JAUHAR FIRD KHOTMUL ANBIYA
JAUHAR FIRD KHOTMUL AULIYA
Sambungan perbahasan yg lalu tentang hakikat muhammadiyah/Jauhar fird
Dan barangsiapa ingin mendalami akan perkara ini
hendaklah ia memahami secara mendalam akan perbahasan hakikat yg dipernamakan dengan jauhar fird (kenabian/kewalian)
itulah martabat kemuncak hakikat dan kemuncak makrifah
alangkah beruntung bagi sesiapa yg dapat melihat penerangan terperinci oleh Sidi Ahsan Albaqili Ra tentang jauhar fird dalam risalahnya yg bernama ‘jauhar fird’
Sesungguhnya hadrah kenabian adalah jauhar fird pd Zatnya
dan berbilang pada Penzahiran dan menifestasinya
Kenabian adalah hakikat yg satu
hanyasanya berbilang itu pada penzahiran dan tajalliyatnya
difahami drpd sudut ini
bahawasanya tiada kenabian melainkan kenabian Baginda Saw
kenabian Nabi2 yg lain adalah menifestasi,penzahiran ,Saluran dan limpahan yg melimpah ruah drpd jauhar fird Nabi Agung yaitu Baginda Saw kepada keseluruhan ummat yg terdahulu adalah utk menzahirkan Umat Nabi Saw
begitu juga hadrah kewalian adalah hadrah kauhar fird
Satu pd zatnya dan tidak menerima akan bilangan drpd mana2 sudut..
banyak pd penzahiran dan menisfitasinya
tidaklah kewalian2 yg ada melainkan adanya mereka drpd percikan2 drpd jauhar fird kewalian (itulah yg dipernamakan khotmul Auliya)
drpd Jauhar fird kewalian agung tersebut melimpah ruah kepada hadrah2 secara khusus sebelum zahirnya hadrah ibu/utama
Dua hadrah kewalian dan kenabian adalah dua hadrah yg berlainan
dan mestilah setiap hadrah tersebut mempunyai Empunya diri yg mendirikan akan hak Allah swt
Hadrah Kenabian itu luas dan hadrah kewalian pula adalah terahsia dan bersifat melimpahkan madad (drpd hadrah jauhar fird kenabian)
sebab itu telah tertulis hikmah ilahi dan telah terdahulu oleh iradah rabbaniyah bahawa akan melaksanakan tanggungjawab martabat kewalian oleh jauhar fird kewalian ...
walaupun keberadaan Nabi Agung sebagai majmak/pengumpul akan segala rahsia hakikat ilahiyah dan kauniyah
hakikat agung yg tidak terpisah drpdnya oleh hakikat2 yg ada sama ada hakikat yg tinggi atau rendah
drpd kerana inilah mendapat penghormatan Tinggi drpd Allah swt terhadap Wali (jauhar fird kewalian) drpd kalangan ummat Baginda saw
bahkan Martabat yg amat tinggi ini yg terahsia ia didalam hakikat Nabawiyah
kerana Baginda Saw majmak/pengumpul akan hakikat Ahmadiyah dan Muhammadiyah
diletakkan Wali khotam yg batin didalam hadrah hakikat Ahmadiyah Baginda Saw (sebahagian drpd sir2 ilahi )
kerana Kerasulan berpangkat wali menegahnya oleh pangkat kewaliannya drpd mendirikan hak2 dalam hadrah kewalian ini
dengan ditetapkan bahawa
jauhar fird kewalian adalah berbeza dengan jauhar fird Kenabian
jika difahami dengan jelas masalah jauhar fird kewalian bahawasanya perkara ini bukanlah mengurangkan akan martabat Baginda Saw apabila diberi taklif kepada khotam keWalian dengan martabat Jauhar Fird kewalian
kerana ia dikira termasuk dalam hadrah khatam kenabian
yaitu termasuk dalam kaedah furu’ yg kembali kepada Usulnya
Dari sudut ini
dapatlah difahami bahawa Baginda memberi madad kepada diri Baginda Saw
seperti disebut didalam ibarat Selawat jauharatul kamal
إفاضتك منك إليك
limpahan daripada kamu dan kepada kamu
berkata Syeikhul akbar lbnu Arabi RA :
bahawasanya khotmul auliya mendapat madad drpd usulnya (khotmul Anbiya)
dan Khotmul auliya melimpahkan/memberi madad kepada keseluruhan hadrah kewalian..
bahawasanya khotmul auliya adalah salah satu keistimewaan diri Khotmul Anbiya
yg diberi tanggungjawab wakil/muqaddam jemaah
sambungan...
VIA~ Zawiyah iraah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan