اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Satu peringatan yang besar daripada Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala kepada kami semua akan pentingnya merendah diri;
Orang yang mempunyai ilmu Rabbani yang benar tidak akan menghukum atas makhluk Allahﷻ, tidak akan menimbangi makhluk Allahﷻ, tidak akan menisbahkan kebenaran kepada dirinya sendiri, sebab yang tahu kebenaran hanyalah satu, Allahﷻ.
(Ini semua) agar semua orang mengetahui akan had kehambaan. (Supaya kita semua) tidak boleh melepasi had kehambaan, yang tahu semua (dan) yang berkuasa mutlak hanyalah Allahﷻ sahaja.
Pemberian Allahﷻ yang terbesar adalah kekecilan kita. Bila kamu mengecilkan diri kamu (merendah dan berhina diri), diri kamu akan jadi besar disisi Allahﷻ. Sekiranya kamu mengangkat kepala kamu untuk membesarkan diri kamu didepan makhluk Allahﷻ, maka Allah ﷻ akan mengecilkan diri (merendahkan) kamu disisiNya dan disisi makhlukNya.
Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Taala, dan menempatkan beliau disisi para kekasihNya yang terpuji, Sidi Ahsan Al Baqili ra, Sheikh Ahmad at Tijani ra dan Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan