Daku(Sidi Ali Harazim ra) bertanya kpd Sheikh Ahmad AtTijani ra tentang firman Allahﷻ...
مَرَجَ البَحرَينِ يَلتقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
"Diaﷻ mengalirkan dua lautan sehingga kedua²nya bertemu..
diantara kedua²nya ada pembatas,tidak melepasi antara satu dgn yg lain.."
Maka Sheikh Tijani menjawab..
"makna 2 lautan ialah (1)lautan uluhiyyah(ketuhanan)/lautan kewujudan yg mutlaq
& (2)lautan ciptaan/makhluk yg terjadi menerusi perintah "kun(jadilah..! )"
manakala Bagindaﷺ menjadi pembatas diantara 2 lautan tersebut...
seandainya tiada Pembatas iniﷺ nescaya terbakarlah lautan kejadian/makhluk semuanya dari kerana dahsyatnya pancaran
keagungan Zatﷻ.."
kata Sheikh lg..
"lautan kejadian/makhluk merupakan lautan asma'(nama² ketuhanan) & sifat²(ketuhanan)..
tidakkah kau perhatikan setiap zarah didlm kaun(benda yg dijadikan) ini melainkan padanya nama atau sifat yg diambil drp sifat² Allahﷻ..."
"Lautan ketuhanan
(uluhiyyah) merupakan lautan Zat yg mutlaq yg tidak boleh dikaifiatkan
(digambarkan) & tidak mampu diibaratkan
(dituturkan) tentangNya..."
"bertemu kedua² lautan itu dari krn terlalu hampir,yg diibaratkan menerusi firmanNyaﷻ
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ
Kami lebih hampir kpdnya drp kamu namun kamu tidak dpt menyaksikannya.. "
"kedua²nya tidak bercampur..
(yakni) tidak bercampur ketuhanan dgn alam kejadian,begitulah sebaliknya..
"setiap keduanya tidak melampaui antara satu dgn yg lain krn adanya penghalang antara keduanya & iaitulah dinamakan BARZAKH AL-UZHMA(pemisah agung),iaitulah maqamnyaﷺ
(martabatnyaﷺ).."
"maka segala perkara yg ada(wujud) itu hidup berterusan kekalnya di belakang hijabnyaﷺ, sebagai pelindung drp sifat KeagunganNyaﷻ,
yg mana seandainya ternyata sifat KeagunganNyaﷻ dgn ketiadaan hijab NESCAYA terbakarlah seluruh kewujudan & lenyaplah semuanya dgn sekelip mata.."
"Uluhiyyah itu pd sempadanNyaﷻ manakala alam kejadian itu pula berada pd sempadannya,
keduanya bertemu namun tidak bercampur & tidak melampaui krn adanya barzakh
(pemisah)...
...intaha...
#semogadiberikefahamantentang
RAHSIA KEAGUNGAN SELAWAT Pencinta Selawat Al FATIH
#syukurdiatasnikmatdiadakan
#syukuratasnikmatdikekalkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan