Isnin, 26 Oktober 2020

PEGANGAN AHLUL KAMAL TERHADAP AMALAN

#DIALAH pewaris Muhammadi yg sempurna

 قال قطب الأولياء الواصلين الكاملين السيد أحمد الرفاعي رضي الله عنه وقدس سره العزيز :
;لن يصل العبد إلى مرتبة أهل الكمال،وفيه بقية حروف : أنا 
تيدق سمفي سئورغ همبا كفد فريغكت مرتبة أهل الكمال(والي يغ واصل ،عارف بالله يغ كامل لاكي مكمل)فد حال ترتيغكل فدث تكبر. حروف : أنا (كناية درفد تكبر)

"Perkemaskanlah amalan mu tapi fanalah dari amalan mu" 

Bila mana kamu merasakan amalan kamu yang menyampaikan kamu kpd Allah, maka Allah akan menghisab amalan kamu dengan keadilanNya. 

Jika kamu merasakan rahmat dan kurniaan Allah yang menyampaikan kamu kpd Allah, maka kamu akan sampai kpd Allah dgn rahmatNya, yakni sebagai satu kurniaanNya kpd kamu.

Hakikat orang yang bersyukur, berasa malu untuk mempersembahkan amalannya kepada Allah SWT dan berasa amalannya tidak ada nilai disisi Allah SWT. 

Berasa tidak layak langsung untuk mendapat tempat disisi Allah SWT melalui amalan. Berasa terlalu hina dan kerdil disisi Allah SWT dengan amalan.

 Berasakan amalannya tidak dapat menyampaikannya kepada Allah SWT. Berasakan fana pada amalan.

Orang yang keras hatinya dan tidak ada sifat syukur pada dirinya berasa amalannya yang banyak melayakkan dia untuk mendapat tempat disisi Allah SWT.

 Amalannya yang banyak akan menyampaikannya kepada Allah SWT. 

 Amalannya yang hebat melayakkan dia untuk mendapat penghampiran dengan Allah SWT.

 Amalannya yang banyak melayakkan dia untuk mendapat tempat didalam masyarakat dan makhluk.

 Amalannya yang banyak melayakkan dia untuk memegang jawatan dan kekuasaan. 

Amalannya yang banyak melayakkan dirinya berasa lebih hebat dan tinggi daripada orang lain. 

Amalannya yang banyak melayakkan dia untuk mendapat karamah karamah, pembukaan kauni dan kaunu, diperkenalkan kepada alam alam ghaib dan rohani, mentadbir dan menguasai makhluk makhluk lain. 

Sifat 'aku layak' melambangkan sifat 'keakuan'. Lebih banyak sifat 'aku layak' maka lebih tinggi sifat keakuan dalam diri seseorang. 'Aku layak' menghampiri sifat 'ana khairu minhu - aku lebih baik daripada kamu', satu sifat iblis yang berasa lebih baik daripada Nabi Adam a.s. Sedangkan menjauhi sifat 'aku layak' akan menghampiri sifat 'saya berhajat' - ana faqir. Ana faqir akan menghampiri sifat kehambaan - hamba yang tidak mempunyai apa apa dan sentiasa berhajat kepada Tuannya.

Barangsiapa yang berasa lazat dan indah serta manis pada buah amalan dengan memandang kepada kelebihan kelebihan yang dibukakan pintu baginya melalui amalan, berhati hatilah pada fitnah yang sedang mendatanginya dan memungkinkan tercabut ikhlasnya. Amalan hanyalah alat, sedangkan maksud tujuan adalah Allah SWT. 

Jangan jadikan amalan sebagai maksud tujuan daripada kemanisan, kelazatan dan manfaat manfaat yang terhasil daripada buah buah amalan. 

Alah Taala SWT tidak memandang kepada banyak @ sikit amalan yang kita buat tetapi Allah Taala menilik akan keikhlasan di hati kita...mudahan bermanfaat ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan