Khamis, 25 April 2019

MEMPERKEMAS AKAN NIAT

Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, ketika menasihati kami dalam memelihara dan memperkemaskan niat untuk memasuki pintu ilahi telah menegaskan;

"Niat yang suci terus akan mendapat jalan yang suci, niat yang bersih terus akan mendapat jalan yang bersih"

Tegas beliau maka memelihara adab tujuan dlm jalan jalan ilahi adalah sangat penting, agar diri dpt memelihara sifat kehambaan yang sejati. Amalan dan ibadah akan menjadi hijab diri dgn Allah SWT seandainya diri mempunyai lain lain niat dan tujuan selain Allah SWT, dan juga akan menjadi fitnah pada ahlinya yang inginkan kekayaan, inginkan karamah, inginkan maqam, inginkan pembukaan/futuh, ingin berjumpa dan bersahabat dgn jin, inginkan alam alam rohani, dan sebagainya. Inilah perkara yg merosakan keikhlasan dlm amal ibadah.

Semoga Allah SWT melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina, dan menempatkan Murobbina Hafizahullahu Ta'ala disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad SAW, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra.

Aamiinn

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sidi Nazrul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan