Sabtu, 20 Oktober 2018

TARBIAH DALAM TORIQAH TIJANIYAH

🌹EDARAN ZAWIYAH 11🌹
🌹TARBIAH DALAM TORIQAH TIJANIYAH🌹
‎         ‏

berkata maulana Sidi Ahsan Albaqili didalam kitab iraahnya

beringatlah diri saya dan diri kamu drpd mengatakan bahawasanya toriqah Tijaniyah itu sunyi drpd tarbiah dan mujahadah
sesungguhnya kamu tidak memahami akan maksudnya yg sebenar
                        
maksudnya ialah bahawasanya toriqah Tijaniyah  itu sunyi drpd tujuan2 ahli toriqah yg kedua,yg dinamakan dengan toriqah kaum

yaitu dengan sekira2 berzikir satu zikir khas dengan prasyarat dan kaifiat tertentu supaya kamu sampai kepada sesuatu tertentu

yaitu kamu bermujahadah pd mencari selain Allah swt , dengan mempelbagai pelbagai ibadah

yaitubuntuk mencapai habian nafsu drpd umpama sir,pembukaan kauni atau untuk memjadi wali

adapun mujahadah pd semua suruhan ilahi,dan meninggalkan segala larangan
(perkataan,perbuatan,gerak,diam,perlaksanaan zahir,batin)
dengan niat niat junjung perintah tuhan arau kerana kelayakan melaksanakan ibadah atas jalan ubudah atau atas jalan perlaksanaan tanggungjawab dengan sesempurna mungkin
adalah sebesar2 rukun/asas didalam toriqah tijaniyah,Muhammadiyah,
Ahmadiyah,
lbrahimiyah yg Samhah ini
toriqah yg sunyi/kosong drpd sebarang prasangka secara khayalan,kesilapan,syak,sangkaan dan sebarang keraguan

adapun maksud dengan toriqah,ialah toriqah yg dipenuhi dengan adab ketika berada dipintu hadrah Allah swt
dengan sekira2 tidak terlintas baginya akan selain Allah swt
beserta dengan kesempurnaan mujahadah dengan tugasan seorang hamba..
yaitu drpd sikap tawaduk,beramal dan beradab secara zahir atau batin,dalam keadaan fana atau sedar,dalam kedaan jaga atau sedang tidur

bersamaanlah/setaraflah halnya itu bersama dengan tuhannya
dan tidaklah ia lalai drpd memandang akan tuhannya pd satu nafas drpd nafas2nya

inilah toriqah tijaniyah yg sunyi drpd mencari selain Allah swt
dan kosong hati mereka hanya utk tuhan mereka
yg suci drpd talbis dan talabus

maksud kami ialah bahawa toriqah Tijaniyah yg dipenuhi dengan kesungguhan,ijtihad,kemurnian,tarbiah berlandaskan kpd isyarat syarie

dan barangsiapa yg memasuki akannya dan berjaya menyesuaikan diri dalamnya
dan melibatkan diri dengan jalan suluknya mengikut sirnya dan perjanjian baiahmya
maka sesungguhnya ialah telah menyembah akan Allah swt dengan tatacara/sudut paling khas dengan mengikut akan pembesar2 para arifin..
dan jikau tidak kelihatan kesan2 ibadahnya drpd perkara2 yg lain melainkan kemurnian/kesucian

sesungghnya kesucian/kemurnian drpd kekerohan habuan2 nafsu
ia adalah hasil yg terpuji,walaupun ia tidak  merasai kemanisan ibadah
kerana kesempurnaan, dan kebesaran pangkat  yg diperolehinya
jauh sekali ia hendak bercita2 hendak mendengar(memperolehi) bisikan ruhani
kerana kemurniannya
tidaklah diuji seseorang itu melainkan kerana ditohmah akan kemurniaannya

aku katakan(Syarif Ahmad Alhadi Alhasani :
seperti budak2 ditempat kami,apabila mereka menangis
kami memberi gula2 kpd mereka
itulah perumpamaan yg digunakan oleh pembesar arifin2 kpd para murid mereka

🌹EDARAN ZAWIYAH IRAAH 11🌹
🌹TARBIAH DALAM TORIQAH TIJANIYAH🌹
🌹ASAS UTAMA DALAM MEMAHAMI TORIQAH TIJANIYAH 🌹

berkata Maulana Albaqili RA
-moga ditenggelamkan kita didalam redhanya-
sepertimana dlm kita iraahnya, ketika beliau melarang drpd percampuran kemurnian ahli toriqah kita dengan kekerohan ahli toriqah gharad2
yaitu larangan drpd terdedah para murid dan disudut2 zawiyah tijaniyah kpd ahwal toriqah kaum dan zauq2 mereka

intipati nasihat tersebut ialah :
dan hanyasanya yg menjadi penyebab kpd himpunan helaian2 ini adalah kerana hendak menerangkan perbezaan dua toriqah
yaitu tatkala aku melihat pembacaan ulama2 akan kitab2 sufi (ahli iradah) didalam zawiyah Syeikh Tijani RA,sehinggakan kalam Syeikh Tijani TA telidak disebut
bahkan hanyasanya disebut ketika berdalilkan kpd kalam auliya drpd ahli iradah

kemudian didengari pula oleh para murid,tidaklah mereka berbicara melainkan apa yg mereka pelajari dan mutalaah drpd kitab2 lmam Ghazali Ra,dan lainnya

kalam lmam Ghazali adalah sahih didalam toriqah iradah
toriqah tijaniyah adalah toriqah yg asli bagi toriqah iradah(yg mana toriqah iradah adalah cabangan bagi toriqah asli)

maka tidak harus bagi murid Tijani mentelaah akan kitab2 sufi (kerana peroses tarbiah khasnya)

dan apabila seorang murid Tijani Ra diuji (pencampuran pemahaman zauq yg lain)
maka tidaklah ia terselamat melainkan ia drpd kalangan ulama yg sudah mantap dan kukuh didalam hadrah tijaniyah
maka haruslah baginya mentelaah utk mendalami akan ilmu2 tersebut tidak lebih drpd itu

tidak harus berdalilkan kpd toriqah iradah kerana saling berlawanan oleh hukum hakam tarbiah dlm kedua2nya

fahamilah akannya !!!
sesunguhnya aku walaupun dengan kekurangan kefahamanku
aku menyedari akan
maka wajiblah atas alim didalam toriqah tijaniyah,atau sebagai orang ikutan,janganlah ia mengajari di zawiyah2 kpd para murid yg masih lemah

melainkan perkara yg bersesuaian dengan Toriqah asli,yaitu pengajian Alquran,Hadis Nabi Saw

dan juga tidak mengapa ia mengajar feqah mazhabnya drpd hikum hakam wuduk, ibadah dan lainnya dan tidaklah lebih drpd itu

adapun toriqah iradah telah berakhir ia sejak zaman berzaman dan telah di angkat daripadanya

EDARAN ZAWIYAH IRAAH 12
-TORIQAH FADHLUL ILAHI
-KONSEP JALAN SYUKUR

berkata Maulana Sidi Ahsan Albaqili RA :

toriqah fadhlul ilahi adalah toriqah yg telah di isyaratkan oleh Allah swt dengan kataNya :
" أنعمت عليهم "
-yg engkau telah beri nikmat atas mereka..

maksudnya :
wahai tuhanku katakanlah kepada mereka  :
berikanlah hidayah dan irsyad kepada kami kepada jalan yg menyampaikan kepada hadrah kamu melalui jalan yg engkau beri nikmat atas mereka tanpa permintaan,kepayahan dan tanpa mujahadah

inilah toriqah Rasulullah saw dan yg diamalkan oleh Baginda saw(jalan Fadhlul ilahi yg dikurniakan atas Baginda SAW)
yaitu jalan syukur dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat RA
          
itulah toriqah yg ditalqin secara langsung Baginda SAW terhadap Syeikh Tijani Ra dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat Syeikh Tijani Ra secara umum atau khusus
tanpa sebarang perantaraan ,atau melalui perantaraan (wakil Syeikh Tijani,yaitu setelah kewafatan Syeikh Tijani Ra)
atau melalui perantaraan2 yg lain sehinggalah berlakunya kiamat

maka tiadalah dapat apa2 untuk ahli toriqah ini melainkan semata2 kurnian ilahi
tidaklah mereka ini berpegang kpd amalan2 mereka
bahkan toriqah/perjalanan mereka adalah beramal atas jalan syukur kerana Allah semata2

inilah toriqah syukur bukanlah toriqah amal
toriqah amal/mujahadah sudah dimaklumi akannya
adapun toriqah syukur/ adalah toriqah yg terahsia(maktum)disisi ahli iradah(toriqah kaum)

jikalau diperjelaskan kpd mereka(ahli iradah) akan jalan syukur
nescaya akan berkuranglah iradah mereka dan robohlah asas binaan (yg dicipta oleh mereka)
dan bergegarlah sendi2 mereka dengan sebab kegerunan dan kebimbangan atas amalan mereka yg bukan kerana Allah swt

Murabbina syarif Ahmad alhadi menambah katanya :
setiap orang yg berpindah drpd toriqah iradah(toriqah kaum) kpd toriqah kami
akan berlaku atasnya, apa yg Allah sahaja yg memgetahui akannya drpd ketakutan,kebimbangan dan rasa malu

kerana keadaan dirinya(sblm ini) yg telah menghabiskan masa lalu drpd hari2nya dan waktunya pd ibadah utk gharad dan habuannya
dan menyangka ia beribadah kerana Allah swt

والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan