Selasa, 2 Oktober 2018

Tausiyah Sayyidi di Zawiyah Tijaniyah Fes Al Kubra


Berhati hati dengan fitnah sufi zaman ini

Dengan fitnah itu akan jadi musuh Allah bukan murid jalan Allah

Bila dapat perkara itu, kita mesti ghaddul basar, merendah pandangan, itu ujian Allah, nak Allah atau nak lain dariNya

Kalu jumpa org yg byk ckp ttg kasyaf, karamat, buang, tinggalkan jalan itu, tak betul

Jalan Allah sangat bersih, jalan Rasulullah dan para sahabat, mensahihkan kehambaan, dan hamba tiada milik, tiada apa-apa, dia hak kepada tuan dia, tiada mendakwa saya, keakuan, tiada langsung, tidak gembira dengan amalannya, tidak bahagia dengan amalan dia, malu dari amalan dia, malu dari martabat yang dia dapat, sebab itu semua hak tuhan, bukan hak dia, itu kehambaan,

Tapi sekarang jalan Allah dah campur, orang cari ketuanan, siyadah bukan ubudiyah, itu masalah, jadi guna jalan Allah nak jadi guru, guna jalan Allah untuk dapat perkara luar biasa, nak guna jalan Allah untuk dapat martabat mulia, itu bukan kehambaan, itu selain kehambaan, iti ketuanan, fitnah, Nauzubillahi min zalik,

Jadi kita hamba Allah sahaja, kalau ada sesuatu dari Allah tanpa permintaan kita, Alhamdulillah, kita malu dari pemberian itu sebab kita tahu tak layak, itu rasa kehambaan, jadi hamba yang betul malu dari amalan dia macam orang yang maksiat malu dengan maksiat dia, itu jalan Allah, berhati lah dengan jalan sufi, sebab memang jalan sufi majoriti hantar ke jahannam,

Jadi jalan Allah sangat bersih, bila campur sikit, bila ada selain dia akan jadi jalan gelap, boleh dapat pembukaan, tapi janganlah kira jalan Allah dengan pembukaan sebab orang sufi hindu, sufi siam, buddha boleh dapat pembukaan tapi pembukaan zulmani, gelap, boleh tasarruf atas alam, boleh terbang, boleh karamat, boleh macam2, tapi semua di dalam pembukaan gelap, jadi maksud perkara kharqul adat, karamat, luar biasa bukan itu timbangan kewalian, sebab orang kafir boleh dapat, jadi bukan maksud kita dapat sesuatu yang luar biasa maksudnya jalan itu betul, itu kira tak betul, timbangan tak betul, jadi janganlah kira jalan Allah dengan timbangan itu, sebab kadang2 ada istidraj syaitan main atas orang nak masukkan lagi dalam jalan yang tak betul, jadi bagi karamat, kasyaf, luar biasa itu istidraj, maklum istidraj itu tarikan kepada kesesatan, berhati2 memang jalan sufi itu jalan kepada Allah dan juga jalan kepada syaitan, sebab itulah sekarang banyak gangguan atas jalan sufi hikmah dari Allah, bukan wahabi nak buat tu, bukan jabatan agama nak buat macam tu, tak, itu hikmah dari Allah, sebab jalan memang sangat mulia, sangat bahaya, hikmah Allah, jadi sekarang ahbab, anak2, adik2 kita nak naik jalan Allah yang suci yang mulia yang betul, nak angkat jalan itu, nak zahirkan jalan itu, sebab itu cari, buat himmah tinggi, buat niat baik, in sya Allah akan jadi pintu kebaikan buat umat melayu, sebab umat melayu sekarang sangat jauh dari fahaman melayu yang betul sebab kesan macam2, dah kacau fahaman melayu yang asli, kalau umat melayu atas fahaman melayu yang asli nescaya umat melayu akan terbang, pegang fahaman melayu yang asli, jadi kita cuba nak naik, nak renew fahaman itu, bukan nak ambil perkara baru, bukan nak ambil fahaman luar negara ini, dari luar, bukan, kita nak menghidupkan fahaman melayu yang sangat mulia, fahaman dulu, dengan fahaman itu lahir ketua2 umat melayu seperti Syeikh Daud Al Fatani, Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Syeikh Arsyad Al Banjari, spt Tok Ku Pulau Manis, ketua ummah, lahir dari fahaman itu, tapi sekarang kenapa tidak lahir seperti mereka? Sebab ketua yang ada sekarang semua sesat, ketua pas semua fahaman wahabi, fahaman macam2, fahaman ikhwan, jadi ketua umat Islam hari ini semua fahaman sesat, lihatlah kita sekarang sangat kontra, sangat jauh dari sejarah melayu yang betul, ketua umat melayu sebelum jadi ketua bukan lahir di tanah melayu tapi tanah arab, Syeikh Daud Fatani meninggal di Taif, sabelah kubur Sayyiduna Abdullah Ibnu Abbas, di mekah jadi ketua ulamak umat Islam, ilmu dia dari mana? bukan dari mekah, dia bila ke mekah dah cukup ilmu, satu pertanyaan dari mana ilmu itu, dari bumi melayu, jadi kita cuba menghidupkan fahaman itu,

Sebab secara semulajadi tak boleh naik sesuatu kaum dengan ambil fahaman dari luar, tak jadi, nak naik mesti potong fahaman luar seperti potong pokok naik tunas2 baru, jadi kita mesti menghidupkan fahaman umat melayu, janganlah hina diri kamu sebab bangsa kaum sangat mulia, ilmu, jihad, kadang2 dulu dia alim dia raja dia wali, sejarah sumatera, brunei, sangat mulia dulu,

Tapi satu pertanyaan, hari ini kenapa umat lemah? Org kafir hindu cina atas kita? Macam kita keldai dan mereka atas kita. Sebab apa? Sebab kita, cela atas diri kita, taubat dari tambahan, dari fahaman yang tak asli, akan cepat naik, jadi projek kita untuk ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan