Khamis, 4 April 2024

LAILATUL QADR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala ketika mengkomentar tentang Lailatul Qadr menyatakan bahawa Sayyidatina Aisyah radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang apakah yang harus dilakukannya seandainya beliau menemukan Lailatul Qadr. Maka dijawab oleh Baginda ﷺ kepada Aisyah r.a :~

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني قال أبو

Kata Aisyah radhiallahu ‘anha; “Wahai Rasulullah! Jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan (doa)?” Baginda menjawab: “Ucapkanah; “Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi).

Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala menyimpulkan bahawa, hanya itulah yang sahabat mohon daripada Allah Ta'ala, KEAMPUNAN.

Bagi seorang HAMBA, memelihara niat pada menggandakan amalan pada malam-malam terakhir Ramadhan hanyalah sekadar menzahirkan kesyukuran atas kurniaan Allah Ta'ala yang besar, disamping hanya memohon keampunan dari Tuannya yang Maha Pengampun. Itu sudah memadai untuk dirinya pada malam Al Qadr. Demikian itulah yang dimaklumkan oleh Murobbina. 

Semoga Allah Ta'ala memelihara kami semua dari tujuan-tujuan dan habuan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan