Ahad, 7 April 2024

AHLI BID'AH

(Nasihat Dan Teguran Murobbina Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah)

Tidak mungkin terhimpun sama sekali Mahabbah Imam Syafie, Imam Nawawi dan baki Imam-Imam ahli hak yang lain, beserta mahabbah dengan golongan yang membenci, menyesatkan dan menolak kalam Imam-Imam. Dan tidak syak lagi bahawa kemuncak tersebut membawa kepada kerugian di dunia dan di akhirat, berdasarkan firman Allah SWT pada hukum Al Quran. Firman Allah SWT;

“ ومن يتولهم منكم فإنه منهم “
“Barangsiapa yang menolong mereka daripada kalangan kamu, maka sesungguhnya dia adalah daripada kalangan mereka”

Inilah sebahagian ungkapan Imam-Imam Islam dalam memberi peringatan supaya tidak bercampur dengan ahli bidaah, bersekongkol dengan mereka, atau berhubung dengan mereka, atau menikahi daripada kalangan mereka, atau sehinggakan salam pun tidak dianjurkan terhadap mereka. 

Telah ditanyakan kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang seseorang yang bertanyakan kepada Ahli Sunnah atau Ahli Ra’yi (pendapat/bidaah), lalu Imam Ahmad bin Hambal menjawab;

لا يُسأل أهل الرأي عن شيء البتة
Tidak dipertanyakan kepada Ahli Ra’yi (bidaah pendapat )sesuatu pun.

Dan Imam Ahmad menambah katanya;

“ ولا تشاور أهل البدع في دينك ، ولا ترافقه في سفرك “
“Jangan kamu bermesyuarat dengan ahli bidaah pada agama kamu, dan jangan jadikan mereka teman dalam safar kamu”

Berkata Fudhail bin Ayyad;
 
“من أحب صاحب بدعة أحبط الله عمله وأخرج نور الإسلام من قلبه “
“Barangsiapa yang suka bersuhbah dengan ahli bidaah, Allah Taala akan membatalkan amalannya, dan mengeluarkan cahaya islam daripada hatinya”

Berkata Imam Syaukani;

“ يستحب ترك السلام على أهل البدع والمعاصي الظاهرة تحقيرًا لهم وزجرًا ، وإن بدأنا المبتدع بالسلام لا نرد عليه “
“Dituntut meninggalkan ucapan salam kepada ahli bidaah dan ahli maksiat yang membuat secara terang-terangan sebagai perlecehan dan teguran terhadapnya, bila ahli bidaah memulai ucap salam, janganlah kita menjawab akannya”

Berkata Ahmad bin Abi Hawari;

" لا تجالسوا أهل البدع ، ولا تبايعوهم ، ولا تشاوروهم ، ولا تناكحوهم ، وإن مرضوا فلا تعودوهم ، وإن ماتوا فلا تشهدوا جنائزهم "
“Janganlah kamu saling duduk bersama ahli bidaah, janganlah kamu bai’ah mereka, jangan bermusyawarah dengan mereka, jangan menikahi mereka, dan jikalau mereka sakit, jangan lawati mereka, dan jikalau mereka mati, jangan menyaksikan jenazah mereka”

Berkata Fudhail bin Ayyad;

“من زوج كريمته – أي إبنته – من مبتدع فقد قطع رحمها
“Barangsiapa mengahwinkan anak perempuannya dengan ahli bidaah, sesungguhnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya itu, kerana selalunya anak perempuan itu akan menuruti suaminya atas bidaahnya”

Berkata Imam Baghawi;
 
“Dan adalah beliau melihat Imam Ahmad solat dibelakang Imam yang zalim, dan tidak melihat dia solat dibelakang ahli bidaah”

Yakni harus solat dibelakang orang yang zalim, dan tiada keharusan solat di belakang ahli bidaah. 

Ditanyakan kepada Imam Malik r.hu tentang bagaimana solat dibelakang ahli bidaah. Beliau menjawab;

“ولا أرى أن يصلى خلفهم”
“Aku tidak berpendapat keharusan solat di belakang mereka”
 
Berkata Imam kita, Imam Al-Ghazali di dalam Kitab Ihya’;

" المبتدع العامي الذي لا يقدر على الدعوة – أي إلى بِدعته – ولا يُخاف الاقتداء به فأمره أهون ، فالأولى أن لا يقابح بالتغليظ والإهانة بل يتلطف به في النصح فإن قلوب العوام سريعة التقلب "
“Awam ahli bidaah yang tidak berupaya untuk mendakyah bidaahnya, dan tidak dibimbangi akan dirinya menjadi ikutan, urusannya lebih mudah diatasi. Maka yang terlebih utama, hendaklah  tidak dilayan dengan tindakan buruk terhadapnya dan menghina akannya, bahkan dengan  kelembutan ketika menasihati akannya, kerana hati orang awam cepat/mudah berubah”

Dan telah menaskan Imam Ahmad pada pelaku bidaah yang tegar berdakyah;
 
" يحبس حتى يكف عنها "
“Ditahan akannya sehinggalah dia berhenti daripada dakyahnya itu”

Dikatakan pada Auzaie;

إن رجلًا يقول أنا أجالس أهل السنة ، وأجالس أهل البدع
Sesungguhnya lelaki itu berkata, “Saya duduk bersama Ahli Sunnah, dan juga ahli bidaah”

Maka Berkata Imam Auzaie;

هذا رجل يريد أن يساويَ بين الحق والباطل
Lelaki ini hendak menyamakan antara yang hak dan yang batil

Berkata Fudhail bin Ayyad;

“ إياك أن تجلس مع صاحب بدعة ، فإني أخشى عليك مقت الله عز وجل “
“Elakkan duduk bersama ahli bidaah, sesungguhnya aku bimbangkan kamu mendapat kemurkaan Allah SWT”

Berkata Abdullah Ibnu Mubarak;

" صاحب البدعة على وجهه الظلمة ، وإن إدَّهن كل يوم ثلاثين مرة "
“Ahli bidaah di atas wajahnya ada kegelapan, biarpun mereka menyapu muka mereka setiap hari 30x”

Berkata Imam Syatibi;

Ahli bidaah mendahulukan hawa nafsunya atas hidayah Tuhannya (agama), adalah ia manusia paling sesat, dan ia menyangka ia berada di dalam hidayah.

Berkata Imam Auzaie;

ظهرت البدع فلم ينكرها أهل العلم صارت سُنَّة
Apabila zahirnya perkara bidaah (ahli bidaah), kemudian tidak mengingkari atasnya ahli ilmu, jadilah ia sebagai Sunnah (ikutan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan