Umpama seorang ayah menghadiah hadiah seumpama patung kepada anaknya, lalu anaknya bergembira dengan hadiah tersebut.
Ketika ayah memanggil anaknya, anak itu tetap memegang patung dan terus kepada ayahnya
Ayah itu terfikir begitu sayangnya anak kepada patung sehingga tak mahu melepaskan patung itu, maka ayah terguris hatinya
Niat asal ayah menghadiahkan patung itu adalah supaya anaknya makin menyayanginya namun sebaliknya berlaku
*******
Begitulah boleh diumpamakan seorang hamba yang Allah hadiahkan amalan kebaikan buatnya agar hamba itu mensyukuriNya namun hamba itu hanya kasihkan amalnya lebih daripada syukurnya kepada Allah.
Sebab itulah golongan yg dikasihi Allah ialah mereka yang memandang amalan itu adalah anugerah hadiah daripada Allah buat hambaNya, dia tidak memandang amal itu milik bahkan milik Allah kerana dirinya adalah milik Allah jua.
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan