اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ
"Mungkin kamu tidak suka pada sesuatu, sedangkan perkara itu baik untukmu, Al Baqarah, Ayat 216"
Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala mengatakan bahawa "Untuk menjadi seorang hamba, hilangkanlah tadbir diri, masuklah dalam tadbir Allah ﷻ, dan gembiralah dengan iradat (kehendak dan takdir) Allah ﷻ samada ianya muafakat dengan iradat (kehendak) diri kamu ataupun tidak. Jikalau muafakat, syukurlah. Kalau tak muafakat, taslimlah"
Abu Thalib Al Makki mengatakan, "Manusia tidak suka miskin, hina dan penyakit, padahal itu semua mungkin baik baginya untuk bekal di akhirat, sebaliknya mereka suka kaya, sihat dan ternama/terkenal, walhal itu semua bahaya disisi Allah ﷻ dan buruk akibatnya".
Abu Ali Ad Daqaaq mengatakan, "Suatu tanda bahawa seseorang itu mendapat taufiq kurnia Allah ﷻ ialah terpeliharanya iman (Tauhid) disaat mengahadapi bala ujian bencana (Taslim akan kehendak/taqdir Allah ﷻ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan