Sabtu, 27 April 2024

π—§π—”π—¨π—¦π—œπ—¬π—”π—› π—¦π—¬π—˜π—œπ—žπ—› π—¦π—œπ——π——π—œπ—€ π—”π—Ÿ π—›π—”π—¦π—”π—‘π—œ π—”π—Ÿ π— π—”π—Ÿπ—œπ—žπ—œ


CATATAN TAUSIYAH SYEIKH SIDDIQ AL HASANI

Sesungguhnya ALLAH mendirikan agamanya dari 3 rukun utama. Siapa yang tidak mendirikan salah satu dari 3 rukun ini maka akan rosaklah agama ini. 3 rukun utama : 

1. Islam - Islam itu berkaitan dgn anggota luar badan ( yang zahir) . Serah diri pada Tuhan,jadikan badan utk taat pada ALLAH seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Jalan nya adalah Feqah.
2. Iman - percakapan ALLAH kepada akal kita. Bahawa kita menyembah ALLAH dgn akal. Itu dinamakan Aqidah. Serah akal dan hati hanya pada ALLAH. Berpegang teguh dengan sifat ALLAH. Jalannya Tauhid.
3. Ihsan - adalah berkaitan dgn roh. ALLAH bercakap dgn roh, Wahai orang beriman – hendaklah kamu taat dan beribadah pada ALLAH dengan rohmu. Jalannya Tasawwuf. 

- Tasawuf - Jika mereka yang mengaku sebagai ahli sufi tetapi tidak mengambil ketiga-tiga rukun ini hanya mengambil jalan tasawuf maka mereka berdosa besar di sisi ALLAH. 

- Pesan guru-guru kami – guru-guru yang di anggap wali ALLAH juga hanya berkata kami ini hanya mencintai ahli sufi tapi bukan ahli sufi. Kerana takutnya dengan gelaran ahli sufi. Tapi kita zaman ini mengaku diri sebagai ahli sufi tapi kita tidak taat dan beriman pada ALLAH dengan sebenar2 ibadah. Badan tidak cukup beribadah. Hati kita lalai drpd ALLAH. Ini bukan lah ahli tasawwuf. 

- Tasawwuf adalah ilmu yg sangat hebat. Maqam tingkatan yang sangat tinggi. Maka tidak boleh manusia meremehkan ilmu tasawuf kerana ilmu ini akan meningkatkan roh kita kepada tahap kehambaan yang tinggi. 

Makna Tasawuf : ,Ψͺءوف

• TA’ – Taubat – membersihkan jiwa dr maksiat dan dosa. Jalan Sufi ini seolah-olah menuju ke hadrat ALLAH. Maqam taubat ini sangat tinggi dan agung. Nabi bertaubat pada ALLAH 70 kali setiap hari. Bagaimana kita umat Nabi? Ada 4 syarat utk taubat.  

1. Mengeluarkan segala dosa dari diri kita. Membersihkan diri dari segala dosa. 
 2. Al-Islah – Minta maaf dari segala dosa. Mendamaikan dan menyelesai kan segala yang berlaku (dosa-dosa kita). Menyelesaikan dosa-dosa yang telah kita buat. Minta maaf pada orang yang telah kita berbuat dosa. Ibu bapa dan lain-lain. 
3. Memperbanyakkan istighfar ( minta ampun dari ALLAH) . Orang mukmin melihat dosa yg sangat banyak setinggi bukit seolah menghempap kepala. Orang musyrik sebaliknya. Seolah tidak merasa dosa yang banyak.
4. Berazam untuk tidak mengulangi dosa yang sama. Taubat sebenarnya taubat. 

• SHOD – Assofa ( bersih) - membersihkan jiwa dari dosa dgn ALLAH dan makhluknya. Sufi yang sebenar melihat bala dan ujian itu adalah nikmat untuknya. Nikmat menerima segala bala dan ujian sama seperti nikmat menerima kegembiraan. Ini adalah ahli sufi yang sebenar. Ahli sufi tidak membenci orang kafir atau ahli bidaah dengan diri dan zat mereka tetapi hanya sifat perbuatan mereka. Tidak membenci orang lain dan bersangka baik dengan ALLAH dan makhlukNya. 

• WAU – Wilayah – merasa diri dekat dengan ALLAH. Wilayah ini mewajibkan kita menjaga anggota luar dan dalam. Wali adalah ahli yang bersih, yang suka membantu, yang inginkan kebaikan kepada semua makhluk ALLAH dan orang yg mendahulukan orang lain lebih dari dirinya. Wilayah ada martabat-martabatnya. 

• FA’ – Fana’ – menghilangkan rasa cinta dunia dalam dirinya. Menghilangkan rasa cinta pada dirinya, amalan nya dan hanya melihat semua perkara ini adalah perbuatan ini adalah dari ALLAH. Tidak mengharap apa-apa dari ALLAH. Menjadi hamba yang hakiki. Tidak mengharap balasan atau apa ganjaran dari ALLAH. 

- Maka jadilah ahli taqwa – Taqwa adalah taat pada ALLAH zahir dan batin. 4 bahagian taqwa – mengerjakan yang taat, menjauhkan yang haram, zahir dan batin. 

- Memerlukan guru yang membimbing – ALLAH mendidik kita dengan wasilah perantara sepertimana ALLAH menyampaikan wahyu kepada RASULULLAH dengan wasilah perantara nya adalah Malaikat Jibrail. Jika tiada guru yang memandu maka Syaitan akan memandu kita. Guru akan meningkatkan martabat kita. 

- Martabat Tasawwuf - Takut, Pengharapan, Syukur, Zuhud, Tawakkal, Sabar, Redha, Mahabbah

- Jadilah kita hanya pencinta kepada Ahli Tasawwuf kerana jalan kita masih Panjang untuk menggapai maqam tasawwuf ini.

Khadam Ilmu
Siti Aishah Johari 
BAYT ASSAYYIDAH KHADEEJAH AL KUBRO
21 /8/2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan