Sayyidi Ahmad Alhadi Alhasani telah ditanya akannya tentang amalan apakah sepatutnya diamalkan pd malam nisfu syaban
Beliau menjawab :
Malam nisfu sya’ban adalah malam turunnya pembahagian Ilahi yg terkumpul pd Hakikat Muhammadiyah yang agung
kemudian Hakikat Muhammadiah itu itu diperincikan lagi kpd Hakikat Adamiyah Kauniyah yg pelbagai (rupa dan bentuknya)
Adab para pembesar arifin bukanlah mereka memperbanyakkan amalan sunat, usaha dan tawajjuh dengan tujuan memperolehi habuan drpd amalan itu dapat rezeki, pemberian, pembukaan dan lainnya
Hanyasanya yg dituntut bagaimanakah cara kita menyambut akan Tajjali Ilahi dengan menzahirkan kefaqiran terhadap hadrah kekayaan mutlak
Kerana Tuan tidak suka melihat hambanya ghaflah dan sibuk (dengan perkara yg tidak berfaedah)
dan Tuan juga tidak suka hamba merasa cukup ketika Tuannya melimpahkan pemberiannya
Hanyasanya yg dituntut kpd hambanya ialah menzahirkan kegembiraan dengan apa yg datang/diterima drpd hadrah keTuanan
dan juga memahami/mengetahui bahawa
kurnian itu datang drpd hadrah ketuanan
Zawiyah Iraah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan