Isnin, 26 Oktober 2020

SELAWAT ADALAH PENGGANTI MURABBI


﷽ ، الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Telah berkata Syaikh Yusuf al-Nabhani رحمه الله تعالى , dalam kitab أفضل الصلوات , beliau menulis:

أَقْرَبُ الطُرُقِ إِلَى اللهِ فِي أَخِرِ الزَمَانِ خُصُوصًا عَلَى المُسْرِفِ كَثْرَةُ الإِسْتِغْفَارِ والصَلاَةِ عَلَى النَبي صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Tariqat (jalan/method yang ditempuh) yang paling dekat menuju kepada Allah ﷻ, di akhir zaman ini khususnya bagi orang-orang yang berlumuran dosa adalah dengan memperbanyak istighfar dan berselawat kepada Nabi ﷺ.

Berkata al Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith حفظه الله تعالى :

في آخر الزمان يفقد الشيخ المربي فالصلاة على النبي تقوم مقام الشيخ المربي في إيصال المريد إلى الله
 
Di akhir zaman, jumlah Murabbi (Pembimbing Ruhani Sejati) akan terus menyusut (berkurang), Maka berselawat kepada Nabi ﷺ dapat dijadikan sebagai pengganti kedudukan Murabbi bagi murid itu (dalam mencapai wusul) ke hadrat Allah ﷻ.

Syaikh Hasan al-Adawi حفظه الله تعالى dalam mensyarah kitab دلائل الخيرات , ia menukil dari al-Imam al-Sanusi dan Syeikh Ahmad Zarruq حفظهما الله تعالى sebagai berikut:

أن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم تنور القلوب وتوصل من غير شيخ.

Sesungguhnya dengan (seseorang itu yang mengamalkan) selawat kepada Nabi ﷺ, dapat menerangi hati (nya) dan dapat wushul (sampai ke hadrat Allah ﷻ) tanpa seorang Syaikh (Murabbi).

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ 

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan