Rabu, 10 April 2019

PUNCA PENYAKIT BATIN DAN PENAWARNYA

Allah telah memuliakan toriqoh para nabi dan sahabat serta mereka yang mengikuti mereka. Allah menganugerahkan mereka suci daripada penyakit batin seluruhnya iaitu dengan membuang puncanya seumpama penyakit jasmani, selama mana tidak dirawat, dibuang puncanya maka selama itulah penyakit itu tetap bersarang.

Apakah punca penyakit batin seumpama ujub, riya', takabbur, dan lain-lain? Puncanya satu sahaja iaitulah ada ghorod/tujuan serta Allah, maksudnya beribadah bukan semata-mata kerana Allah tetapi kerana ada tujuan lain, sama ada tujuan itu merupakan tujuan duniawi atau ukhrawi, ibarat kata pepatah ada udang di sebalik batu, ibadah mereka tidak ikhlas, tidak syuhud minnah (memusatkan pandangan kurniaan) daripada Allah semata-mata.

Sidi Ahsan Al Ba'qili Al Hasani Attijani menyatakan di dalam kitabnya Sauqul Asrar bahawa PUNCA segala penyakit batin adalah satu sahaja iaitu ada tujuan serta Allah, bila suci hati mereka dari sebarang tujuan serta Allah maka sucilah hati mereka dari makhluk dan tujuan itulah makhluk iaitu selain Allah.

Alangkah sucinya batin mereka dan memancarkan cahayanya dan betapa kuatnya mereka memegang senjata kesucian, iaitu buang segala tujuan dan habuan, betapa susahnya memegang senjata ini, kerana ia memotong segala tujuan.

Ingatlah tujuan serta Allah itu adalah sampah iblis, umpama lalat tak akan hilang kecuali dihilangkan sampahnya, maka tiada jalan menyucikan hati dari tujuan kecuali menyucikan hati dari tujuan serta Allah,

Maka Allah menyucikan mrk dr penyakit hati dan menempatkan mrk di tempat yang mulia, menggembirakan mrk dengan kesyukuran kpd Allah, sehingga mrk mengetahui bahawa syukur itulah adab dgn Allah, mendapat kesucian asli semulajadi tanpa usaha, tidaklah tinggal kewujudan mrk kecuali dgn pakaian yang dipakaikan kpd mrk secara azali sblm ditiupkan ruh, wp kita nampak ahli tijani penuh dgn tujuan tp hakikat hati mrk penuh kesucian dr tujuan2 atau habuan2 serta Allah, itulah hakikat mrk, adapun yg zahirnya tidak betul, tidak asli,

Maka maksud ada murabbi ialah mengembalikan muridnya kpd halnya yang azali sblm masuk ruh ke dlm badannya, hal badan mrk tenang ketika dipakaikan pakaian asli, tanpa usaha, tanpa sebab, cara anugerah, spt raja panggil seorang utk mengadap dan mengurniakan anugerah yang besar, bolehkah kita kata dgn bangga memang saya layak terima anugerah itu?

Kesimpulannya, selama mana ada tujuan selama itulah ada 'sampah' iblis, selama ada gangguan batin, maka mesti buang puncanya, akarnya, bukan hanya dahan dan rantingnya sahaja, dan tiada cara yang mudah untuk buang tujuan itu kecuali berdampingan dengan para ahlillah yang suci dari tujuan dan habuan serta Allah...sebagaimana kata pepatah Arab
ما افلح من افلح الا بصحبة من افلح
Maksudnya, tidak akan berjaya seseorang yang inginkan kejayaan kecuali bersuhbah (berdampingan/bersama dengan orang yang berjaya)

Maka carilah mereka, mohonlah panduan dari Allah, moga dihimpunkan bersama mereka.

Disampaikan oleh Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Attijani dalam menghuraikan kitab Sauqul Asrar karangan Sidi Ahsan Al Ba'qili Attijani Radiallahu Anhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan