Khamis, 25 April 2024

*RAHSIA (ḤAQĪQAH) SILSILAH NASAB KETURUNAN BAGINDA NABI MUḤAMMAD ﷺ*

Ini adalah tulisan As-Sayyid Asy-Syarīf Aḥmad Al-Hādī Al-Ḥasanī Al-Maghribī At-Tijānī _ḥafiẓahullāh_ di dalam penerbangan Beliau dari Malaysia ke Maghribi pada Selasa : 7 Syawwāl 1445H : 16 April 2024M
____________________________________

بسم الله الرحمٰن الرحيم
وصلَّى الله على سيدنا محمد الفاتحِ الخاتمِ وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

ومن فضائل البلاد التونسية - أذهب الله عنها البلية وردَّ بها إلى السُنة المحمدية - دخول ريحانتي رسول الله صلى الله عليه وسلم أي سادتنا الحسن والحسين

*KELEBIHAN BUMI TUNISIA*

Antara kelebihan-kelebihan negeri Tunisia (terletak di Afrika utara berhadapan laut _Mediterranean)_ ialah – Allāh ﷻ telah menghapuskan bala bencana daripada Tunisia dan mengembalikannya kepada _sunnah al-muḥammadiyyah_ – (dengan) kemasukan dua aroma wangian (haruman) Baginda Rasūlullāh ﷺiaitu _sādatunā;_ al-Ḥasan dan al-Ḥusain رضی اللہ عنہما.

أرضها مصحوبين بجمع من أعيان الصحابة الكرام منهم ساداتنا عبد الله بن عباس ترجمان القرآن وعبد الله بن جعفر الذي قال المصطفى صلى الله عليه وسلم في أبيه :

أشبهتَ خَلْقِي وخُلُقِي ، فقام فحجل أي رقَص رقْص الأحباش فرحًا بلذة الخطاب ،

Bumi Tunisia disertai (dimasuki) sejumlah daripada kalangan Para Sahabat Baginda Rasūlullāh ﷺ yang mulia antaranya ialah _sādātunā;_ ᶜAbdullāh bin ᶜAbbās رضی اللہ عنہ pentafsir _al-Qur’ān_ dan ᵓAbdullāh bin Jaᵓfar رضی اللہ عنہ yang mana telah bersabda _al-Musṭafā_ Baginda Nabi ﷺkepada ayahnya (Jaᵓfar رضی اللہ عنہ):

_“Engkau (wahai Jaᵓfar) adalah orang yang paling menyerupai rupa paras zahirku (jasadku) dan akhlāqku”._

Lalu dia berdiri kemudian melompat iaitu menari dengan tarian orang-orang _Ḥasbyah_ kerana kegembiraan dengan kelazatan ucapan Baginda Nabi ﷺ itu.

_*Nota Kaki (1)*_

ذكر ابن خلدون وغيره من أهل التواريخ أن جيش عقبة بن نافع في إفريقية كان عشرة ألاف ولم يستطع فتحها ، وصالح أهلها على مال يؤدونه ، ثم إستأذن عبد الله بن أبي السرح أن يذهب لفتح إفريقية ، وطلب منه أن يُمدّه بجيش من المدينة ، فأرسل له عثمان جيشًا فيه عبد الله بن عباس والحارث بن الحكم بن أبي العاص وعبد الله بن جعفر بن أبي طالب والحسن والحُسين

Telah menyebut Ibn Khaldūn dan selainnya daripada Ahli-Ahli Sejarah bahawa sesungguhnya tentera ᵓUqbah bin Nāfiᵓ رضی اللہ عنہ di Afrika berjumlah 10 ribu orang tetapi tidak mampu membuka Afrika (ketika itu Afrika dikuasai oleh _Rom Byzantine_ yang beragama Kristian), mereka (Sayyidinā ᵓUqbah رضی اللہ عنہ dan tenteranya) telah membangun infrastruktur penduduk di situ dengan dana daripada mereka (Islām) sendiri.

Kemudian Sayyidinā ᵓAbdullāh bin Abī as-Saraḥ رضی اللہ عنہ telah memohon izin daripada Khalīfah ᵓUthmān bin ᵓAffān رضی اللہ عنہ untuk pergi membuka Afrika. Beliau telah meminta Khalīfah ᵓUthmān bin ᵓAffān رضی اللہ عنہ untuk mengirimkan kepadanya bantuan tambahan tentera dari Madīnah, lalu Sayyidinā ᵓUthmān bin ᵓAffān رضی اللہ عنہ telah mengutus kepadanya tentera yang disertai oleh ᵓAbdullāh bin ᵓAbbās رضی اللہ عنہ, al-Ḥārith bin al-Ḥakam bin Abī al-ᵓĀs رضی اللہ عنہ, ᵓAbdullāh bin Jaᵓfar bin Abī Ṭālib رضی اللہ عنہ, al-Ḥasan رضی اللہ عنہ dan al-Ḥusain رضی اللہ عنہ. _*(Berakhir Nota Kaki 1)*_

قلت وكان عبد الله أشبه الناس بأبيه ، ولذا إفتُتنت نساء إفريقية بجماله حتى هربت إليه بنت ملكهم الأعظم أي ملك المعلقة يعني قرطاجنة

Aku (as-Sayyid Aḥmad al-Ḥādi al-Ḥasanī) mengatakan : ᵓAbdullāh (anak Jaᶜfar) itu adalah orang yang paling menyerupai (paling seiras) dengan bapanya (Jaᵓfar). Kerana itulah terfitnah perempuan-perempuan Afrika dengan keindahannya (ᵓAbdullāh) sehingga telah lari kepadanya anak perempuan raja mereka yang agung iaitu Puteri Mahkota _Qarṭājinah (Carthagena)._

قلت ، ولم تثبت مجاوزة هؤلاء السادات الكرام لبلاد إفريقية إذْ لم يثبت توغلهم في باقي البلاد المغربية يعني المغرب الأوسط والأقصى ، وهذا فضل خص الله به البلاد القَيْرَوَانِيَّة ، وأما ما سبقها من بلادٍ كمصر وطرابلس فقد كانوا رضي الله عنهم عابرين أرضها لا غير

Aku (as-Sayyid Aḥmad al-Ḥādi al-Ḥasanī) mengatakan: Tidak sabit (tiada fakta yang kukuh) bahawa mereka para _sādah_ yang mulia melepasi negeri-negeri Afrika kerana tidak sabit mereka telah menembusi ke negeri-negeri _Maghribiyyah_ (Barat yakni Afrika) yang lain yakni Afrika Tengah dan Afrika Selatan.

Ini adalah kelebihan (keistimewaan) yang telah dikhususkan oleh Allāh ﷻ padanya bagi negeri _al-Qairawāniyyah_ (Tunisia : Afrika Utara). Adapun negeri yang telah dilalui sebelumnya oleh mereka seperti Mesir dan Tripoly (Libya), mereka hanya melintasinya sahaja dan tidak lain daripada itu.
 
أورد شيخنا التجاني مُقتديًا في ذلك بمرويات القوم رضي الله عنه وعنهم - ولا عبرة فيما يرويه السادة الأكابر بما تواطئ عليه أهل الصناعة الحديثية وما إشترطوه لإثبات حديث ما ،

*CAHAYA BAGINDA NABI ﷺ DAN CAHAYA SAYYIDINĀ ᵓALĪ رضی اللہ عنہ*

Telah menyampaikan Syaikhunā at-Tijānī رضی اللہ عنہ berkaitan perkara itu dengan riwayat-riwayat yang diriwayatkan oleh _al-Qaum_ (para _Ṣūfī_) رضی اللہ عنہم – tidak diambil kira pada apa yang diriwayatkan oleh para _sādah al-akābir_ dengan apa yang yang telah dikomplot (pakatan sulit) oleh si pereka _Ḥadīth_ dan tidak disyaratkan mereka itu bagi pensabitan sesuatu Ḥadīth,

إذْ يكفي إيرادهم لحديث ما حتى يثبت عند أرباب القلوب والعقول - " كنت أنا و علي نورين بين يدي الله تعالى ثم أودعنا في صلب آدم ، فلم يزل ينقلنا من صلب إلى صلب إلى عبد المطلب ، فخرجت في عبد الله و خرج علي في أبي طالب ، ثم اجتمع نُورانا في الحسن والحسين ، فهما نوران من نور رب العالمين

kerana cukuplah penyampaian para sādah al-Akābir (para Wali Allāh yang agung) bagi sesuatu al-Ḥadīth sehinggalah ianya disabitkan di sisi para Ahli al-Qulūb dan al-ᵓUqūl (Ahli Rohani dan Akal yakni: para Auliyā’) - :

Telah bersabda Baginda Nabi ﷺ:

_“Telah jadilah aku (Baginda Nabi ﷺ) dan ᵓAlī dua cahaya di hadapan Allāh ﷻ kemudian Allāh ﷻ telah meletakkan kami di dalam ṣulbi Ādam علیہ السلام. Tidak putus (berterusan) berpindahnya kami daripada satu ṣulbi ke satu ṣulbi sehinggalah ke ᵓAbdul Muṭṭalib (Datuk Baginda Nabi ﷺ), maka aku telah keluar daripada ᵓAbdullāh dan telah keluar ᵓAlī daripada Abī Ṭālib. Kemudian telah bersatu kedua-dua cahaya kami pada al-Ḥasan dan al-Ḥusain, kedua-dua cahaya ini adalah daripada cahaya Tuhan sekalian alam”._

وهذا الإقتران النوراني بين الحقيقة المحمدية وهي الجامعة والحقيقة العلوية وهي فرعها المُعدُّ لحمل جلالها - أي جلال الحقيقة المحمدية - عند الظهور الطيني سببه أن عينية الرحمانية المحمدية الجمالية مانعة لها من مخالطة الجلال فأُنيبت عنها ومنها الحقيقة العلوية لتكون مظهر الجلال الإلهي ،

Pendampingan dua cahaya ini antara; (Pertama) _“al-Ḥaqīqah al-Muḥammadiyyah”_ iaitu teras asal dan (Kedua) _al-Ḥaqīqah al-ᵓAlawiyyah_ iaitu cabangnya yang telah disiapkan (_al-Ḥaqīqah al-ᵓAlawiyyah_ itu) untuk menerima _Jalālnya_ – iaitu _Jalāl al-Ḥaqīqah al-Muḥammadiyyah_ – ketika penzahiran _aṭ-ṭīnī_ (tanah : kelahiran jasad).

Sebabnya ialah sesungguhnya _dzat_ diri Baginda Nabi ﷺyang berbangsa _ar-Raḥmāniyyah al-Jamāliyyah_ (berbangsa _tajallī-tajallī Jamāl_ yakni kelembutan dan keindahan) menghalang untuk _dzāt_ dirinya itu daripada bercampur dengan _al-Jalāl_ (sifat _tajallī-tajallī Jalāl_ yakni kekerasan : yang berlawanan dengan _al-Jamāl_).

Maka telah diwakilkan (untuk menanggung/membawa _tajallī-tajallī Jalāl_ ini) kepada _al-Ḥaqīqah al-ᵓAlawiyyah_ agar menjadi _maẓhar_ (tempat penzahiran) _al-Jalāl al-Ilāhī_ (sifat-sifat _al-Jalāl_ Tuhan).

وبقي هذا الإنجماع المحمدي العلوي من طور الغيب إلى عالم الظهور ، فسكن الصلب الآدمي وتقلب في جميع أصلاب السلسلة الطاهرة وصولاً إلى الصلب الجامع الأخير أي عبد المطلب ومنه تفرَّق النوران : الجمالي إلى صلب عبد الله والجلالي
إلى صلب أبو طالب ،

Telah kekallah penyatuan _al-Muḥammadī al-ᵓAlawī_ ini daripada peringkat Alam Ghaib (lalu ianya muncul) ke Alam Penzahiran (Alam Nyata).

Maka telah menetaplah ia pada _ṣulbī_ anak-anak _Ādām_ dan ianya telah berpindah-pindah pada sekalian _ṣulbī-ṣulbī_ silsilah keturunan yang suci serta sampai ke _as-Ṣulbi al-Jāmiᶜ al-Akhīr_ _(Ṣulbī Penyatuan Yang Terakhir)_ iaitu ᵓAbdul Muṭṭalib (Datuk Baginda Nabi ﷺ) dan daripada Beliaulah telah terpisah dua cahaya iaitu:

1. Cahaya _al-Jamālī_ (keindahan/kelembutan) ke _ṣulbī_ ᶜAbdullāh (Ayah Baginda Nabi ﷺ)

2. Cahaya _al-Jalālī_ (keagungan/kekerasan) ke _ṣulbī_ Abū Ṭālib (Ayah Sayyidinā ᵓAlī رضی اللہ عنہ)

وهذا الإفتراق من لوازم إنجماع النورين بعد ذلك في علي وفاطمة إذْ لو لم يتفرق النوران عند هذا الحدَّ ما جاز شريعةً للنورين المذكورين التزاوج والإندماج من جديد وبالتالي ظهور حامل الجمال المحمدي أي الحسن وحامل الجلال العلوي أي الحسين ،

*SAYYIDINĀ ᶜALĪ رضی اللہ عنہ & SAYYIDATINĀ FĀṬIMAH رضی اللہ عنہا (PERINGKAT PEMISAHAN CAHAYA)*

Pemisahan ini termasuk daripada kelaziman (kemestian) penyatuan dua cahaya selepas itu yang berlaku pada Sayyidina ᵓAlī رضی اللہ عنہ dan Sayyidatinā Fāṭimah رضی اللہ عنہا, kerana sekiranya tidak terpisah dua cahaya itu pada tahap ini, tidak boleh secara _syarīᵓah_ (hukum zahir) bagi kedua cahaya yang disebutkan itu saling bersatu dan bergabung pada kewujudan yang baru, seterusnya berlakulah penzahiran (diri);

1. Yang menanggung (membawa) _Al-Jamāl al-Muḥammadī_ iaitu: Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ

2. Yang menanggung (membawa) _Al-Jalāl al-ᵓAlawī_ iaitu: Sayyidinā al-Husain رضی اللہ عنہ

(Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ adalah abang kepada Sayyidinā al-Ḥusain رضی اللہ عنہ. Perbezaan umur antara mereka berdua hanya satu tahun - _penterjemah_).

ولذا قال صلى الله عليه وسلم إشارة إلى مثل هذا " لو لم يخلق الله عليًّا لم يكن لفاطمة كفؤٌ " فردَّ صلى الله عليه وسلم لأجل ذلك كل من خطبها من أعيان الصحابة الكرام كالصديق والفاروق وغيرهم

Kerana itulah Baginda Nabi ﷺ telah bersabda secara isyarat kepada permisalan ini:

_“Sekiranya Allāh tidak mencipta ᵓAlī, nescaya tiadalah bagi Fāṭimah itu yang sekufu dengannya”._

Maka disebabkan itulah Baginda Nabi ﷺ telah menolak setiap sesiapa yang ingin meminang Sayyidatinā Fāṭimah رضی اللہ عنہا daripada kalangan para Sahabat رضی اللہ عنہم yang mulia seperti Sayyidinā Abu Bakr aṣ-Ṣiddīq رضی اللہ عنہ, Sayyidinā ᵓUmar al-Fārūq رضی اللہ عنہ dan selain mereka.

وحاملَيْ الجمال المحمدي والجلال العلوي أي ساداتنا الحسن والحسين هما اللذان أُنيبا في إيصال المددين المذكورين إلى الجميع ،

*MADAD AL-ḤASANI (AL-JAMĀL) DAN MADAD AL-ḤUSAINI (AL-JALĀL)*

Dua diri yang menanggung (membawa) _Al-Jamāl al-Muḥammadī_ dan _Al-Jalāl al-ᵓAlawī_ iaitu _sādātunā al-Ḥasan dan al-Ḥusain رضی اللہ عنہما. Kedua-dua mereka telah diwakilkan di dalam penyambungan dua _madad_ (limpahan rohani) yang disebutkan tadi kepada sekalian (insan).

فلذا كانت طرق الجمال أي طرق الشكر راجعة إلى الحضرة الحسنية المُحمدية 

Maka disebabkan itulah _ṭuruq al-Jamāl_ (_ṭarīqah-ṭarīqah ṣūfī_ yang berbangsa _al-Jamāl_) iaitu _ṭuruq asy-Syukr_ ianya kembali ke _al-Ḥaḍrah al-Ḥasaniyyah al-Muḥammadiyyah._

وطرق الجلال أي المجاهدة راجعةً إلى الحضرة الحسينية الجلالية

Manakala _ṭuruq al-Jalāl_ (_ṭarīqah-ṭarīqah ṣūfī_ yang berbangsa _al-Jalāl_) iaitu _al-Mujāhadah_ ianya kembali ke _al-Ḥaḍrah al-Ḥusainiyyah al-Jalāliyyah._

- Dua _tajallī_ (penzahiran) Allāh ﷻ yang besar pada alam dan seluruh makhluk ini terbahagi kepada dua iaitu _tajallī_ berbangsa _al-Jamāl_ (Keindahan) yang bersifat seperti kelembutan, kemudahan, ketenangan, kebahagiaan.

Manakala satu lagi adalah yang bersifat _al-Jalāl_ (Keagungan) yang bersifat seperti kekasaran, kesukaran, kekacauan dan kedukaan.

Kedua-dua _tajallī_ ini sifatnya saling berlawanan yang menunjukkan _al-Kamāl_ (kesempurnaan) Allāh ﷻ di dalam ciptaanNya – penterjemah).

فكانت طرق الشكر جذبًا وفضلاً

Maka jadilah _Ṭarīqah-Ṭarīqah asy-Syukr (syukur)_ itu sebagai suatu jalan _jadzbah_ (tarikan: sentapan tarikan _aḥwāl_ kerohanian oleh Allāh ﷻ secara pantas dengan dibukakan ḥijāb) dan _faḍl_ (kurniaan).

وكانت طرق المجاهدة سلوكًا وتعمُّلا

Dan jadilah _Ṭarīqah-Ṭarīqah al-Mujāhadah_ itu sebagai suatu jalan _sulūk_ (banyak ber_mujāhadah_ nafsu) dan _taᵓammul_ (kesungguhan banyak beramal).

وعُلوية الحضرة الحسنية نسبًا ومددًا لا تخفى على أحد لشَبَهِيَّةِ الحسن بالذات المحمدية روحًا وبدنًا ،

*SAYYIDINĀ AL-IMĀM AL-ḤASAN رضی اللہ عنہ*

Ketinggian _al-Ḥaḍrah al-Ḥasaniyyah_ secara _nasab_ (keturunan) dan _madad_ (bantuan limpahan kerohanian) tidak tersembunyi (jelas) ke atas setiap seseorang kerana keserupaan (iras) Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ itu dengan _adz-Dzāt al-Muḥammadiyyah_ (diri Baginda Nabi ﷺ) adalah secara roh dan badan (jasad).

قال ﷺ لعلي : " الحسن مني والحسين منك "

Telah bersabda Baginda Nabi ﷺ kepada Sayyidinā ᵓAlī رضی اللہ عنہ:

_“Al-Ḥasan itu adalah daripadaku dan al-Ḥusain itu adalah daripadamu”._

وقال العارف الأكبر والصديق الأنور سيدنا أبو بكر الصديق وهو حامل للحسن على عاتقه " بأبي شبيه بالنبي ، ليس شبيه بعلي " وسيدنا علي يضحك من ذلك

Telah berkata _al-ᵓĀrif al-Akbar wa aṣ-Ṣadīq al-Anwar_ _(Diri Yang Mengenal Allāh Yang Maha Besar dan Teman Setia Baginda Nabi Yang Paling Bercahaya)_ iaitu Sayyidinā Abū Bakr Aṣ-Ṣiddīq رضی اللہ عنہ yang mana pada ketika itu Beliau sedang mendukung Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ di atas bahunya:

_“Demi bapaku (bahawa al-Ḥasan ini) menyerupai rupa Baginda Nabī, tidak menyerupai ᵓAlī”._

Lalu Sayyidinā ᵓAlī رضی اللہ عنہ tertawa mendengar ucapan itu.

وقال باب مدينة العلم: " كان الحسن أشبه الناس برسول الله ﷺ من وجهه إلى سرته ، وكان الحسين أشبه الناس به ما أسفل من ذلك "

Telah berkata _Pintu Kota Ilmu_ (Sayyidinā ᵓAlī رضی اللہ عنہ):

_“Al-Ḥasan itu adalah insan yang paling menyerupai (paling seiras) dengan Baginda Rasūlullāh ﷺ daripada wajahnya hingga ke pusatnya. Manakala al-Ḥusain pula adalah insan yang paling menyerupai (paling seiras) dengan Baginda Rasūlullāh ﷺ apa yang bawah daripada itu (daripada pusat hingga ke kaki)”._

فقد كانت شمائل سيدنا الحسن مطابقة للشمائل المحمدية خَلقًا وخُلُقًا ،
 
Maka sesungguhnya jadilah _syamā’i_l (kesempurnaan) Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ itu sepadan dengan _asy-Syamā’il al-Muḥammadiyyah_ (kesempurnaan Baginda Nabi ﷺ) pada ciptaan zahir (jasad) dan _akhlāq._

إذْ كان رضي الله عنه وسيمًا جميلًا ، أبيض مشربًا بحمرة ، أدعج العينين ، سهل الخدين ، دقيق المسربة ، كث اللحية ذا وفرة ، عظيم الكراديس ، بعيد ما بين المنكبين ، ربعة ليس بطويل ولا قصير ، جعد الشعر، يضرب شعره منكبيه ، حسن البدن ، يختتم في يساره

Kerana Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ adalah seorang yang kacak lagi indah, kulitnya putih kemerah-merahan, hitam pekat kedua-dua matanya, pipinya rata dan halus, bulu dadanya halus, janggutnya tebal, rambutnya _wafrah_ (menutupi dua daun telinga), besar tulang sendinya, jauh di antara kedua-dua bahunya (bidang), _rabᵓah:_ tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, rambutnya bergelombang, memukul-mukul rambutnya akan kedua-dua bahunya, cantik bersih badannya, bercincin pada jari tangan kirinya.

_*Nota Kaki (2)*_

وهي السنة عند أهل بيت النبوة خاصة والهواشم عامة زيادة على أهل المدينة وحتى من نصَّ على خلاف ذلك أي السادة الشوافع ، فإمامهم أي الشافعي على مذهب أهل بيت النبوة في التختم في اليسار وإن كان مشهور المذهب غير ذلك ، قلت ويتوجب ذلك في هذا الوقت مخالفة ونكاية في الرافضة الذين يتغالون في التختم يمينًا فالتختم يمينًا في الخنصر ليس زينةً وإنما ختمًا للرسائل والكتب ونحو ذلك ، وهو الذي كان نقشه محمد سطر / رسول سطر / الله سطر ، وهو الذي نهى صلى الله وسلم عن إتخاذِ ونقشِ مثله ، وهل النهي مطلقًا أو مُؤقتًا قولان

Bercincin pada jari tangan kiri itu adalah _sunnah_ di sisi _Ahlul-Bait_ (keluarga) Baginda Nabi ﷺ secara khususnya dan _Hawāsyim_ (daripada jalur keluarga datuk Baginda Nabi ﷺ iaitu _Hāsyim_) secara umumnya sebagai suatu tambahan (keistimewaan) ke atas _Ahli Madīnah._

Bahkan sehingga para _sādah asy-Syawāfiᵓ_ (para _ᵓulamā’ Madzhab Syāfiᵓiy_ telah me_naṣ_kan (menyebutkan) pada menyalahinya, kerana _imām_ mereka iaitu _al-Imām asy-Syāfiᶜiy_ berada pada _madzhab Ahlul-Bait_ Baginda Nabi ﷺ pada mengamalkan bercincin di jari tangan kiri, walaupun pendapat _masyhūr_ di dalam _Madzhab Syāfiᵓiy_ sendiri adalah tidak sebegitu.

Aku (As-Sayyid Aḥmad Al-Ḥādī Al-Hasanī) berkata bahawa: Diwajibkan sebegitu pada waktu itu adalah sebagai suatu (penzahiran di dalam) menyanggahi (kebiasaan) golongan _ar-Rāfiḍah (Syīᵓah Imāmiyyah)_ yang saling berlebih-lebihan di dalam bercincin pada jari tangan kanan. 

Maka bercincin pada jari kelingking di tangan kanan bukanlah sekadar sebagai suatu hiasan sahaja tetapi sebagai _khatam_ (cop mohor : _stamp_) bagi surat-surat, kitab-kitab dan lain-lain. Pada cop mohor Baginda Nabi ﷺ itu terukir padanya محمد satu baris (di bawah), رسول satu baris (di tengah), الله satu baris (di atas). Cop mohor sebeginilah yang telah dilarang oleh Baginda Nabi ﷺ untuk diukir seperti itu, namun adakah larangan itu mutlak (umum selama-lamanya) atau ianya dilarang hanya pada ketika itu (ketika zaman Baginda Nabi ﷺ hidup sahaja) maka di dalam hal ini ada dua pendapat. _*(Berakhir Nota Kaki 2)*_

 
وكان منكاحًا مزواجا مُحبًّا فيه مكثرًا منه جاريةً وحرة

Bahawa Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ itu adalah seorang yang mencintai (menyukai) pernikahan dan ramai yang bernikah dengan Beliau dikalangan hamba dan _merdeheka_ (bukan hamba). 

فقد كان كما يقول أهل السير والتراجم مِنكاحًا مطلاقًا ، دخل بنحوٍ من سبعين إمرأة ويُقال أكثر من ذلك 

Sesungguhnya sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Ahli Sejarah dan Biografi bahawa ianya secara pernikahan yang di_ṭalaq_kan (nikah kemudian di_ṭalaq_kan). Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ telah _“bersama”_ dengan lebih kurang 70 orang perempuan (selepas pernikahan yang sah) dan ada juga yang mengatakan lebih daripada itu.

وكان سيدنا علي يقول مُمازحًا أهل الكوفة " لا تُزوِّجوا الحسن ، فإنه مطلاق" فقالوا له " والله لنزوجنه ، فما رضي أمسك ، وما كره طلق " أي حِرصًا منهم - رحمهم الله - على مصاهرة النبي صلى الله عليه وسلم والدخول في عِداد قرابته ،

Sayyidinā ᵓAlī رضی اللہ عنہ berkata dengan niat sebagai gurauan kepada _Ahli Kūfah_ (satu negeri di ᵓIraq): “Janganlah kalian berkahwin (bernikah) dengan al-Ḥasan kerana dia akan men_ṭalaq_kan (kalian)”.

Lalu mereka telah menjawab semula kepada Sayyidinā ᵓAlī رضی اللہ عنہ: _“Demi Allāh nescaya kami akan berkahwin dengan Beliau (al-Ḥasan), siapa yang Beliau redha peganglah (kekallah menjadi isterinya), dan sesiapa yang dia kurang gemari ṭalaqlah”._ – Iaitu dengan maksud sebagai suatu kepatuhan daripada mereka. – Semoga Allāh ﷻ merahmati mereka. – Ini dilakukan adalah mengikut amalan Baginda Nabi ﷺ yang melakukan _“persemendaan”_ dan _“bersama”_ dengan beberapa kaum kerabat terdekatnya (melalui pernikahan yang sah).

- Contohnya _“persemendaan”_ Baginda Nabi ﷺ dengan Sayyidinā ᵓUmar Al-Khaṭṭāb رضی اللہ عنہ melalui pernikahan Baginda Nabi ﷺ dengan anak perempuan Sayyidinā ᵓUmar رضی اللہ عنہ iaitu Sayyidatina Ḥafṣah رضی اللہ عنہا.

_“Persemendaan”_ Baginda Nabi ﷺ dengan Sayyidinā Abū Bakr رضی اللہ عنہ melalui pernikahan Baginda Nabi ﷺ dengan anak perempuan Sayyidinā Abū Bakr رضی اللہ عنہ iaitu Sayyidatinā ᵓĀisyah رضی اللہ عنہا.

Contoh lain lagi Baginda Nabi ﷺ menikahkan anak perempuannya Sayyidatina Fāṭimah رضی اللہ عنہا dengan Sayyidinā ᵓAlī رضی اللہ عنہ dan Ummu Kulthūm رضی اللہ عنہا dengan Sayyidinā ᵓUthmān رضی اللہ عنہ - _penterjemah._

وما فارق إمرأةً إلا وهو أحبُّ إلى قلبها من وقت دخوله بها لجميل طباعه وحسن معاشرته وكمال خِلقته وحُسن منظره ، هذا مع كمال زهده إذْ هو رضي الله من أعيان الزهاد والحلماء والأجواد يعطي عطاء الملوك ويعيش عيشة الفقراء ،

Tidak berpisah Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ dengan seseorang isterinya melainkan Beliau رضی اللہ عنہ itu telah dicintai oleh hati isterinya sejak daripada waktu Beliau رضی اللہ عنہ _“bersama_” dengan isterinya itu kerana keindahan diri Sayyidinā al-Ḥasan رضی اللہ عنہ (zahir dan batin), baik pergaulannya, kesempurnaan ciptaannya, indah tampilannya, ini beserta dengan kesempurnaan _zuhud_nya kerana Beliau adalah daripada kalangan orang-orang yang _zuhud,_ lembut, pemurah; yang mana jika Beliau memberi seperti pemberian raja-raja dan Beliau رضی اللہ عنہ hidup seperti keadaan kehidupan orang-orang _faqīr._

حج رضي الله عنه نحوًا من خمس وعشرين حجة ماشيًا والدواب تُساق بين يديه وأخباره في هذا الباب مشهورة معلومة

Beliau رضی اللہ عنہ telah menunaikan haji lebih kurang dua puluh lima kali haji secara berjalan kaki dan haiwan (sebagai kenderaan dan pengangkut barang) berjalan di hadapannya. Perkhabaran-perkhabarannya berkaitan ini masyhur diketahui.

أعقب عدة أولاد ، أستشهد بعضهم مع عمهم الحسين 
ولم يُعقب منهم إ

Terjemahan Ustaz Raja Mahadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan