Suatu ketika saya duduk bersama seorang guru terbuka cerita ismul azhom.. lalu Sang guru berkata pd sy asma(Nama2 Allah) bukanlah hal utama tp hati yg melantunkan asma itu lebjh utama.. lalu dikisahkn pd saya:
Telah mahsyur d bumi arab kisah ini...
pada suatu hari di majlis ilmu telah berhimpunlah semua murid2 di hadapan Sang Guru memberi tausiyah.. Gurunya seorang wali dan ulama besar... selesai majlis mengadaplah seorang demi seorang murid kpd guru.. bermacam2 permintaan.. nak ijazah amalan itu dan ini maka termasuk lah ismul azhom.. maka dapatlah sesetengah murid2 yg cerdas bijak yg telah khatam byk kitab akan amalan ismul azhom.. lalu setelah usai semuanya dtglaa seorang murid dungu yg ahli khidmat gurunya nak jemput makan lepas tausiyah.. (murid dungu ni kurang pandai kurang mengaji kitab dan memilih jln khidmat pd guru.. Dah anak2 murid lain dpt ijazah mcm2 amalan.. lalu sang guru bertanya pula pd murid dungu ni kamu mahu amalan apa pula.. lalu dijawabnya ismul azhom.. maka tergelaklah habis satu kelas pd murid dungu yg berhajatkan ismul azhom.. lalu jawab si guru dengan memanggil si dungu hey bawang -(يا بصل)- yakni bawang di istilah org arab memanggil org2 yg slow lembab semacam merendahkan memperlekeh... tp si dungu dgn gembira dlm hatinya mendapat ismul azhom (dia faham hai bawang يا بصل tu adalah ismul azhom.. ) setelah selesai majlis masing2 murid balik dan beramal lah simurid dgn amalan masing2 yg telah didapatkan dari sang guru...
sama lah.. si murid dungu ni dengan ikhlas nya beramal dan tasdik kalam gurunya tanpa syak bersangka buruk pd gurunya terus beramal hai bawang يا بصل ... dalam tempoh tertentu sehinggalah majlis tausiyah bulan berikutnya.. Alangkah terkejut sang guru melihat murid dungu bercahaya dlm kasyafnya melihat murid dungu telah futuh dan d angkat menjadi wali Allah.. lalu dipanggil semua murid lain satu persatu.. termasuk yg telah d beri ismul azhom.. tp apa habuk pon xberubah.. lalu berkata sang guru apa pon xguna bg ismul azhom tp xada apa...
akhirnya bertanyalah guru kpd murid dungu .. apa yg kamu amal? jwb murid dungu.. apa yg telah guru ajar..
apa yg aku ajar? kata si guru..
jwp murid dungu hai bawang يا بصل
😂😂😂
Nota : bg yg pernah bljr ilmu huruf /hisab jumal dll pasti faham بصل mmpunyai rahsia dan isyarat
ب -يا بصير
ص- يا صبور
ل - يا لطيف
kesimpulannya :
1)hendaklah bersangka baik pd guru..
2) yg utama dlm zikir kpd Allah swt memerlukan hati yang bersih dari penyakit2 dan gharad2 tujuan2..
Bacalah zikir ismul azhom sekalipon klu hati dan niat xbetul xmau nyerr
3) jgn riya dgn ilmu mu dan menghina org yg rendah dari mu..
cerita lama ... sy ingat2 lupa.. klu salah mohon maaf
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan