Namun anehnya, jikalau didalam satu hari sahaja airnya tidak ditimba, ketinggian air yang ada didalam Perigi itu tidak pernah akan meningkat, ia sama seperti semula.
Perigi yang tidak pernah lagi diambil airnya, bahkan akan cenderung airnya akan menjadi kotor dan beracun sehingga ia tidak lagi layak untuk diminum.
"Inilah Hukum Alam"
Di mana, ramai yang tidak tahu bahawa didalam alam terdapat misteri (Qada dan Qadar) yang bertujuan untuk selalu Memberi dan Keseimbangan.
Sesungguhnya kehidupan kita juga sama dan serupa dengan seperti Perigi ini.
Pada umumnya, orang hanya berpikir bahawa, jikalau kita memberi apa yang kita telah miliki, pasti ia akan berkurang dari apa yang di miliki semula.
Tetapi jikalau kita mahu belajar dari Falsafah Perigi ini, maka semakin banyak dan sering kita memberi, akan semakin banyak air yang mengalir kepadanya.
Didalam hal memberi tidak seharusnya dalam bentuk duit atau barang. Kita boleh sahaja memberi didalam bentuk apa saja yang kita miliki.
Saat kita mengajarkan dan memberikan ilmu, maka dengan sendirinya kemampuan kita akan semakin meningkat.
Sebaiknya kita memberi kerana kita menginginkan orang lain agar boleh berbahagia atau boleh hidup yang lebih baik dan selayaknya.
Manfaat langsung yang dapat kita rasakan saat memberi adalah perasaan Kepuasan Batin. Dan inilah sebenarnya kebahagiaan yang sejati.
"Katakanlah : Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya."
(QS. Saba : 39)
Subhanallah...
Falsafah Air didalam Perigi, sama seperti bersedekah kerana sedekah tidak akan membuatkan kita menjadi miskin.
Justeru rezeki akan kian bertambah dan menjadi berkah.
"Sebutir Benih Yang Disemai Akan Dilipat Gandakan"
"SEKALI KITA MERENDAHKAN DIRI DIHADAPAN MANUSIA, MAKA AKAN DIANGKAT MARTABAT KITA DISISI ALLAH SWT"
Maka berserah dirilah dengan sebenar-benarnya berserah diri kepada Allah, adalah lebih baik dipandang mulia oleh Allah swt daripada dinilai oleh manusia, kerana kemulian yang dinilai manusia belum tentu menjamin Kepuasan Batin, manakala Kepuasan Nikmat dan Rahmat Allah swt adalah yang dinanti-nantikan untuk dikekalkan kepada diri didunia dan akhirat.
InsyaAllah...
MaasyaaAllah...
Allahuakbar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan