Sabtu, 6 April 2024

AMALAN "SELAWAT AL-FATIH" ADALAH HASIL DARIPADA IBADAH WALI ALLAH SELAMA 20 TAHUN

Ini adalah _sighah_ (bentuk lafaz) selawat ke atas Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم yang sangat tinggi martabatnya dan agung (besar) nilainya.

Telah berkata pengarang _Kitab Wardah Al-Juyub_ bahawa sesungguhnya Al-Imam Al-Bakri (Mustafa Al-Bakri) قدس الله سره telah menetap di _Al-Haram_ (Makkah) beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى selama 20 tahun.

Agung (besar lagi mulia) permohonannya agar Allah سبحانه وتعالى mengajarnya satu _sighah_ selawat ke atas Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Maka telah turunlah ke atas nya lafaz _sighah_ selawat yang mulia ini _(Selawat Al-Fatih)_ pada sehelai lembaran kertas daripada syurga.

Tanda bahawa ianya adalah _Lembaran Kertas Al-Ilahiyyah_ (kertas daripada syurga / daripada _hadhrah_ yang tinggi) adalah; ianya dapat dibaca daripada setiap sudutnya.

Telah berkata Al-Imam Mustafa Al-Bakri قدس الله سره :

"Sesiapa yang membaca selawat ini satu kali tetapi dia tidak masuk syurga, maka dia peganglah aku (tahan aku) di hadapan Allah".

Ini lah _sighah_ selawat tersebut:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ،  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ،  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ.

- Terjemahan: Al-Faqir Raja Mahadi Raja Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan