"..Maka Thoriqah Tijaniyyah diperlakukan dengan penuh kelembutan melalui tangan Rasulullahﷺ..
..kemuncak Thoriqah ini beribadah tanpa sebarang kehendak sebagaimana Sahabat rhm..
...Maka Thoriqah Tijaniyyah merupakan hidangan(sesuatu yg sentiasa didlm pandangan) Rasulullahﷺ sebagai hidangan kemuliaan & kelebihan, bukannya hidangan dlm bentuk taklif(pertanggungjawaban syara') & dlm bentuk amalan..
..tidak didatangkan(Thoriqah Tijaniyyah) melainkan kpd mereka yg telah diseru pada azali lg melalui hikmah(kebijaksanaan Allah) yg tidak perlu didirikan sebarang pembuktian(atas kelayakkan memasuki Thoriqah ini)
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
Serulah kepada jalan tuhanmu dengan HIKMAH
..berkata Sheikh Ahmad AtTijani ra
"..HIKMAH ialah menyeru(menarik) kpd Allah melalui kurniaan Allah & kerana Allah semata² tanpa memerlukan dalil & jg hujah..
..Ini(hikmah) merupakan satu martabat sangat sukar yg tidak mungkin diperkenankan(utk mencapai martabat ini) melainkan mereka dari kalangan Ashfia'(yg benar² jernih batin & sirr) dari kalangan mereka yg tetap didlm Hadrah Allah..
Kata Sidi AlHajj AlAhsan AlBa'qili ra..
"..Seumpama Abu Bakar AsSiddiq ra iaitu Imam Mulamatiyyah (mereka yg tidak terzahir pd diri mereka sebarang kelebihan & keistimewaan)..
BAHKAN..
semata² pertemuan dgn Rasulullah lalu sabda Baginda..
AKU RASULULLAH
..maka sahut Sayyidina Abu Bakar ra..
DAKU BERIMAN KPD ALLAH, DAN DAKU MEMBENARKAN BHW ENGKAU ADALAH UTUSANNYA tanpa soal selidik tanpa renungan, tanpa perlu bertanya "bagaimana?", "bila?" &"kenapa?"...
..bahkan beliau bagaikan dicelup(lalu bertukar) zat, aqal & ruhnya secara keseluruhannya sekali gus..
..kerana beliau telah mewarisi pd azali lg perkara berkaitan keimanan kpd Rasulullah yg dikalau dibentangkan perkara ini nescaya lelahlah para sahabat & selain sahabat rhm.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan