير غَرَضٍ "

Ertinya :
“Sepertimana Allah ﷻ menciptakan kamu dengan  ketiadaan sebarang tujuan tertentu,maka beribadahlah kamu kepada Allah ﷻ dengan ketiadaan sebarang tujuan untuk mengharapkan sesuatu…”

Sayidi Ahmad Al-Mubarak berkata dalam kitab Ibriiz yang masyhur yaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya,yaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Masu’d Ad-Dibaagh Al-Hasani AL-faasi Al-Maghribi

‎" إنَّ طريقة الشّكرِ هي الطّريقةُ الأصليّةُ وهي الّتي كانت عليها قلوبُ الأنبياء والأصفياء مِنَ الصّحابة وغيرهم وهي عبادته تعالى على إخلاصِ العُبوديّةِ والبَرَاءَةِ مِنْ جميع الحُظُوظِ مع الإعترافِ بالعجزِ والتَّقصيرِ وعدَمِ تَوْفِيَةِ الرُّبُوبِيَّةِ حقّهَا وسُكُونِ ذلك على مَمَرِّ السّاعاتِ والأزمان فلمَّا عَلِمَ مِنْهُمْ تبارك وتعالى الصِّدق أَثَابَهُمْ بِما يَقْتَضِيهِ كَرَمَهُ مِنَ الفتحِ فِي معرفتِهِ ونَيْلِ أسرارِ الإيمان بِه عزّوجلّ فلمَّا سَمِعَ أهلُ الرِّيَاضَةِ ما حصل لهؤلاءِ مِن الفتح في معرفتِهِ ونيلِ أسرار الإيمان به عزّوجلّ جعلوا ذلك هو مَطْلُوبَهُمْ ومَرْغُوبَهُمْ فجعلوا يطلبُونهُ بالصِّيام والقيام والسَّهر ودوامِ الخَلْوَةِ حتّى حَصَلُوا على ما حصلوا فالهِجرة في طريقة الشُّكر كانت مِنْ أوّل الأمر إلى الله ورسولهِ لا إلى الفتح ونيل الكُشُوفاتِ والهجرةُ في طريقة الرّياضة كانت للفتحِ ونيل المَرَاتِبِ والسَّيْرُ فِي الأولى سَيْرُ القلوب وفي الثّانية سير الأبدان والفتح في الأولى هُجُومِيٌّ لم يحصُل مِنَ العبدِ تَشَوُّفٌ إليه فبينما العبد في مقام طلبِ التّوبةِ والاستغفارِ مِنَ الذُّنوبِ إذْ جاءَهُ الفتحُ المُبِينُ " انتهى كلام القطب الدبّاغ

Ertinya:
“Bahawasanya toriqah Syukur adalah toriqah  asal, iaitu toriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan hamba-hamba pilihan Allah, mereka adalah daripada kalangan sahabat sahabat Nabi dan lainnya

Ibadah mereka kepada Allah ﷻ berteraskan kepada keikhlasan semata-mata,dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah ﷻ dan  mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan  segala tuntutan  tuhan dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman.

Maka apabila Allah ﷻ mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah ﷻ ,maka dengan sifat kemurahan Allah ﷻ, Allah ﷻ   pun membalas kesungguhan   mereka dengan suatu habuan  yang bersesuaian dengan diri mereka, seperti pembukaan Ilahi dalam makrifah akan Allah ﷻ dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar

Maka apabila ahli riadah (mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh ahli mahabbah (syukur), maka pada ketika itu ahli riadah  menjadikan  matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan pelbagai cara antaranya:
dengan berpuasa, qiyamullail,berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan 

Maka hijrah yang sebenar dalam  toriqah syukur dan mahabbah, ialah : 

permulaannya dengan hijrah kepada Allah ﷻ dan Rasulnya dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu..

dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) :
permulaannya ialah kepada pembukaan-pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu..

Kesimpulannya:
Perjalanan dalam toriqah Syukur ialah perjalanan mata hati manakala perjalanan dalam toriqah mujahadah ialah dengan menjalani ketahanan dan kekuatan tubuh badan

Pembukaan dalam toriqah syukur adalah hujumi(هُجُومِيٌّ) iaitu seorang murid itu tidak mengharapkan sesuatu hasil yang di inginkannya ,bahkan seorang murid itu hanyasanya ia masih berada didalam maqam memohon taubat dan pengampunan daripada segala dosanya ,tiba tiba datang atas dirinya pembukaan ilahi.. “
(berakhirnya perkataan Qutub Ad-Dibaghi)

Hujumi(هُجُومِيٌّ)  ertinya diserang,dilanggar,,maksudnya :pembukaan datang dengan tiba-tiba,tanpa diduga...

Kesimpulannya ; kunci jalan syukur ialah kehambaan yang sejati. Orang (yang berada) di jalan Syukur, tidak menyandarkan amalan mereka kepada diri mereka kerana diri mereka milik Allah, mereka berasa malu dengan amalan dia, rasa amalan dia macam maksiat pada Allah.

Manakala orang (yang berada) di jalan Mujahadah berasa bangga dengan amalan dia dan berasa dia layak untuk hampir dengan Allah (kerana sentiasa mengira-ngira akan jumlah amalannya yang banyak). Buah-buah amalan mereka (orang Mujahadah) adalah daripada usaha mereka. Mereka (orang jalan Mujahadah ) mendapat pembukaan dengan usaha mereka. Orang (yang berada) di jalan Syukur dapat pergi dekat Allah, sekadar rasa jauh dari Allah (merasa diri jauh dari Allah, tetapi sebenarnya hampir dengan Allah – beradab dan bersifat hamba) dan buah-buah amalan mereka (orang syukur) adalah kurniaan dari Allah dan mendapat pembukaan secara tiba-tiba, dipanggil Fathul Hujumi (dapat pembukaan tanpa diminta).

Orang (yang berada) di jalan Syukur, tidak mempunyai sebarang tujuan dalam ibadah, niat mereka suci (untuk menzahirkan syariat yang diperintah oleh Allah dan Rasul tanpa meminta apa-apa balasan dari Allah)

Demikianlah kalam guruku yang kukasihi, Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani. Semoga Allah SWT melimpahi beliau dengan rahmat dan barakah yang berpanjangan, Aamiinnn....

#########

-EDARAN ZAWIYAH IRAAH 12
-TORIQAH FADHLUL ILAHI
-KONSEP JALAN SYUKUR

berkata Maulana Sidi Ahsan Albaqili RA :

toriqah fadhlul ilahi adalah toriqah yg telah di isyaratkan oleh Allah swt dengan kataNya :
" أنعمت عليهم "
-yg engkau telah beri nikmat atas mereka..

maksudnya :
wahai tuhanku katakanlah kepada mereka  :
berikanlah hidayah dan irsyad kepada kami kepada jalan yg menyampaikan kepada hadrah kamu melalui jalan yg engkau beri nikmat atas mereka tanpa permintaan,kepayahan dan tanpa mujahadah

inilah toriqah Rasulullah saw dan yg diamalkan oleh Baginda saw(jalan Fadhlul ilahi yg dikurniakan atas Baginda SAW)
yaitu jalan syukur dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat RA
          
itulah toriqah yg ditalqin secara langsung Baginda SAW terhadap Syeikh Tijani Ra dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat Syeikh Tijani Ra secara umum atau khusus
tanpa sebarang perantaraan ,atau melalui perantaraan (wakil Syeikh Tijani,yaitu setelah kewafatan Syeikh Tijani Ra)
atau melalui perantaraan2 yg lain sehinggalah berlakunya kiamat

maka tiadalah dapat apa2 untuk ahli toriqah ini melainkan semata2 kurnian ilahi
tidaklah mereka ini berpegang kpd amalan2 mereka
bahkan toriqah/perjalanan mereka adalah beramal atas jalan syukur kerana Allah semata2

inilah toriqah syukur bukanlah toriqah amal
toriqah amal/mujahadah sudah dimaklumi akannya
adapun toriqah syukur/ adalah toriqah yg terahsia(maktum)disisi ahli iradah(toriqah kaum)

jikalau diperjelaskan kpd mereka(ahli iradah) akan jalan syukur
nescaya akan berkuranglah iradah mereka dan robohlah asas binaan (yg dicipta oleh mereka)
dan bergegarlah sendi2 mereka dengan sebab kegerunan dan kebimbangan atas amalan mereka yg bukan kerana Allah swt

Murabbina syarif Ahmad alhadi menambah katanya :
setiap orang yg berpindah drpd toriqah iradah(toriqah kaum) kpd toriqah kami
akan berlaku atasnya, apa yg Allah sahaja yg memgetahui akannya drpd ketakutan,kebimbangan dan rasa malu

kerana keadaan dirinya(sblm ini) yg telah menghabiskan masa lalu drpd hari2nya dan waktunya pd ibadah utk gharad dan habuannya
dan menyangka ia beribadah kerana Allah swt

والله أعلم

Pada membicarakan tentang hakikat kehambaan, guruku yang dikasihi Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullah Ta'ala telah menyatakan,

"Ketinggian itu semuanya adalah musibah, tidak ada manfaat"

Yakni kalamnya menerangkan tentang SIFAT KEAKUAN manusia yang sentiasa merasakan dirinya tinggi dan layak (melalui ibadahnya yang banyak, ilmunya yang banyak) untuk mendapat ketinggian maqam, merasakan dirinya layak untuk mendapat futuh, merasakan diri layak untuk menjadi wali, layak untuk menjadi ketua, dan lain-lain rasa kelayakan.

"Merasa Diri Layak" - adalah sifat keakuan yang besar dan inilah yang dimaksudkan beliau sebagai musibah dan tidak ada manfaat. Bahkan menurut beliau lagi, sifat syaitan itu adalah "Merasakan Diri Lebih Tinggi Dari Orang Lain".

Wallahu a'lam. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati guru kami Sayidi Ahmad Al Hadi dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang dikasihi oleh Sayidina Rasulillah SAW dan Allah Jallujalalah.

.......
Syarat utama untuk sampai ke hadrah kehambaan adalah buang iradah dengan Allah...Iradah itu berlawanan dengan perhambaan..jalan tasawuf adalah buang 'tujuan' selain dari Allah.

Iradah itu berlawanan dengan perhambaan..Martabat kehambaan yang paling tinggi dalam tasawuf dan kewalian itu berada di bawahnya...Kehambaan itu adalah martabah Baginda Rasulullah s.a.w...khas baginda atau pewaris hadrah baginda Rasulullah s.a.w.

via: Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al maghribi At Tijani

.........

..syirik di sisi ahli thoriqah adalah suka berpaling selain dari Allah..cinta pada martabat..cinta pada 'makhluk-makhluk'..

..yang menyebabkan puncanya tertutup pembukaan terhadap ahli-ahli thoriqah apabila murid itu merasa dia layak...

#kalam murobbina

........

Sepertimana Allah menciptakan kamu tanpa meminta sebarang tujuan dan balasan...maka sembahlah Allah kerana Allah yang layak disembah tanpa mengharap dan meminta sebarang tujuan dan balasan...
...Sidi Ahmad Alhadi Alhasani Almaghribi Attijani...

#berdampinglahdgnparaahlillah
#sentiasadudukdalammajliszikir

Kunci jalan Allah itu syukur, kunci syukur itu kehambaan, kunci kehambaan itu tiada iradat/kehendak sendiri

Jadi nak masuk jalan Allah mesti buang iradat

Beza jalan Allah dan jalan selainNya adalah IRADAT

Ingatlah, kamu adalah anugerah ALLAH, maka jgnlah ada rasa kelayakan pd dirimu

kalau kamu rasa layak atas sebarang anugerah, maka ALLAH akan mengadili kamu atas segala kurniaanNya
...........

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.

Syaikh Muhammad Alawi al-Maliki adalah Pengamal Thariqoh At - Tijani
Syaikh Muhammad Alawi al-Maliki, mengambil tarekat Tijaniyyah dengan semua syarat sebagaimana biasa, namun beliau kemudian tidak mengikuti syarat agar tidak mengikuti tariqah lainnya. Itu adalah pilihan beliau sendiri. Beliau menganggap bahwa seorang Alim seperti beliau tidak dapat dibatasi oleh syarat tersebut. Ini adalah keputusan pribadi beliau dan kita serahkan pada beliau. Kita tidak menyalahkan beliau karena beliau adalah Alim besar lagi seorang Wali.
Namun, saya mendengar bahwa 2 minggu sebelum beliau wafat, beliau kembali mengambil tariqah Tijaniyyah dari Syaikh al-Jakani RA dan tidak melanggar syarat-syaratnya. Saya lampirkan sebuah foto beliau bersama Syaikh Muhammad Bal Hassan al-Jakkani al-Tijani RA, yang kemudian wafat di Madinah tak lama setelah berjumpa dengan Syaikh al-Maliki RA
Saya juga memiliki Ijazah tulisan tangan dari Sayyid al-Maliki RA dimana beliau menyebutkan tariqah Tijaniyyah diatas semua ijazah tariqah yang beliau miliki.
Saya bertanya, mengapa Syaikh Sayyid Muhammad Alawai al-Maliki (yang juga Ustadz saya), yang memiliki semua tariqah, memutuskan untuk mengambil tariqah
Tijaniyyah???
Mengapa beliau melakukan hal tersebut?
Beliau akan selalu seorang dari BA-ALAWI dan SYADZILI. Lalu mengapa beliau merasa perlu untuk mengambil tariqah Tijaniyyah?
Itu karena beliau mengetahui kebesaran dari guru kita SYAIKH AL-TIJANI RA dan ZIKIR-ZIKIR-nya dan juga ingin memilikinya. Barangsiapa yang mengaku mencintai Sayyid al-Maliki r.a harus menghormati tariqah Tijaniyyah seperti beliau menghormatinya.
Di Indonesia, banyak sekali pembesar-pembesar Tijani yang juga murid-murid dari Sayyid al-Maliki RA. Jadi jangan terlalu risau. Barangsiapa yang menentang tariqah ini hanya akan membuatnya semakin terkenal dan semakin kuat. Saya juga tahu banyak ikwan Tijani yang orangtua mereka menentangnya selama bertahun-tahun, namun
sekarang mereka tunduk kepada Tijani. Cukup dengan Percaya kepada Allah, Rasul SAW dan Syaikh al-Tijani RA. Dan mereka tidak akan mengecewakan pecintanya.
Akhirnya, inilah tulisan saya untukmu yang yang diilhamkan Allah kepada saya
Tetaplah tegar dan ingat kami selalu dalam doa-doamu
Semoga Allah meningkatkan martabahmu zhahir dan bathin
Was-Salam,
Saudaramu dalam perjalanan ini
Syeh Fakhruddin Owaisi al-Tijani (Murid dari Syaikh Muhammad Alawi al-Malik)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan