بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Mempunyai Murobbi dalam kehidupan seseorang adalah merupakan kaedah daripada keseluruhan jalan Ahlillah sepertimana yang telah dibataskan oleh para pembesar Masyaeikh atau pun para ahli-ahli Kumal yakni ahli-ahli yang sempurna, kerana hanyasanya mereka ahli izin yang sempurna itu dengan Irsyad dan izin Ilahi yang Sarih, yang secara langsung, dapat menyempurnakan kelurusan hati dalam menyembah Allah.
Demikian itulah yang dinyatakan oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa;
"Jauh sekali (perbezaan) orang yang menyembah Allah dengan izin, dengan orang yang menyembah Allah secara sangkaan. Setiap orang yang tidak dapat pembukaan keatasnya, bukan pembukaan yang sempurna, mereka menyembah Allah Ta'ala secara sangkaan, bukan secara Tahkik. Yakni, (mereka) sebenarnya tidak pasti adakah menyembah Allah, atau menyembah selain Allah".
Maka, pada perkara meluruskan hati dengan bimbingan menyembah Allah secara Tahkik, seseorang akan masih berada didalam ruang lingkup SANGKAAN pada menyembah akan Allah Ta'ala selagi mana mereka tidak bersama didalam Masyrab seorang Murobbi yang telah berada pada Maqam Ihsan.
Dan dengan demikian itulah telah dikatakan oleh Murobbina, "Jangan menjadikan agama Allah mengikut Zouq kamu dan sangkaan kamu". Ikutilah Zouq Ahlillah yang telah sepakat dan sempurna Zouq mereka dengan Zouq kenabian, dan telah sampai akan mereka itu kepada tempat tujuan daripada tujuan-tujuan Kehambaan yang terbebas daripada Ananiyah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
■ Intipati daripada Tausiyah Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala melalui Kitab Ira'ah karangan Qutbl Kamil Sayidi Ahsan Al Baqili r.hu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan