۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Ketahuilah bahawa setiap amalan yang dimasukinya dengan tujuan dan habuan tidak akan menghilangkan Ananiyyah (keakuan diri) malah terkadang dengan amalan tersebut akan menambahkan lagi Ananiyyah (keakuan diri) kerana adalah amalan yang dimasuki tujuan itu akan mensabitkan dengannya (amalan) akan kewujudan diri dan rasa kelayakkan.
Apabila seseorang itu beribadah kerana ingin mencapai dan mendapatkan tujuan dan habuan tertentu maka dikala itu dia merasakan layak mendapatkan sesuatu tersebut (tujuan dan habuan).
Misalnya seorang itu beramal untuk mencapai sesuatu maqam, maka dikala itulah dia merasakan dirinya layak mendapatkan maqam tersebut. Tidak akan menuntut (menuntut dengan amalan) oleh seseorang akan sesuatu (tujuan dan habuan) melainkan ada di dalam dirinya rasa kelayakkan untuk mendapat sesuatu (tujuan dan habuan) yang dituntut tersebut.
Maka adalah seorang hamba yang benar itu mesti merasakaan ketidak layakkan daripada segala sesuatu sama ada maqam² ataupun balasan² daripada amalan pekerjaannya kerana adalah seorang hamba itu melakukan pekerjaannya (hamba) semata² kerana kehambaannya kepada tuannya. Tidak layak bagi seorang hamba menginginkan atau berhasrat kepada sesuatu selain daripada redha tuannya.
Ketahuilah bahawa kesenangan dan kepuasan bagi seorang hamba itu ialah apabila diakui kehambaanya disisi tuannya. Dipetik daripada kalam salah seorang Auliya Allah "Aku merasakan ingin terbang kelangit lalu menyentuh bintang² yang bersinar indah (menunjukkan perasaan yang sangat gembira) apabila dinisbahkan aku dengan menjadi hambanya (Hamba Allah)".
۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan