Selasa, 2 April 2024

RUHMU ADALAH HAMBA

Ketahuilah bahawa hakikat dirimu adalah ruh... Ruh yang kenal dirinya dan arif akan Tuhannya.

Namun kini dirimu dibaluti jasad, nafsu, penuh keakuan dan penuh dengan rasa ketuanan.

Maka kembalilah pada asalmu... ruhmu, tinggalkan jasadmu dan keluarlah dari dirimu.

Yakinlah bahawa dirimu hamba Allah... DIA yang menggerakkanmu, menjagamu dan melindungimu.

Tuhanmu hanya Allah, bukan nafsumu, nafsumu itu ingin jadi tuan, maka lawanlah nafsumu dengan buang iradat serta Allah, kerana dirimu hamba Allah.

Jadilah hamba sebenar, bukan hamba yang derhaka.

Bebaskan dirimu dari belenggu nafsu.

Beribadahlah kepada Allah semata-mata hamba padaNYA. 

"Beramal jangan sampai terlihat akan manfaat pada amal...
 Beramal jangan sampai terhenti pada manfaat dan kemanisan...
 Beramal jangan sampai diri melihat maqam dengan amal...
 Beramal hanya semata-mata untuk menzahirkan kehambaan dan menzahirkan syariat"

Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy حفظه الله تعالى

t.me/darulhuda_walirsyad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan