اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Maksud GHURUR (terpedaya) ialah pegangan/iktikad atas sesuatu perkara menyalahi hakikat sebenar. Sesungguhnya orang yang terpedaya ialah orang yang meyakini bahawa pembukaan yang dia perolehi adalah berdasarkan khasiat, umpamanya zikir.
Maka dia akan mengerahkan keseluruhan himmahnya dan umurnya untuk tujuan seumpama yang tersebut, dan menyangka amalannya itu adalah ibadah terhadap Tuhannya, dan mengira dirinya daripada kalangan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah SWT dan dia berlazat-lazat dengan zikir-zikir tersebut pada keseluruhan waktu-waktunya.
Apabila semakin bertambahnya amalannya maka semakin jauh dirinya daripada hadrah Tuannya kerana sesungguhnya dia telah menebalkan hijab dirinya dengan himmah dan niatnya.
💓💕 Sidi Baqri Al Fassi
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan