Isnin, 26 Oktober 2020

Syeikhul Akbar Ibnu Arabi & Imam Fakhruddin Ar Razi & Wahdatul Wujud di dalam Kitab Syarah Jauharoh At-Tauhid Imam Ibrahim Al Laqqani Bagi Imam Ahmad Bin Muhammad As Sowi Al Maliki

Kisah ini selalu diceritakan oleh Al Marhum Sayyidi Guru Kami Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Haji Salleh @ Pak Su Hamid Gunong قدس سره :

Imam Fakhrudin Ar Razi pernah ingin menjadi Murid Thariqah Sufiyyah Syeikh Akbar Ibnu Arabi namun tidak diterimanya kerana Syeikh Ibnu Arabi mengatakan Imam Fakhrudin Ar Razi "tiada bahagian" dalam ilmu ini . Namun Imam Fakhruddin tetap membenarkan Ilmu Haqiqat ini . Di pendekkan kisah sampailah tiba saat sakaratul maut Imam Fakhruddin Ar Razi , hampir habis 1000 dalil Imam Ar Razi berhujjah dengan Syaitan Syaitan yang ingin menggodanya supaya tercabut iman dan islam, Akhirnya dengan izin ALLAH di kurniakan karomah kepada Syeikh Akbar Ibnu Arabi yang ketika itu sedang bersembahyang untuk menggerakkan jari kaki kelingkingnya beberapa kali sebagai isyarat memukul syaitan syaitan yang berada di sekeliling Imam Ar Razi , lalu Wafatlah Imam Ar Razi di dalam Iman & Islam . Kata Al Murhum Guru kami Tuan Guru Pak Su Hamid Gunong : Ini jugalah maksud Kalam Imam Abul Hasan Syazuli : من تصديق في علمنا ولاية صغرى
Barangsiapa membenarkan ilmu kami (Haqiqat) nescaya dia Wali Kecil .

Rupa - Rupanya Kisah ini ada juga di sebut di dalam Syarah Sowi Jauharah Tauhid :

وقد حكي أن الفخرالدين الرازى حين احتضرته الوفاة وردت عليه شبه عجز عن دفعها فصار يقول اللهم إيمانا كإيمان العجائز وحكي عن ابن العربي أنه في تلك الحالة كان وافقا في الصلاة فضرب برجله مرارا فسئل عن ذلك فقال ابن العربي : إن الفخر احتضرته الوفاة فاحتوشته الشياطين يريدون نزع إيمانه فضربتهم برجلي فمات على الإيمان والحمدلله .اھ

Kitab ini kami mempelajarinya di Masjid Al Azhar As Syarif sampai Khatam bersama Sohibul Fadhilah أ.د جمال فاروق Al Mutakallim Syeikh Dr Jamal Faruq Ad Daqaq Al Hasani Al Azhari dan kami ulangi sekali lagi untuk lebih tahqiq bersama Guru Kami Tuan Guru Baba Muhammad Adnan Al Fathoni Ustaz Baba Kiyah (Sedihnya belum sempat Khatam kerana Covid-19 melanda,Tuan Guru Baba masih di Fathoni) 

Di dalam Kitab Syarah Sowi Jauharah Tauhid ini ada beberapa ulasan tentang Wahdatul Wujud pada muka surat 146 pada katanya Musonnif رضی الله : 

تنبيه 
شاع على ألسنة العوام (الله موجود في كل الوجود) وهو كلام صحيح في نفسه لأن مفاده وحدة الوجود لكنه غير لائق منهم لإيهام الحلول
Ini Satu Penjagaan
Telah masyhur di atas lidah orang orang awam ( Allah ada pada tiap tiap benda yang ada) dan ialah kalam yang benar pada dirinya kerana memberi faedah kalam tersebut akan Wahdatul Wujud akan tetapi tidak layak kalam itu bagi orang awam kerana boleh memberi prasangka Tuhan itu hulul yakni meresap dalam tubuh makhluk .

Kalau nak baca panjang lagi boleh di baca dalam gambar gambar yang kami sertakan ini . Letih nak taip panjang panjang .

Wallahul Muafiq ila Aqwamit Thariq .

Ust Ahmad Hafizuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan