Isnin, 26 Oktober 2020

Daurah : Hakikat Syeikh dan Murabbi yang sebenar

Mengenali hakikat syeikh dan murabbi yang sebenar

Berkata Syeikh Tijani RA dalam kitab jawahirul maa’ni:

" أمّا حقيقةُ الشّيخِ الواصلِ فهْو الذّي رُفِعَتْ لهُ جميعُ الحُجُبِ عَنْ كمالِ النّظرِ إلى الحضرةِ الإلهيَّةِ نظرًا عينِيًّا وتَحْقِيقًا يقِينيًّا فإنَّ الأمر أوَّلُهُ مُحَاضَرَةٌ وهو مُطَالعَةُ الحقائِقِ مِنْ وراءِ سِتْرٍ رَقيقٍ ثمَّ مُكاشَفَةٌ وهْو مُطالعةُ الحقائقِ مِنْ وَراءِ سِترٍ رقيقٍ ثمَّ مُشَاهَدَةٌ وهو تَجَلِّي الحقائقِ بِلا حِجابٍ لكنْ مع خُصُوصِيَّةٍ ثُمَّ مُعَايَنَةٌ وهو مُطالَعَةُ الحقائقِ بِلاَ حِجابٍ ولا خُصُوصيَّةٍ ولا بَقاءَ للغَيْرِ والغَيْرِيَّةِ عَيْنًا وَأَثَرًا وهو مقام السَّحْقِ والمَحْقِ والدَكِّ وفناءِ الفناءِ فليْس في هذا إلاَّ مُعَايَنَةُ الحَقِّ فِي الحَقِّ لِلْحَقِّ بِالحَقِّ
فَلَمْ يَبْقَى إلاَّ اللهُ لاَ شَيْءَ غَيْرُهُ فَمَا ثَمَّ مَوْصُولٌ وَمَا ثَمَّ وَاصِلٌ
ثمّ حياةٌ وهي تميِيزُ المراتِبِ بمَعرفَةِ جميعِ خُصُوصِيَّاتِهَا ومُقْتَضَيَاتِهَا ولَوَازِمِهَا وما تَسْتَحِقُّه مِنْ كلِّ شيءٍ ومِنْ أيِّ حضرةٍ كلُّ مرتبةٍ مِنْها ولِمَا وُجِدتْ وماذَا يُرادُ مِنها وما يَؤُول إليْه أمرُها وهو مقامُ إحَاطَةِ العبدِ بِعيْنِهِ ومعرفَتِهِ بجَمِيعِ أسرارِه وخُصُوصِيَّاتِه ومعرفتِهِ ما هي الحضرةُ الإلهيُّة وما هي عليْه مِنَ العظمَةِ والجَلالِ والنُّعوتِ العَليّةِ والكمال مَعْرِفَةً ذَوْقِيَّةً ومُعايَنةً يَقِينيَّةً وصاحبُ هذه المرتبةِ هو الّذِّي تُشَقُّ إليهِ المَهَامِهُ فِي طلبِه لكنْ معَ هذه الصِّفة , فيهِ كمالُ إذنِ الحقِّ لهُ سبحانه وتعالى إذْنًا خاصًّا في هِدايةِ عبِيدهِ وتَوْلِيَتِهِ عليهِمْ بإرشادِهمْ إلى الحضرة الإلهيّة فهذا هو الشّيخُ الّذّي يَستَحِقُّ أن يُطْلَبَ وهْو المُرادُ بقولِه صلّى الله عليه وسلّم لأبي جحيفة رضي الله تعالى عنه " سَلِ العُلَمَاءَ وخَالِطِ الحُكَمَاءَ واصْحَبِ الكُبَرَاءَ " وصاحبُ هذه المرتبةِ هو المُعَبَّرُ عنه بالكَبيرِ ومتَى عَثَرَ المُريدُ على مَنْ هذه حضْرتُه كانَ فِي حَقِّهِ أنْ يُلْقِي نفسَه بيْن يديْهِ كالميِّتِ بَيْن يَدَيْ غاسِلِه لا اخْتيارَ لهُ ولا إرادةَ ولا عَطَاءَ لهُ ولا إفادَةَ ولْيَجْعَلْ هِمّتَهُ مِنْهُ تَخْلِيصَهُ مِنَ البَلِيَّةِ التّي أُغْرِقَ فيها إلى كمالِ الصّفاءِ بمُطالَعةِ الحضرة الإلهيّة بالإعراضِ عَنْ كُلِّ ما سِواها ولْيُنَزِهْ نفسَه عَنْ جميعِ الإختِيارَاتِ والمُرادَاتِ مِمَّا سِوى هذا ومتى أشارَ عليْهِ بِفِعْلٍ أو أَمْرٍ فلْيحذَرْ مِن سُؤالِه بِلِمَ وكيف و عَلَى ماذا ولأَيِّ شيءٍ ؟ فإنَّهُ بابُ المَقْتِ والطَّرْدِ "
Ertinya:
Bahawasanya hakikat syeikh yang sebenar,ialah terbuka padanya segala hijab dan halangan yang menghalangnya dari memandang kedalam hadrah Ilahi, yaitu ia dapat memandang ke hadrah Ilahi dengan pandangan yang sebenar dan dengan keyakinan yang tahkik(sebenar)..
 1-Pada tingkatan pertama,:
syeikh tersebut memandang dengan pandangan muhadharah, yaitu syeikh tersebut dapat meneliti dan menilai segala hakikat disebalik tabir yang kasar dan tebal(alam zohir)
 2-pada tingkatan kedua:
syeikh tersebut dapat memandang dengan pandangan mukasyafah , iaitu dapat meneliti segala hakikat di sebalik tabir yang halus
 3-pada tingkatan ketiga : 
syeikh tersebut memandang dengan pandangan musyahadah: yaitu terbuka padanya segala rahsia hakikat hakikat dengan ketiadaan hijab dan halangan sama sekali,tetapi dengan syarat-syarat tertentu..,
 4-pada tingkatan keempat:
 syeikh tersebut dapat memandang dengan pandangan mua’yanah: yaitu dapat meneliti dan memandang terus segala hakikat hakikat… dengan ketiadaan sebarang hijab dan halangan,dan dengan ketiadaan syarat-syarat tertentu..,dan juga dengan ketiadaan memandang kepada baqo’(kekal ) dirinya dan lain daripada dirinya-
  
• 5-pada tingkatan kelima :
syeikh tersebut berada dalan martabat hayat, yaitu dapat membezakan segala martabat-martabat,
yaitu dapat ma’rifah segala martabat martabat secara khususi,dan dapat ma’rifah segala kesudahan martabat martabat tersebut,dan segala lawazim(kelaziman sesuatu martabat),
dan juga dapat ma’rifah kelayakan sesuatu perkara,dari hadrah mana ia datang?
Bagaimanakah ia berlaku ?
apakah tujuan darinya?
apakah kesudahannya?.....
Itulah maqam dan martabat ihaatotul-abdi yaitu dapat menguasai secara sepenuhnya oseorang syeikh dengan pandangan mata dan dengan ma’rifahnya ,yaitu dapat ma’rifah segala rahsia

-rahsia Ilahi dan segala ketentuannya.., 
…dan juga dapat ma’rifah perbezaan hadrah Ilahi, 
adakah hadrah tersebut datangnya daripada sifat azmah,jalal atau daripada sifat sifatnya yang lain yang mulia lagi sempurna..,
Yaitu dapat ma’rifah secara zauqi, dan mua’yanah dengan yakin Sekali..
hamba Allah seperti ini…,amatlah susah dan payah bagi seseorang yang mengembara di bumi yang gersang , merentasi hutan belantara, dan melintasi lautan yang luas untuk mencarinya,melainkan melalui isyarat dan izin tertentu daripada Allah SWT akannya (yang mencari syeikh) ,, 
yaitu syeikh tersebut diberi izin yang khusus daripada Allah SWT kepadanya dalam memberi petunjuk hidayah kepada hamba hambanya serta mendapat tauliah khas dalam medidik mereka ke hadrah Ilahi 
inilah syeikh yang layak dan patut untuk dicari dan dituntuti……
syeikh seperti inilah yang dikehendaki dalam sabda Rasulullah SAW kepada Abi Quhaifah :

" سَلِ العُلَمَاءَ وخَالِطِ الحُكَمَاءَ واصْحَبِ الكُبَرَاءَ " 
Ertinya :
Tanyalah ulama’,
berurusanlah dengan ahli-ahli hikmah,
bersahabatlah dengan alkubara’(syeikh,mursyid dan murabbi)
Pemilik martabat inilah yang dikira sebagai al-kabiir (syeikh,mursyid,murabbi)

Apakah tindakan murid,apabila bertemu dengan syeikh ?
jika seorang murid itu mendapati dirinya bersama dengan syeikh tersebut,maka hendaklah ia menyerahkan dirinya kepada syeikh tersebut,
 yaitu menyerahkan dirinya umpama mayat yang berada dihadapan orang-orang yang memandikannya, tiada sebarang pilihan dan usaha daripada dirinya,dan juga tidak ada hadiah pemberian kepadanya yang boleh memberi faedah kepada dirinya sama sekali,..
jadikanlah semangat dan himmahnya itu hanyalah melalui syeikhnya, syeikhnya tersebut dapat melepaskan dirinya daripada sebarang ujian dan bala yang menimpa dirinya..
yaitu menjadikan himmah dan semangatnya untuk mendapatkan penyucian diri yang sempurna, yaitu dapat meneliti hadrah ilahi yang sempurna..yaitu dengan memalingkan diri daripada memandang kepada selain daripada hadrah tersebut ..,dan menghindarkan diri daripada sebarang pilihan dan kehendak diri sendiri..melainkan hadrah ilahi tesebut….Maka apabila syeikh tersebut memberi isyarat kepadanya…
yaitu menyuruhnya melakukan sesuatu perkara atau urusan, maka hendaklah ia mengelak diri dari bertanya :
 Kenapa ?...
 bagamana pula macam ni ?...
 atas apa sebab.?...
 kerana apa ?... 
Kerana ia termasuk dalam bab membawa kepada kemurkaan dan kemarahan seorang Syeikh …. ”
(Berakhirnya terjemahan ungkapam Syeikh Tijani …)
Ulasan sidi Ahmad al hadi :
Syeikh itu dari segi kalimahnya bermaksud:
 1:huruf syiin ..:maksudnya musyahadah
 2:huruf ya’.. : maksudnya :mua’yanah
 3:huruf kho’ :maksudnya khilafah
Barangsiapa yang menemui seorang syeikh yang mempunyai sifat –sifat tersebut..,perjanjian baia’h dengannya adalah menempati perjanjian baia’h dengan Rasulullah SAW secara langsung.., 
Hendaklah ia menjadikan syeikh itu sebagai hakim atas dirinya , melucutkan mahkota dirinya lalu diserahkan kepada syeikh,dan menyerahkan dirinya kepada syeikh tersebut,
dan menjadikan semua yang ada pada dirinya dan segalanya kepada syeikh tersebut..
Firman Allah :
" النَبِيُّ أوْلى بالمُؤْمِنِينَ مِنْ أنْفُسِهِمْ "
Ertinya:
Diri nabi(Rasulullah )terlebih utama(didahulukan) bagi setiap orang yang beriman daripada diri mereka sendiri..
difaham daripada mafhum dan erti ayat tersebut ,seorang wali(murabbi) itu terlebih utama(didahulukan) atas seorang murid daripada diri murid itu sendiri..
Bagaimanakah hendak mencari murabbi dan wali-wali ?
Jikalau ada orang yang bertanya,dimanakah kita nak cari wali wali tersebut ?????
Jawapannya:
Bumi Allah yang terbentang luas ini tidak akan sunyi dari wali walinya, mereka itu terlebih dekat kepadanya daripada urat yang berada di lehernya…
jikalau seseorang itu ia telus dan bersungguh dalam mencari mereka itu, nescaya ia akan menemui mereka….
Tetapi singgahsana utama istana tidak akan diduduki oleh orang yang bukan ahlinya…
Firman Allah SWT :    
" وَكَانُوا أَهْلَهَا وَأَحَقَّ بِهَا "
Ertinya :
Mereka itu adalah ahli singgahsana tersebut ,dan terlebih layak dengannya.,
Sesungguhnya Allah SWT telah menghilangkan mereka daripada pandangan orang ramai ,kerana mengasihani akan hamba hambanya

Berkata Imam Junaid :

Jikalau Allah SWT tidak menghilangkan wali wali dan hakikat diri mereka daripada pandangan orang ramai,nescaya manusia akan musnah binasa,kerana tidak mengikut mereka..,
….dan mereka itu akan menjadi hujah pembalasan atas manusia tersebut di hari kiamat kelak…
Tetapi Allah SWT telah menyembunyikan diri mereka dalam rupa manusia biasa (anak Adam )dan tidak akan mengenali mereka melainkan orang yang seumpama mereka…
Ataupun terdapat sesiapa dikehendaki Allah SWT untuk mendapatkan manfaat keberkatan dari diri mereka..
Maka ketika itu tersingkaplah darinya rupa dan sifat manusia,dan dapatlah musyahadah akan hakikat dirinya yang sebenar lagi Rabbani..

Ya Allah Ya Tuhanku…!
Ya Allah Ya Tuhanku…!

Aku memohon kepada engkau,dengan berkat kedudukan pemimpin Auliya engkau dan pemimipin orang pilihan engkau,yaitu Sayidina wa maulana Muhammad SAW ,baginda adalah pintu utama kepada engkau..,
dan cermin bagi Zat engkau 
Ya Allah ……
Janganlah engkau menjauhkan kami daripada berjiran dan berdekatan dengan mereka,di dunia dan juga di akhirat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan