Ahad, 21 April 2019

Selawat itu " Mahkota Zikir"

Semulia2  Zikir ialah Selawat Ke atas Baginda صلى الله عليه وسلم ..kenapa ??

kerana ianya termasuk dalam  Zikrullah ...dan Amalan yang dilakukan oleh Allah hanya berselawat ke atas Junjungan  Baginda صلى الله عليه وسلم.

Allah memerintahkan amalan solat tetapi Allah tidak  solat. Allah memerintahkan zakat, tetapi Allah tidak zakat. Allah  memerintahkan haji, tetapi Allah  tidak haji. Namun kalau Selawat Ke Atas Nabi, Allah سبحانه وتعالى berselawat kepada Baginda Nabi ..
Itulah tingkat perbezaan yang sangat jauh, menunjukkan keistimewaan dan keagungan amalan berselawat..

                       " فمن أحب شيئاً أكثر من ذكره،"
Barangsiapa yang suka akan sesuatu nescaya dia akan perbanyakkan menyebut akanNya...

Apabila Allah kehendak kebaikan kepada  seseorang hamba dia akan disibukkan dengan berselawat ke atas Baginda صلى الله عليه وسلم

# kalam Murabbina Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani حفظه الله  syarah kitab sirah nabawiyyah قرة العين في سيرة سيد المرسلين

Tiada ulasan:

Catat Ulasan