Hakikatnya, Sayidina Muhammad ﷺ tidak diketahui ketinggian dan kemuliaan kedudukannya disisi Allah Ta'ala, hanyasanya Allah yang Maha Mengetahui akannya. Maka dengan demikian itu jadilah Selawat itu permata permata indah dalam ibadah, menghiasi Tauhid dan menghiasi indah Syariat, dan adalah baginya makanan pada orang yang dalam suluk dan minuman pada rohaniat yang kehausan, serta syarat utama pada barang yang melengkapi islam iman dan ihsan.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Selain Allah ﷻ, tiadalah lagi sesuatu yang dipuji sentiasa setiap saat dan waktu melainkan Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. Samada dipuji oleh manusia mahu pun Malaikat yang diperintah oleh Allah ﷻ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Selawat makhluk atas Sayidina Muhammad ﷺ adalah sebenarnya selawat Allah ﷻ jua pada Saiyidina Muhammad ﷺ pada hakikatnya, yang melambangkan ketinggian dan kemuliaan Sayidina Muhammad ﷺ melebihi sekelian makhlukNya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Kesempurnaan penciptaan Baginda ﷺ melimpahi alam sebagai lambang keutamaan kedudukan Baginda ﷺ yang ditinggikan oleh Allah ﷻ daripada sekelian makhlukNya, sesuai dengan pangkat Baginda ﷺ sebagai Penghulu kepada segala kewujudan.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada yang mampu mengenali darjat Sayidina Muhammad ﷺ melainkan Allah ﷻ yang sentiasa mengangkat ketinggian darjat Sayidina Muhammad ﷺ melalui selawat daripada para Malaikat dan makhlukNya serta salam daripada hamba-hambaNya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada yang mampu merendahkan kemuliaan Baginda ﷺ kerana yang Maha Pencipta sentiasa memelihara ketinggian dan kemuliaan Baginda ﷺ serta memperhiasi penciptaan Baginda ﷺ dengan kemuliaan pakaian Maksum.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Apabila awan, pasir, batu, haiwan dan tumbuh-tumbuhan menunjukan kasih dan sayangnya kepada Baginda ﷺ, apakah terbit kecemburuan dari Sayidina Ibrahim a.s untuk disertakan dalam kelompok ummat Baginda ﷺ?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Bagaimana pula apabila ummat Sayidina Muhammad ﷺ menjadi ummat kesayangan Baginda ﷺ? Bukan kita yang memilih untuk menjadi ummat Sayidina Muhammad ﷺ, tetapi kita telah dipilih untuk menjadi Ummat Sayidina Muhammad ﷺ. Syukurilah dengan nikmat ini apabila kita yang tidak layak, telah dinisbahkan kepada Sayidina Muhammad ﷺ yang sempurna sebagai ummat Baginda ﷺ dengan memperbanyakan berselawat keatas Sayidina Muhammad ﷺ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
#via Ibn Salleh Al-Louie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan