Isnin, 22 Oktober 2018

Rahsia Surah Al Fatihah

25.11.16

Rahsia Surah Al Fatihah

Oleh Sayyidi Asy Syarif

Alhamdulillah dan Selawat kpd Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Daripada kebiasaan ahli toriqah yang berkumpul kerana Allah hendaklah memulakan majlisnya dengan Al Fatihah, tetapi dengan niat yang khusus

Ada satu amalan sufi yang paling tinggi iaitu Syukur akan Allah dan Hamd (puji) dengan baca Al Fatihah dengan niat tenggelam syukur dalam setiap nikmat Allah yang zahir dan yang batin kerna tiada doa yang merangkumi sekalian doa2 seumpama Surah Al Fatihah, Al Fatihah adalah Ummul Kitab, asal kitab, punca kalam Allah

Sebab itu telah datang dengan hadis yang sohih, hadis qudsi, sesungguhnya Allah Taala membahagikan solat antaraKu dan hambaKu, kalu secara zahir maksudnya antara Allah dan org yg beriman, tapi secara hakikat sebenarnya antara Allah dan makhluk pertama iaitu Rasulullah Salla Allahu Alaihi Wasallam, apabila berkata hambaKu, Alhamdulillahi...Allah menjawab hamidani abdi, bila berkata lagi Arrahmanirrahim...Allah jawab majjadani (memuliakanKu) abdi, begitulah sehingga sampai kpd Walad Dhollinn...itu suara pertama yang jawab tuhan, suara siapa? Suara hakikat Nabi Muhammad sebelum ada alam ini, mcm diskusi antara Tuhan  dan hamba pertama iaitu Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam

Sebab itu jadilah surah Al Fatihah itu wajib atas kita, dan jadilah kita sentiasa berbicara dengan Allah, mengulangi kalam yang pertama antara Allah dan makhluk pertama iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, itu dari sudut kemuliaan Surah Al Fatihah, maka ini bertepatan dengan mazhab Asy Syafie, sebab ia satu mazhab yang mewajibkan basmalah dan Fatihah atas makmum, ini kelebihan mazhab Imam Syafie Radhiallahu Anhu iaitu bersangatan mengagungkan surah Al Fatihah dengan mewajibkan membaca Sirah Al Fatihah atas imam dan makmum, ketika berseorangan atau berjemaah, dan ditambah lagi kewajiban membaca Basmalah sedangkan gugurnya kewajipan membaca basmalah ini dalam mazhab lain adalah satu musibah besar buat umat Islam, termasuk dalam mazhab Imam Malik asalnya tida mewajibkan bacaan Surah Al Fatihah, jadi itu satu kekurangan besar, tapi diketahui di akhir umur Imam Malik telah kembali kepada pandangan mewajibkan bacaan Basmalah dalam Surah Al Fatihah, namun setelah dah isytiharkan qaul yg awal dan anak-anak muridnya tidak mengetahui qaulnya yg terakhir

Telah melihat seorang wali Allah di dalam mimpinya akan Rasulullah lalu bertanya, Wahai Rasulullah mengapa Allah mengagungkan mazhab Syafie?
(Bagaimana diagungkan? Iaitu dibukakan baginya pintu2 kebaikan dan ditempatkan mazhabnya di tanah yang sangat hebat, tanah Syam, Hijaz, Mesir, tanah melayu, jadi tanah yg sangat elok)

Maka jawab Rasulullah, kerana Imam Syafie telah mewajibkan bacaan Basmalah dalam Surah Al Fatihah

Dalam hadis yang lain menyebutkan bahawasanya Allah telah menghimpunkan kesemua kitabNya dan diletakkan dalam Al Quran, maksudnya Al Quran adalah jami' (himpunan) kepada semua Kalam Allah dan kitab2Nya, kemudian dihimpunkan Al Quran kesemuanya (rahsia2, cahaya2, berkat2,) diletakkan dalam Surah Al Fatihah, dan Surah Al Fatihah keseluruhan rahsianya diletakkan dalam Bismillahirrahmanirrahim, dan Bismillahirrahmanirrahim diletakkan segala rahsia2 dan cahaya2nya dalam Huruf Ba ب, dan keseluruhan rahsia Huruf Ba ب Allah letakkan dalam titik noktah .   Sebab itulah Imam Sayuti Radiyallahu Anhu telah mengarang satu kitab bertajuk Ulum Noktah. Dalam ilmu geometri daripada noktah boleh keluar rajah yg pelbagai sehingga mencapai infiniti, tiada had, titik itu ialah titik kewujudan, maksudnya semua kewujudan keluar daripada satu hakikat. Kalu ikut kalam para muhaqqiq itulah isyarat kepada titik hakikat baginda Rasulullah, dari titik itu Allah menzahirkan seluruh alam yang pelbagai, tetapi banyaknya alam itu tidak menafikan ketunggalannya, kesatuannya, maksud nya alam ini sangat banyak tapi asalnya dari satu makhluk iaitu dalam ilmu hakikat kembali kepada hakikat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu makhluk pertama, bukan hadrat pertama, hadrat pertama ialah Allah, Rasulullah makhluk pertama, sedangkan adanya Allah tiada yang bersamaNya sesuatu, ini hadrat asal sebelum kejadian Rasulullah hanya ada Allah, ketika mana Allah menghendaki mewujudkan alam ini maka Allah menciptakan bahan kewujudan ini ( Madatul Wujud) yang nama dalam ilmu hakikat, hakikat baginda Rasulullah, cahaya Rasulullah, Nur Nabi, tetapi bukan maksud seperti cahaya lampu, iaitu Nur Rabbani, bukan nur cara zahir yang kita, Nur Cahaya tetapi bukan seperti cahaya2 yg lain, diberikan istilah Nur sbg kalam majazi (perkataan perumpamaan shj) sebab nur baginda lebih tinggi, lebih mulia, tidak boleh dibandingkan dengan nur lain, nur baginda bila bersama nur cahaya alam ini maka jadi gelap cahaya alam ini, sebab itu antara keistimewaan Rasulullah bila cahaya matahari bertembung dengan nur zat baginda, nur baginda akan tolak cahaya matahari dan Rasulullah tiada bayang seperti manusia biasa, ini disebut dalam ilmu Syamail, kenapa tiada bayang? Sebab nur baginda tolak cahaya matahari sehingga matahari ada bayang di belakangnya, jadi buka Rasulullah yang ada bayang tapi matahari yang akan ada bayang bila bertembung dengan jasad baginda yang mulia, dengan kekuatan nur baginda, ini adalah sebagai perumpamaan sahaja (taqrib) sebab tidak boleh dibandingkan cahaya matahari dengan nur Rasulullah sedangkan matahari itu satu titik yang kecil dari alam ini, kita lihat besar tapi matahari ini hanyalah umpama satu atom yang tiada iktibar, bagaimana nak dibandingkan dengan hakikat Rasulullah yang jadi ibu, asal usul kepada alam, bukan hanya bumi dan langit tapi semuanya syurga neraka, arasy, kursi, malaikat, semua ini titik2 dari makhluk pertama iaitu Rasulullah, sebenarnya tak boleh dibandingkan cuma sekadar mendekatkan kefahaman kita sahaja.

Jadi Al Fatihah ini satu perkara yang besar. Ada golongan sufi guna Al Fatihah sahaja, suluk ke hadrat Allah dengan baca Al Fatihah, tenggelam fana dalam rahsia Al Fatihah, tapi bukan semua org layak utk amalan ini sebab berat nak amalnya, dalam tarekat tijani iaitu tarekat utama pertama ini membaca Al Fatihah tidak boleh melepasi 99 kali dalam sehari, berkata auliya maghribi barangsiapa melepasi 100 kali akan dapat martabat sangat tinggi, sangat dekat dengan Tuhan,dan daripada kelaziman martabat ini akan akan zahir kepada pengamalnya kegagahan, tajalli jalali ilahi, tajalli2 yg kasar, sebab itu ramai auliya menasihati anak murid jangan melepasi 99 kali setiap hari.

Maka masyhur di kalangan ahli tarekat, ahli ilmu untuk dapat berkat majlis mereka buka majlis dengan bacaan Surah Al Fatihah, dan khatam majlis dengan Al Fatihah, barangsiapa baca Surah Al Fatihah dengan rasa yg telah dinyatakan di atas maka seperti dah baca seluruh kitab2 Allah, mcm dah ambil semua cahaya2 wahyu Allah, rahsia2 kalam Allah, semua ada di dalam Al Fatihah.

####

Tahukah anda?

BETAPA KERDILNYA BUMI?? MANUSIA?? TERLUPA hakikat DIRINYA Siapa???

Hubble’s Universe - 2 trillion galaxies and counting... Each one of these galaxies contains billions of stars. Are we alone?

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al-Quran, 51:47)
Sedikit data tentang berapa luas alam semesta:
- BUMI adalah planet ke-3 dari susunan planet yang mengelilingi BINTANG yg bernama MATAHARI.
- Matahari adalah 1 daripada 200 billion bintang yang bergerak berputar bersama mengelilingi galaksi Milkyway / Bimasakti
- Jumlah galaksi besar (large galaxi) ada 350 billion buah manakala galaksi kecil (dwarf galaxies) ada 7 trillion buah
- Galaksi Bimasakti bahagian dari kumpulan galaksi lain membentuk gugusan galaksi, diprediksi ada 25 billion gugusan
- Gugusan galaksi berkumpul membentuk super cluster, diprediksi ada 10 Juta super cluster
Bintang-bintang (serupa matahari, yang mempunyai sumber cahaya sendiri, dengan saiz yang lebih besar atau lebih kecil daripada matahari) pada seluruh langit dan di bumi yang terlihat, dipredikis sekitar 30 bilion trillion (3 × 10 ² ²) buah.
Keluasan alam semesta diprediksi berdiameter 14.5 billion tahun cahaya, dimana 1 tahun cahaya (ly: light year) = 9.46 x 10 ^ 12 km (sedikit di bawah 10 trilion kilometer).. subhanallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan